Friday, December 31, 2010

RAWAN DI HATI...

4 comments


Hm..apa nak dikata.. akhir² ni saya rasa sgt sulit untuk melewati hari² yg dirasakan terpaksa untuk dilalui. Masalah yg datang amat menyesakkan dada dan menghimpit perasaan. Semua rongga dirasakan amat sempit dan memerlukan sesuatu untuk memecahnya agar nafas dapat berhembus dgn senang, jiwa tidak lagi rasa terhimpit..Allah….

Kita kadangkala mampu untuk melawan segala macam bentuk ujian serta cabaran yg mendatang. Namun, kadangkala juga ujian yg sekecil cuma, tidak mampu untuk kita memikulnya. Bahkan seperti si anak kecil yg sentiasa meratapi dan merengek jika kesakitan dan kelukaan yg dialami.. ke mana hilangnya motivasi diri? Ke mana hilangnya semangat juang untuk teruskan hidup? Di mana letaknya keazaman untuk kaki terus berdiri? Di mana? Di mana letaknya harga diri yg hilang lantaran rayuan dan tagihan simpati? Duhai Hati dan Diri… Bangunlah! Bangkitlah! Usah disiat hati dgn pedihnya kesakitan. Usah diratap kehidupan yg telah berlalu.. hari semalam bukan utk dikenang, hari ini dan esok yg harus kau jalani sebaik mungkin…

Duhai Hati dan Diri, anggaplah ujian yg datang ini cumalah seterik mentari di tengahari; kau panas, hangat, amarahmu membara, tapi bila senja menyusul, kau kan terasa tenang, damai dengan angin petang serta kembalimu kepada fitrah hati… tak guna untuk berkecil hati, tak guna untuk teruskan amarahmu, tak guna untuk kau ratapi dan merintih tentang perkara² dunia yg tidak memberikan apa² makna dalam hidupan akhiratmu! Lihatlah sedalam²nya dengan kaca matamu, yg mana ia terlalu kecil dan mampu untuk kau kawal tanpa memerlukan siapa² kecuali Allah yg membantumu. Kerana semua masalah itu ujian dariNYA dan kepadaNYA-lah jua tempat kau memohon penyelesaian…
Tidak perlu terlalu obsess dalam merintih, menyesali, kerana semua itu akan membuatkan jiwamu lebih kacau bilau dan tidak mampu membuat pertimbangan yg wajar…

Katakan pada diri yg aku tidak akan berduka lara lagi! Aku bersemangat, mampu memotivasikan diri.. Ya Allah… berikan aku roh kekuatan agar aku bisa mengorak langkah dengan lebih padu. Bukan aku untuk lari dari masalah cuma ku pohon sedikit keberanian dan keazaman agar aku mampu memikul segala beban berat tanggungan….

“Lupakanlah hari² yg lalu dan kerjakan apa yg kau suka, dan siapkan diri saat qadha’ telah bertindak. Jika qadha’ telah turun pd sesuatu kaum, tidak ada bumi dan langit yg mampu menolaknya..” –Imam Syafi’i-

“Betapa sering hidupmu terancam, namun Allah sentiasa menjaga, dan memberi yg terbaik untukmu..Masih saja engkau membenci segala keputusanNYA?” –Abu Al-Itahiyyah-

Nafas baru, semangat baru, langkah baru… Selamat tinggal dunia semalam.. Ia tidak memihak kepadaku.. Mungkin hari ini, esok, atau bila², ada sinar kebahagiaan untukku.. andai sabar dan redha yg aku hiaskan dibalik masalah dan ujian yg menyinggah…

Wallahua’lam

Read Rest Of Enrty...

Dah Siap! ^,^

0 comments

Alhamdulillah, blog ini telah siap sepenuhnya..mungkin kalo ada penambahan pun,masih sedikit saja dan tidaklah perlu terburu².. plannya nak pilih background cerah, tp akhirnya hitam jugak yg dipilih.. mungkin kombinasi warna yg menarik minat saya kot..encem


Read Rest Of Enrty...

Saturday, December 25, 2010

Dalam Proses..

3 comments

Assalamualaikum..
Doanya moga sahabat2 sihat, baik dr segi fizikal mahupun rohaninya.. Lama sungguh blog ni terbiar tanpa ada penambahan isi atau ilmu yg boleh dikongsi bersama.. Syukran jaza' buat sahabat2 yg sering peduli dan bertanyakan khabar selama mana blog ini sunyi tanpa pemiliknya..

Blog "Perjalanan Hati" sedang dalam proses 'update&upgrade'..
Saya pun tak tahu apa yg perlu di'upgrade' sebenarnya.. ^,^ emm..Insya Allah sedikit masa lagi, blog "Perjalanan Hati" akan berubah wajah, pertukaran imej layout & wallpaper agar lebih menarik dan tampak lebih kemas ; penulisan atau entry bukan hanya sekadar berkisarkan tentang "Hati" tp gabungan topik antara ilmu agama, isu semasa, idea2, teknologi, keluarga dan sebagainya, agar saya dan teman2 dapat berukhwah dgn pelbagai golongan lapisan masyarakat,minat,budaya dan sebagainya..

Jika dilihat, entry ke dua atau tiga terakhir sebelum ini lebih kepada nota2 atau semacam diari untuk dikongsikan..

Insya Allah, moga usaha saya dipermudahkan dan saya ingin lakukannya segera ^,^ Moga tiada halangan..amin..

*******************

Diriwayatkan oleh At-Thabrani dari Abi Amamah, Nabi Muhammad s.a.w bersabda : "Kelebihan orang berilmu dr orang 'abid (org yg banyak ibadahnya) seperti kelebihanku dr orang yg paling rendah dari sahabatku.." (Hadith Sahih - Kitab Ihya' Ulumiddin ; Imam Al-Ghazali)

Wassalam..

Read Rest Of Enrty...

Monday, November 8, 2010

MEDITASI SEBUAH KEHIDUPAN...

4 comments

Ku mulai tinta bicara dgn BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.. Asslamualaikum,shbt2, dan pengunjung yg sentiasa sudi menjengah dan melawat teratak ini..

Ana xtau macamana nak mulakan..

Al-Fatihah buat arwah Luqman Razali, yang telah kembali ke rahmatullah,pd 1.45pm semalam bertarikh 7/11/2010 di Hospital Selayang..

2/11/2010 : arwah kemalangan di simpang traffic light berhampiran dgn UIA..lebih kurangjam 5 – 5.30pm..turut disaksikan oleh, beberapa orang pelajar dan juga lecturer UnikL BMI.. akibat dari kemalangan itu, hati arwah dikatakan remuk dan mengalami pendarahan yang serius..Allahu Akbar..

3/11/2010: Sms dr seseorang : “Terkini dr Mohd Hazim,ICU HKL 9.30pg: Buat masa ini,peluang utk hidup tipis sbb masih lg berlaku pendarahan di hati (hati koyak dan remuk teruk). Alat utk hentikan pendarahan (spatutnya boleh bertahan 2hari) sudah tidak dpt menampung pendarahan sbb pendarahan teruk..sekarang,urusan transfer ke Hospital Selayang.Tolong pakat2 doa,solat hajat dan sebagainya utk SAUDARA LUQMAN RAZALI. Moga ada sinar harapan....”

Hati arwah disahkan 1/2 remuk disebabkan impact stering masa accident.. Allahu Akbar..

Dalam lingkungan jam 5ptg kami bergerak utk menziarahi beliau..Subhanallah..ramai sgt yg hadir..seolah2 arwah adalah org yg sgt penting dan bermakna buat kami..dan,sememangnya begitu.. arwah orang yg beragama dan berkhlak..seketika menunggu, kami dapat masuk sekejap ke bilik ICU utk berdoa..

Lingkungan jap 11.31pm, terima mesej dr seseorang “Salam na,doctor tu dah ckp luqman xboleh bertahan lama.doktor tu pun dah suruh baca Yasin kat dia..tu parents dia tgh baca Yasin utk dia..”

Allahu Akbar…hebat ujianMU..namun Engkau lebih mengetahuinya..

**tidak putus kunjungan sms diterima..

4/11/2010: Seketika jam 12.12am, sms dr seseorang “Ni berita terbaru,haba di badan luqman xnaik langsung.badan luqman dah sejuk..Allahu Akbar..tekanan darah luqman dah turun ke tahap paling bahaya..10..Allahu Akbar..”

Penantian demi penantian,utk mengetahui berita selanjutnya dari sahabat2 yg masih di Hospital Kuala Lumpur..

Dan…
“anggota Luqman dah tak function semua dah..Allahu Akbar..ya Allah..” (12.40am)

1.07am : “Esok doktor pakar dr Hospital Selayang dtg kat HKL utk treat luqman..nurse kata waktu melawat jam 6-7pg sahaja…”

Jam 7.35pg : “….doktor kata tekanan darah luqman dah tunjuk reaksi baik cuma satu je,luqman hanya bergantung dgn ubat yg disuntik setiap kali tekanan darah dia turun dan operation badan dia bergantung dgn mesin je..Allahu Akbar….”

10.29pg : “Assalam..setelah ditambah derma utk luqman dari hostel siswa dan siswi, Alhamdulillah mendapat sebanyak RM1805..” Alhamdulillah….

Arwah dipindahkan ke hospital selayang utk pembedahan hati..

3.40ptg : “wat masa ni,Luqman kt hospital..tgh operation hati..”

10.43mlm : “Salam! Terkini (8.25pm)-baru selesai b’bual menerusi telefon dgn bonda Luqman; Pembedahan baru je selesai & Alhamdulillah Berjaya. Hati yg rosak Berjaya dikeluarkan & skrg dlm proses memastikan bahagian yg elok terus berfungsi. Mungkin, sejam lebih lagi,Luqman akan dikeluarkan dr bilik bedah utk ke ICU. Sebar2kan..-azhari-”

Sebenarnya, mengikut shbt2, doctor mengambil risiko untuk membuat pembedahan sbb takungan darah byk berkumpul dalam perut arwah..khuatir takut pecah..Allahu Akbar..

2 hari menanti….dan..

Terima sms dr seseorang yg mengejutkan lamunan..

1.02ptg : “Salam,na..baru dpt msj dr ayah Luqman..Luqman tenat skrg…doctor dah suruh smua family dia kumpul d cc dia..”

Dan.. panggilan dari seseorang seakan menjawab punca keresahan hati ni sejak pagi itu..Allah..

1.49pm – “assalamualaikum.kak na..da tahu pasal Luqman?” tanyanya.. “Luqman tenat kan?”Tanya sy kembali.. “tak2..kak na..Luqman dah xda..” sy terpaku seketika.. “Allahu Akbar..Innalillahi Wainna Ilaihi Raajiun….”
-perginya dia sehari sebelum final exam…-

Petang itu,kami bergerak pergi ziarah arwah dan keluarganya di Unit Forensik Hospital Selayang..sesampainya kami disana, kelihatan sahabat2 arwah sedang mengelap darah yg mengalir keluar kesan dari pembedahan dan pendarahan dalam..Allahu Akbar..tak sanggup untuk menatap wajah arwah walau seketika.. ketika itu, bonda dan ayahanda arwah sedang merayu utk tidak buat post mortem..tapi kata doctor, post mortem terpaksa dibuat juga, demi mengikut prosedur…Allah…

Sedang menanti,doctor masih tidak kunjung tiba..sehinggalah hampir jam 7ptg..arwah dibawa masuk ke bilik bedah buat kali ke4 utk post mortem..

Tangis ibu tanda ketabahan, senyap ayah tanda meredhai pemergian anak lelaki kesayangan mereka..

Jenazah selesai dimandikan, dan disembahyangi di masjid berhampiran..dan terus dihantar ke Kuantan utk proses pengebumian…sekitar jam 12 tgh malam, arwah telah dikebumikan..arwah telah pulang ke sana..mengadap Allah Yang Maha Besar…

Sms diterima..
2.34pg.. “MOHD LUQMAN RAZALI:Takdir Hidupmu.hanya sebentar cuma persinggahan di hentian ke tiga ini. Entah berapa lama persinggahanmu di hentian berikut.hanya Allah Yang Tahu..Namun yg pasti, kita akan tetap berpeluang bersua kembali di hujung perjalanan yg panjang ini, iaitu destinasi hakiki yg pasti akan kita temui – alam Akhirat yg abadi…”

“Ya Allah, aku ingin mati dalam kebaikan…”

Ajal yg datang..tidak akan cepat sesaat dan tidak akan lambat walau sesaat..

***************


Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA. Hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah, yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini. Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah dan bahawasanya Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA. Apabila datang kepada kamu dua malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Munkar dan Nankir, maka janganlah berasa gentar dan takut. Janganlah kamu berduka cita dan risau serta janganlah kamu bersusah hati dan terkejut. Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA bahawasanya Mungkar dan Nankir itu hamba Allah Ta’ala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Ta’ala. Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu.

Mereka berkata:

* Siapakah Tuhan kamu?
* Siapakah Nabi kamu?
* Apakah agama kamu?
* Apakah kiblat kamu?
* Siapakah saudara kamu?
* Apakah pegangan iktikad kamu?
* Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah. Biarlah tenang dan berhati-hati.

Hendaklah kamu jawab begini:

* Allah Ta’ala Tuhanku.
* Muhammad Nabiku.
* Islam agamaku.
* Baitullah itu kiblatku.
* Semua orang Islam dan orang beriman adalah saudara aku.
* Kitab suci Al-Quran ikutanku, malahan solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.
* Dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap, “La ila ha illallah Muhammaddur Rasulullah”.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu. Inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di alam Barzakh sehingga sampai satu masa kelak. Kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA. Bahawasanya mati ini adalah benar. Soalan malaikat Munkar dan Nankir di dalam kubur ini adalah benar. Bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar. Berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar. Dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar. Minum di kolam air Nabi adalah benar. Ada Syurga dan Neraka adalah benar. Bahawasanya Hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang Maha Berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal pada kamu di sisi Allah Ta’ala. Semoga Tuhan akan memberi kesejahteraan kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Ta’ala menjinakkan hati kamu yang liar dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.

“Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak diseksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW. Subhana rabbika rabbil izzati amma ya sifun wassalum alalmursalin walhamdulillahi rabbil alamin”.

Setiap yang bernafas, pasti akan merasai mati – “Kullu nafsin zaa iqatul maut”.

Firman Allah SWT: “Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran.” – Surah Al-A’sr

Read Rest Of Enrty...

Wednesday, October 27, 2010

Bismillah...

4 comments

Sabda Rasulullah saw: "Manusia yg terbaik ialah mu'min yg berilmu, jika diperlukan dia berguna. Dan jika tidak diperlukan, maka dia dapat mengurus dirinya sendiri"
(Dipetik dari Ihya' Ulumiddin-Imam Ghazali)

Alhamdulillah..pagi tadi dah ambil examination slip..6subj. exam kali ni..alhamdulillah juga, tak berderet sgt..ada gap 2hari utk setiap paper..

1. engineering mathematics IV * 08/11/2010 * 9.00am
2. Islam Sains & Teknologi * 10/11/2010 * 8.30am
3. essential management principles * 12/11/2010 * 3.00pm
4. circuit theory II * 15/11/2010 * 2.30pm
5. communication technology II * 18/11/2010 * 11.30am
6. continuous-time signal & system *18/11/2010 * 2.30pm
7. professional communication * (no final exam)

ya Allah..
dengan sisa baki masa yg sedikit ini, permudahkanlah segala urusanku dan shbt2ku..murahkanlah rezeki terhadap kami..

buat sahabat2 perjalanan hati, sy pohon doa dr kalian utk iringi perjalanan sy...kerana..

"Bila seseorang mendoakan bagi diri sahabatnya sedang ia tidak ada bersamanya, maka malaikat akan berkata: Dan engkau juga akan menerima sepertinya juga"

"Doa seseorang untuk saudaranya dalam masa ketiadaannya, tidak akan tertolak"
(Dipetik dari Bimbingan Mukminin-Imam Ghazali)

******************

Sy ingin kongsikan sahabat2 perjalanan hati dengan kata2 Luqman Al-Hakim pd anaknya dalam buku yg belum habis dibaca lagi.."Menyuci dan Mengubati Penyakit Hati"

Telah berkata putera Luqman Al-Hakim kpd ayahnya "Ayah, hal apa yg paling baik utk manusia?"
"Agama." jawab Luqman.
"Kalau dua?" tanya si anak lagi.
"Agama dan harta".
"Kalau tiga?".
"Agama, harta dan rasa malu".
"Kalau empat?"
"Agama, harta, rasa malu dan akhlak yg baik"
"Kalau lima?"
"Agama, harta, malu, akhlak yg baik dan kedermawanan"
"Kalau enam?"
"Wahai anakku", jawab Luqman, "Jika kelima hal tersebut terhimpun dalam diri seseorang, maka ia adalah seorang yg berhati suci, bertaqwa, kekasih Allah dan terhindar dr Syaitan.."

semoga kelima2 perkara tersebut ada dalam diri kita semua..insya Allah..

doa sy utk kalian, moga dalam rahmat Allah taala sentiasa..

sama2 kita koreksi hati dan diri kita agar kita menjadi hamba Allah yg sentiasa bermuhasabah dan bermujahadah..dengan izinMU ya Allah..

Salam perjuangan buat diri dan sahabat2..

Read Rest Of Enrty...

Sunday, October 24, 2010

Detik Yang Indah..

4 comments

Petang yang damai..menggamit naluri utk bersujud pd Ilahi..hujan renyai2, mengindahkan suasana pemandangan di kampus..aih..hatiku, seakan dicengkam sesuatu.. apa maknanya..? adakah ia satu petanda?

langkah diatur dengan penuh harapan....

-suasana kampus-

~Setidaknya,perasaan aneh ni tidaklah terlalu menghimpit..

Em..kepala berat sgt2 dibebani dengan tugasan2 yang perlu disiapkan dgn kadar yg segera..
hampir tidak keruan dgn situasi sebegini, walhal setiap semester perkara yg sama berulang..knp tiada perubahan? sengajakah mereka? seronokkah mereka? sudahlah..yg penting semuanya telah berlalu..dan..ptg ni, kemana arah tujuan? ya..di suatu tempat.. disekitar ampang.. ptg ni, sengaja pergi kemana2, utk hiburkan hati dan kepala..

~tasik Ampang Hilir~

kat sinilah, kami habiskan masa selama 20minit saja.. rumah tu,berbumbung 3segi, cantik..seakan berada di disneyland..eheh..(~,^) pusing2, sengaja mencari arah yg paling dekat utk melihatnya..

dan,akhirnya kami dah jumpa..next time, nk dtg lagi la.. ('',)

hm..malamnya..ada 'dating' dgn adik2 SKPP..dinner bersama mereka..dan paling istimewa, bersama bonda tercinta.. dtg jauh dr kelantan..ke sini bersama rombongan lawatan sekolah.. tempat istimewa pertemuan kami di hotel maluri,ampang.. seronok dpt peluk umi..lama kita xjumpa ye umi..? (^,^) hampir 4jam kami bersama sblm sy bertolak pulang..

tak tahu kenapa..malam tu, seronok sgt2..tp...mcm ada sesuatu yg kurang..mungkin.... ah,xmungkin dan xmengapalah.. ada2 sja hati ni...

buat adik2 yg sdg tunggu result UPSR, akak doakan kalian smua berjaya, dan dapat keputusan yg cemerlang dan membanggakan.. mana2 adik2 yg bercita2 nak masuk maahad,doa akak moga niat adik2 xlari dan tetap utuh demi bersama2 membina generasi yg berakhlak mulia dan mendapat terbiyah yg secukupnya di bumi maahad.. tak kisahlah, dimanapun kalian berada, moga kalian tidak persiakan harapan ayah bonda yg mengharapkan kejayaan dr kalian.. akak sayang kamu semua...

2 hari, cuti hujung minggu seolah melupai segalanya.. dan..sekembalinya sy di kampus, tuntutan sbg pelajar dtg menyelinap..ada beberapa tugasan lagi yg perlu disiapkan secepat mungkin.. dan..lagi 2minggu peperiksaan akhir akan bertandang..menguji tiap perkara,ilmu dan fahaman sepanjang tempoh pengajian semester ini.. ya Allah..permudahkan urusan ku, dan urusan sahabat2ku...

langkah ku atur dgn lebih cermat..agar masa tidak terbuang begitu saja..

akhirnya,tidak lengkap rasanya jika tidak tinggalkan shbt2 sepotong ayat utk dikongsikan bersama..

KATA2 NASIHAT IBNU QAYYIM....
1) Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak terurai kecuali mnerima khendak Allah swt.
2) Di dlm hati manusia ada keganasan dan tidak akn hilang kecuali berjinak dengan Allah swt.
3) Di dlm hati manusia ada kesedihan dan tidak akn hilang kcuali seronok mngenali Allah swt.
4) Di dlm hati mnusia ada kegelisahan dan tidak akn tenang damai kecuali berlindung,bertemu
dan berjumpa dengaNYA.
5) Di dlm hati mnusia ada penyesalan dan tidak akn padam kcuali redha dengan suruhan dan
larangaNYA serta qadha dan qadarNYA serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNYA.
6) Di dlm hati mnusia ada hajat dan tidak akn terbendung kcuali kecintaan kepadaNYA dan
bermohon kepadaNYA..

salam perjuangan buat diri dan shbt2...

Read Rest Of Enrty...

Thursday, October 21, 2010

Assalamualaikum..

0 comments

sahabat2..rindunya rasa sbb lama tak jenguk teratak 'perjalanan hati' ni.. seakan sedikit lupa dan hilang idea utk menulis.. sejak balik kampus lepas cuti raya, xsempat2 nak mengadap apatah lagi utk menulis dan mcm2 lagi..namun, isu2 semasa dan isu2 agama tidak pernah diabaikan..

mlm ni,xtau nak menulis apa..hm, mcm2 keja dah dilaksanakan,mcm2 hal dah terjadi..beberapa perkara telah ana selesaikan dan ada 4perkara lagi yg masih menanti..mohon kekuatan dan petunjuk dr Tuhan agar dipermudahkan segala urusan..demam final exam sedikit masa lagi akan bermula..buat sahabat2 di kampus, moga sabar dan terus bertahan dalam menyempurnakan segala amanat yg diberikan oleh 'ayah bonda' kita di kampus..

mata dah berat, badan pun dah lesu, seakan meminta utk beradu lebih awal mlm ni.. ya Allah, semoga apa yg telah hambaMU lakukan sepanjang hari ni dan sebelumnya, dijadikan nilaian ibadah..

****************

Al-Qusyairi berkata dalam kitabnya "Risalah Qusyairiah": taubat yang pertama adalah: bangunnya hati dari kelalaian, serta sang hamba melihat keadaan yang buruk akibat dosa yang ia lakukan. Dan itu akan mendorongnya untuk mengikuti dorongan hati nuraninya agar tidak melanggar perintah Allah SWT. Kerana dalam khabar disebutkan: "penasihat dari Allah SWT terdapat dalam hati setiap orang muslim". (Riwayatkan Ahmad dari An Nuwas bin Sam'an).

Dan dalam hadith: Ertinya : "Sesungguhnya di dalam tubuh terdapat segumpal daging, jika ia baik maka baiklah seluruh tubuh, dan jika ia rusak maka rusaklah seluruh tubuh, ketahuilah itulah hati". (Hadits muttafaq alaih dari Nu'man bin Basyir).

Assalamualaikum...
babai

Read Rest Of Enrty...

Saturday, September 11, 2010

Salam Eid Mubarak..

0 comments

assalamualaikum sahabat2..yg jauh mahupun dekat..
rasanya belum terlambat lg utk ana ucapkan SALAM SEINDAH LEBARAN buat antum semua..

hari raya hari kemenangan..kemenangan dlm mendidik nafsu..dan kembali kita pada fitrah yg suci..moga kualiti ibadah dapat kita pertingkatkan setelah sebulan kita dalam proses tarbiyah..moga kita terus istiqamah dan memperbaiki kekurangan yg ada..moga kita akan bertemu lagi bulan Ramadhan yg penuh kemuliaan pd tahun hadapan.. insya Allah..

Ucapan Eidul Fitr, maaf zahir dan batin didedikasikan buat:
-keluarga tercinta,
-saudara-mara,
-guru-guru,
-sahabat2 SK Hamzah 2, Machang Kelantan,
-sahabat2 SMU (A) Maahad Muhammadi Lilbanat, Kota Bharu, Kelantan,
-sahabat2 Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST), shah alam,
-sahabat2 UnikL British Malaysian Institute (BMI), gombak,
-sahabat2 Pena Siswa
-sahabat2 ISMA gombak
-sahabat2 ukhwah.com,
-sahabat2 blogger,
-sahabat2 halaqah.net,
-sahabat2 iluvislam
-sahabat2 ym,
-sahabat2 'tautan hati',
-sahabat2 yg mengenali diri ini..

keindahan dan kegembiraan syawal kita raikan dan kongsikan bersama saudara2 kita yg memerlukan..moga syawal kali ini lebih mengeratkan lagi ikatan ukhwah kita sesama Islam..

..SELAMAT HARI RAYA, MOHON KEMAAFAN DARI HATI YG IKHLAS..

Read Rest Of Enrty...

Sunday, September 5, 2010

Lailatul Qadr..

2 comments

"Ianya diburu dan dicari..bukan ditunggu dan menanti..
Meraih kasihnya Laila, 30 hari mencari CINTA.."


"Sesungguhnya Kami telah menurunkannya pada malam kemuliaan (1)
Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? (2)
Malam kemuliaan itu
lebih baik dari seribu bulan.. (3)
Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. (4)
Malam itu kesejahteraan sampai terbit fajar"(5) (Al-Qadr : 1-5)

Lailatul qadr..lebih baik dr seribu bulan...

Selamat Beribadah..sama2lah kita memburunya..


Read Rest Of Enrty...

Saturday, September 4, 2010

Pesan Iman Ghazali:

1 comments


“ Carilah hatimu di tiga tempat…Temui hatimu sewaktu bangun membaca al-Quran. Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, kau carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati”


Salam Iftar buat semua sahabat2..

Read Rest Of Enrty...

Saturday, August 21, 2010

15 bukti keimanan...

4 comments

Al-Hakim meriwayatkan Alqamah bin Haris r.a berkata, aku datang kepada Rasulullah s.a.w dengan tujuh orang dari kaumku. Kemudian setelah kami beri salam dan beliau tertarik sehingga beliau bertanya, "Siapakah kamu ini ?"
Jawab kami, "Kami adalah orang beriman." Kemudian baginda bertanya, "Setiap perkataan ada buktinya, apakah bukti keimanan kamu ?" Jawab kami, "Buktinya ada lima belas perkara. Lima perkara yang engkau perintahkan kepada kami, lima perkara yang diperintahkan oleh utusanmu kepada kami dan lima perkara yang kami terbiasakan sejak zaman jahiliyyah ?"

Tanya Nabi s.a.w, "Apakah lima perkara yang aku perintahkan kepada kamu itu ?"
Jawab mereka, "Kamu telah perintahkan kami untuk beriman kepada Allah, percaya kepada Malaikat-Nya, Kitab-kitab-Nya, Rasul-rasul-Nya, percaya
kepada takdir Allah yang baik mahupun yang buruk."

Selanjutnya tanya Nabi s.a.w, "Apakah lima perkara yang diperintahkan oleh para utusanku itu ?"Jawab mereka, "Kami diperintahkan oleh para utusanmu untuk bersaksi bahwa tidak ada Tuhan selain Allah dan engkau adalah utusan Allah, hendaknya kami mendirikan solat wajib, mengerjakan puasa di bulan Ramadhan, menunaikan zakat dan berhaji bila mampu."

Tanya Nabi s.a.w selanjutnya, "Apakah lima perkara yang kamu masih terbiasakan sejak zaman jahiliyyah ?" Jawab mereka, "Bersyukur di waktu senang, bersabar di waktu kesusahan, berani di waktu perang, redha pada waktu kena ujian dan tidak merasa gembira dengan sesuatu musibah yang menimpa pada musuh." Mendengar ucapan mereka yang amat menarik ini, maka Nabi s.a.w berkata, "Sungguh kamu ini termasuk di dalam kaum yang amat pandai sekali dalam agama mahupun dalam tatacara berbicara, hampir saja kamu ini serupa dengan para Nabi dengan segala macam yang kamu katakan tadi."

Kemudian Nabi s.a.w selanjutnya, "Mahukah kamu aku tunjukkan kepada lima perkara amalan yang akan menyempurnakan dari yang kamu punyai ?
Janganlah kamu mengumpulkan sesuatu yang tidak akan kamu makan.
Janganlah kamu mendirikan rumah yang tidak akan kamu tempati, janganlah kamu berlumba-lumba dalam sesuatu yang bakal kamu tinggalkan,, berusahalah untuk mencari bekal ke dalam akhirat."

Read Rest Of Enrty...

Wednesday, August 18, 2010

hening malam..

0 comments

disepertiga malam td..
dpt kiriman sms dr
ukhty karimah (xdinyatakan nama disini) "..ayuh bermunajat dan berkhalwah buat kekasih2 Allah.moga dlm rahmat Allah ta'ala.."

syukran ukhty..xputus kunjungan sms yg mendamaikan hati..


*****************


buat pemilik blog
'Seputeh Qaseh', doaku moga dikau tenang..setenang ketika dlm sujud pdNYA..andai dirimu menyintai seseorang,cintailah dia seadanya..jgn melebihi cintamu pd Allah..andai kau merindui seseorang,rinduilah dia seadanya..jgn melebihi rindumu pd Rasul,kekasih Allah..kelak dirimu kan bahagia..krn meletakkanNYA dihadapan,lebih dr yg diciptaNYA..

*****************

Wahai hati tatkala kau sendirian,
ada yang hadir memujukmu...

Wahai jantung hatiku tatkala kau kesedihan,
ada yang datang menggembirakanmu...

Wahai penawar hatiku tatkala kau kegelisahan,
ada yang rapat menenangkanmu...

Wahai permata hatiku tatkala kau kekesalan,
ada yang berlari mendakapmu...

Wahai pemburu hatiku tatkala kau kesamaran,
ada yang menyinari mencerahkan...

Wahai hati yang bercinta teruskanlah menangis,
kerana dalam tangisan ada yang manis jadi senyuman...

Wahai Pemilik hati Ya Allah..aku hanya insan biasa yang mencintaiMU,
suburkanlah, siramilah, balutilah, selimutilah, hati ini...


Read Rest Of Enrty...

Wednesday, August 11, 2010

Salam Ramadhan..

2 comments




Assalamualaikum..sahabat2..apa khbr semua? macamana dgn hari pertama puasa? moga2 kita semua dapat jalani dgn sesempurna mungkin..dan, semoga semangat,harapan,impian kita utk buat yg terbaik di bulan mulia ini takkan luntur..takkan lupus dek kerana ujian2 yg datang..

hari pertama puasa, di kampus ni tak 'semeriah' hari biasa..keadaan agak sunyi dan tenang..jauh dr hilai tawa dan kebisingan yg entah apa2..moga 'akhlak' baru ini berterusan.. masing2 kusyuk study..ramai yg macam sudah menjadi 'orang baru'..namun,adakah semua ini berkekalan..? kalau tidak sampai bila2 pun,hingga hujung ramadhan sudah mencukupi..

*****************

Sebaik tibanya Ramadhan,Rasul SAW bersabda: "4 jenis zikir yg tidak patut ditinggalkan oleh setiap muslim sepanjang Ramadhan:
1. Beristighfar
2. Memperbanyak ucapan syahadah
3. Berdoa meminta Syurga
4. Memohon keredhaan Allah
(Riwayat Baihaqi)

sentiasalah kita basahkan lidah dgn zirullah..memohon keampunan dan kemaafan..tambahkan amalan2 sunat..agar kita tak menyesal dikemudian hari..

puasa mampu membentuk akhlak yg mulia..ini kerana,kita mengosongkan perut..perut yg sentiasa penuh dgn makanan (makan terlalu banyak) menyebabkan nafsu menjadi besar, malas beribadah, berat utk mengerjakan amal kebajikan, tidak fokus, iman terpenjara..
tapi dengan mengosongkan perut,kita dapat mendidik nafsu kita,mentarbiyah jiwa kita agar lebih rasa insaf,rasa mencukupi,rasa tenang,dan bersemangat utk mengerjakan amalan wajib dan sunat..

******************

ana ingin mengucapkan selamat berpuasa,selamat menjalani ibadah, rukun islam yg ke3..maafkan silap salah ana jika ada terlanjur kata,tersilap bicara dgn sahabat2 semua..moga kita sama2 dapat perbaiki diri,pertingkat iman dan taqwa dan mendapat jaminan pembelaan drpd Allah..banyakkan berdoa,bertadarus dan bertadabbur Al-Quran, serta zikir dan selawat...ingatan dan nasihat utk diri sendiri juga..

"Puasa sempurna,menahan rohani dan rasa.. Puasa sederhana melawan indera dan juga anggota.. Puasa biasa hanya menahan lapar dan dahaga.. Lalu dimanakah puasa kita..?Adakah ia masih ditahap lama..??" -tepuk dada tnya iman..-


wallahua'lam..

assalamualaikum wbt...

Read Rest Of Enrty...

Sunday, June 27, 2010

Adakah beza antara kerja akhirat dan dunia?

2 comments

Bismillah..
moga terjawab soalan pd yang bertanya..ini hanya dr pandangan ana yg cetek ilmu,dan masih terkapai2 lg dlm menuntut ilmu..mungkin tak setanding dgn ilmu yg ada pd yg bertanya..

***************

"Bekerjalah untuk duniamu seolah2 kamu akan hidup selama2nya.Dan bekerjalah untuk akhiratmu seolah2 kamu akan mati esok hari." (Riwayat Ibnu Asakir)

Allah berfirman;
"Kemudian setelah selesai sembahyang,maka bertebaranlah kamu dimuka bumi(untuk menjalankan urusan masing2);dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah,serta ingatlah akan Allah banyak2(dalam segala keadaan),supaya kamu beroleh kemenangan(didunia dan akhirat)."(Surah Al Jumu'ah:10)

Sabda Baginda Rasul saw:
"Tdak dianggap baik orang yang meninggalkan dunianya kerana akhirat,dan tidak juga orang yang meninggalkan akhiratnya kerana dunianya.Sehinggalah mereka memperolehi kedua2nya sekali."Riwayat Ibnu Asakir)

Firman Allah pula,

"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahgiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu(keperluan dan bekalanmu) dari dunia*;dan berbuat baiklah (kepada hamba2 Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu(dengan pemberian nikmat yang melimpah2); dan janganlah engkau membuat kerosakan dimuka bumi,sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang2 yang membuat kerosakan**."(surah Al Qasas:77)

(*-Yakni berusahalah mencari-dengan harta kekayaan yang dilimpahkan oleh Allah SWT kepadamu itu-dengan mengerjakan amal kebajikan yang mendatangkan pahala dan membawa keselamatan dan kebahgiaan pada hari akhirat kelak.Dalam pada itu jangan pula engkau melupakan bahagianmu dalam dunia untuk merasai kesenangannya yang halal sebelum dapat menikmati kesenangan yang kekal diakhirat.
**-Yakni bantulah orang2 yang memerlukan bantuan dengan perantaraan harta kekayaan dan pangkat serta pengaruh yang dikurniakan Allah kepadamu,dan janganlah melakukan sesuatu yang merosakkan masyarakat,kerana yang demikian dimurkai oleh Allah SWT. )

"Dan diantara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata;"Wahai Tuhan kami,berilah kami kebaikan dunia dan kebaikan diakhirat,dan peliharalah kami dari azab neraka."
(Surah Al Baqarah:201)

***************

dari firman2 Allah dan hadith Baginda di atas,seolah menyuruh kita bekerja untuk dunia dan akhirat sama banyak..dari situ jugak timbul konsep dunia 50%,akhirat 50%..tp pada pendapat ana yg serba kekurangan ilmu ni, ayat2 diatas menunjukkan banyak makna yg tersirat,dan terdapat banyak makna yg tersembunyi..kita rujuk kembali kisah kehidupan Baginda dengan para sahabat dan salaffusoleh..kita mesti jadikan sifat kehidupan mereka sbg panduan utk kita jalani kehidupan kita skrg..dunia benar2 dikorbankan utk akhirat oleh Rasulullah, bukannya dunia dipisahkan dari akhirat..Adapun maksud Rasulullah menyuruh kita bersederhana itu ialah supaya kita tidak samakan urusan dunia dengan akhirat.Untuk dunia biar padan dengan umur dunia yang tidak kekal.Dan untuk akhirat biar sepadan pula dengan umur akhirat yang kekal itu.Jangan disamakan..

seorg shbt ana berpendapat melalui perbicaraan kami yg tidak dirancang td, seandainya diberi peratusan antara dunia dan akhirat melalui gerak kerja, dia memberi 40% untuk dunia, 60% utk akhirat..contoh mudah,kita hendak buat dua kerja,yang satu kecil dan yang satu lagi besar.seharusnya kita memberi lebih tenaga kpd kerja yg lebih besar.Allah dan Rasul suruh kita rebut dunia itu bukan untuk peribadi.Tetapi untuk islam,masyarakat dan negara..

tetapi perlu diingat, kerja2 dunia juga boleh dibuat saham utk akhirat..mcmana?hanya 1 saja caranya,iaitu nawaitu..niat krn Allah,utk beribadat..insya Allah apa saja gerak kerja kita,mkn,minum,tutup suis lampu,bljr doktor,engineer smuanya mndapat pahala..insya Allah..

sekian saja..mohon maaf andai tersilap atau terkeluar dr kebenaran..

wallahua'alam..

Read Rest Of Enrty...

Thursday, June 24, 2010

Salam juang...

6 comments


syukran pada yg membawa seribu erti dlm pencarianku..
moga kalian dalam rahmat Ilahi sentiasa, itu doaku..
moga terus dipayungi kasih sayang..
jadikan setiap yg sukar itu, sbg jalan menemukan kesenangan..
teruskan berjuang,krn langkah baru bermula...

salam juang buat teman2..
andai tersungkur di tengah jalan,itu sebaiknya krn mengenali erti kegagalan..
memahami makna gagal membawa 1 aura kejayaan..
positifkan diri,mantapkan hati, pasakkan impian dan matlamat,
dikau pasti akan berjaya...

~dariku utk dia dan kamu~

Read Rest Of Enrty...

Saturday, June 19, 2010

Wahai Manusia, Lihatlah Dirimu...

0 comments

Assalamualaikum sahabat2 yg dirindui selalu..:) moga sihat2, comel2 smuanya..:)

Alhamdulillah..dikesempatan ni,dengan izinNYA ana mampu berada di depan laptop, mengadap,menelaah, dan mencari 'sesuatu'..sesuatu yg dinamakan ilmu..
dan sebenarnya,ana masih tak ada idea,apa yg hendak ditulis..rasa bersalah kerna lama 'menyepi'.. seringkali juga terima sms, "na,lama dah blog tu bersawang" , "dik,lama menyepi?", "na dah lama xonline ehh..?" dan mcm2 lagi.. jujurnya, hati ini meronta2 ingin berkongsi segalanya dgn sahabat2..apakan daya,banyak kekangan yg perlu dihadapi..

selama mana ana menyepi, bermacam2 isu semasa dikaitkan, macam2 kontroversi, mcm2 agenda, mcm2 desas-desus, mcm2 yg berlaku.. antara yg menjadi sebutan, kapal kemanusiaan Mavi Marmara diserang oleh yahudi laknatullah, judi bola diluluskan, muktamar PAS ke 56 telah berlangsung di Putik baru2 ini dan lain2..

bagaimana kehidupan kita sehari-harian? adakah persiapan kita utk menghadapi musuh yg sering mengintai kita di setiap penjuru,di setiap pelusuk..?? sedih juga lihat anak bangsa yg hanyut berseronok dgn dunia..tapi disebalik tu, rasa bangga kerna ramainya anak2 muda yg sudah buka mata,rasa ada tanggungjawab yg perlu dipikul untuk agama..

ana tinggalkan sahabat dgn sebuah hidangan santapan rohani..sama2lah kita selami hati,pelajari hati, fahami hati,kenali hati..dr situ kita kenal siapa diri kita..siapa Pencipta kita..arah tujuan kita.. kerna hatilah,yg membentuk peribadi kita,corak kehidupan kita... Wallahua'lam..

*****************

Rasulullah bersabda dalam hadits yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim yang ertinya: “Sesungguhnya di dalam tubuh ada segumpal darah. jika segumpal darah tersebut baik maka akan baik pulalah seluruh tubuhnya, adapun jika segumpal darah tersebut rosak maka akan rosak pulalah seluruh tubuhnya, ketahuilah segumpal darah tersebut adalah hati.”

Maka hati bagaikan raja yang menggerakkan tubuh untuk melakukan perbuatan-perbuatannya, jika hati tersebut adalah hati yang baik maka seluruh tubuhnya akan tergerak untuk mengerjakan hal-hal yang baik, adapun jika hatinya adalah hati yang buruk maka tentunya juga akan membawa tubuh melakukan hal-hal yang buruk. Hati adalah perkara utama untuk memperbaiki manusia, Jika seseorang ingin memperbaiki dirinya maka hendaklah ia memperbaiki dahulu hatinya..

Ketahuilah, hati ini merupakan penggerak bagi seluruh tubuh. Hati laksana panglima yang memimpin pasukannya untuk melawan musuh atau melemahkan mereka sehingga mundur dari medan peperangan. Kerana hati disifatkan dengan sifat kehidupan dan kematian, maka hati ini juga dibaahgi dalam tiga kriteria yakni hati yang mati, hati yang sakit dan hati yang sehat.

1. Hati yang Sihat

Iaitu hati yang selamat, hati yang bertauhid (mengesakan ALLAH dalam setiap peribadatannya), di mana seseorang tidak akan selamat di hari akhirat nanti kecuali ia datang dengan membawa hati ini. ALLAH berfirman dalam surat as-Syu’ara ayat 88-89:

"(Iaitu) hari di mana tidak berguna lagi harta dan anak-anak kecuali mereka yang datang menemui ALLAH dengan hati yang selamat (selamat dari kesyirikan dan kotoran-kotorannya)" (QS. Asy Syu’ara: 88,89)

Hati yang sihat ini didefinisikan dengan hati yang terbebas dari setiap syahwat, selamat dari setiap keinginan yang bertentangan dari perintah ALLAH, selamat dari setiap syubhat (kerancunan-kerancunan dalam pemikiran), selamat dari menyimpang pada kebenaran. Hati ini selamat dari beribadah kepada selain ALLAH dan berhukum kepada hukum selain hukum Rasul-Nya. Hati ini mengikhlaskan peribadatannya hanya kepada ALLAH dalam keinginannya, dalam tawakalnya, dalam pengharapannya, dalam kecintaannya. Jika ia mencintai,ia mencintai kerana ALLAH. Jika ia membenci, ia membenci kerana ALLAH. Jika ia memberi, ia memberi kerana ALLAH. Jika ia menolak, ia menolak kerana ALLAH. Hati ini terbebas dari berhukum kepada hukum selain ALLAH dan Rasul-Nya. Hati ini telah terikat kepada suatu ikatan yang kuat, yakni syariat agama yang ALLAH turunkan. Sehingga hati ini menjadikan syariat sebagai anutan dalam setiap perkataan dan perbuatannya.

ALLAH berfirman:

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kalian bersikap mendahului ALLAH dan Rasul-Nya, bertakwalah kepada Alloh, sesungguhnya ALLAH Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (QS. Al Hujurot: 1)

Pemilik hati yang sihat ini akan senantiasa dekat dengan Al Quran, ia senantiasa berinteraksi dengan Al Quran, ia senantiasa tenang, permasalahan apapun yang dihadapinya akan dihadapi dengan tegar, ia senantiasa bertawakal kepada-Nya karena ia mengetahui semua hal berasal dari ALLAH dan semuanya akan kembali kepada-Nya. Di manapun ia berada zikir kepada ALLAH senantiasa terucap dari lisannya, jika disebut nama ALLAH bergetarlah hatinya, jika dibacakan ayat-ayatNya maka bertambahlah imannya.

Pemilik hati inilah seorang mukmin sejati, orang yang ALLAH puji dalam Firman-Nya:

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman (sempurna imannya) ialah mereka yang bila disebut nama Alloh gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya bertambahlah iman mereka (kerananya), dan hanya kepada Allohlah mereka bertawakkal (berserah diri).” (QS. Al-Anfaal: 2)

2. Hati yang Mati

Hati yang mati adalah hati yang tidak mengenal siapa Robbnya, ia tidak menyembah-Nya sesuai dengan perintah-Nya, ia tidak menghadirkan setiap perbuatannya berdasarkan sesuatu yang dicintai dan diredhai-Nya. Hati ini senantiasa berjalan bersama hawa nafsu dan kenikmatan dunia walaupun di dalamnya ada murka ALLAH, akan tetapi hati ini tidak mempedulikan hal-hal tersebut, baginya yang terpenting adalah bagaimana ia bisa melimpahkan hawa nafsunya. Ia menghamba kepada selain ALLAH, jika ia mencinta maka mencinta kerana hawa nafsu, jika ia membenci maka ia membenci kerana hawa nafsu.

ALLAH berfirman:

Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya, dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya dan Allah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?” (QS. Al Jaatsiyah: 23)

Pemilik hati ini jika dibacakan kepadanya ayat-ayat Al Quran maka dirinya tidak tergetar, ia senantiasa ingin menjauh dari Al Quran, ia lebih senang mendengar suara-suara yang membuatnya lalai, ia lebih senang mendengar nyanyian, mendengar musik, mendengar suara-suara yang menggejolakkan hawa nafsunya. Pemilik hati ini senantiasa gelisah, ia tidak tahu harus kepada siapa ia menyandarkan dirinya, ia tidak tahu kepada siapa ia berharap, ia tidak tahu kepada siapa ia meminta, kehidupannya terombang-ambing, ke mana saja angin bertiup ia akan mengikutinya, ke mana saja syahwat mengajaknya ia akan mengikutinya, wahai betapa menderitanya pemilik hati ini!

3. Hati yang Sakit

Hati ini adalah hati yang hidup namun mengandung penyakit. Hati ini akan mengikuti unsur kuat yang mempengaruhinya, terkadang hati ini cenderung kepada “kehidupan” dan terkadang cenderung kepada “penyakit”. Pada hati ini ada kecintaan kepada ALLAH, keimanan, keikhlasan dan tawakal kepada-Nya. Akan tetapi pada hati ini juga terdapat kecintaan kepada syahwat, ketamakan, hawa nafsu, dengki, kesombongan dan sikap bangga diri..

Ia ada di antara dua penyeru, penyeru kepada ALLAH, Rasul dan hari akhir dan penyeru kepada kehidupan duniawi. Seruan yang akan disambutnya adalah seruan yang paling dekat dan paling akrab kepadanya.

Pemilik hati ini akan senantiasa berubah-ubah, terkadang ia berada dalam ketaatan dan kebaikan, terkadang ia berada dalam maksiat dan dosa. Amalannya senantiasa berubah sesuai dengan lingkungannya, jika lingkungannya baik maka ia berubah menjadi baik adapun jika lingkungannya buruk maka ia akan terseret pula kepada keburukan.

Demikianlah, hati yang pertama adalah hati yang hidup, khusyu’, tawadhu’, lembut dan selalu berjaga. Hati yang kedua adalah hati yang gersang dan mati. Hati yang ketiga adalah hati yang sakit, kadang-kadang dekat kepada keselamatan dan kadang-kadang dekat kepada kebinasaan.

Maka wahai kaum muslimin! hendaknya kita mengkoreksi diri kita sendiri, termasuk dalam golongan yang manakah hati kita? apakah hati kita termasuk dalam hati yang sehat, hati yang sakit atau malah hati kita telah mati? Maka renungkanlah Firman ALLAH dalam surat Al-Kahfi ayat 49:

“Dan diletakkanlah kitab (kitab amalan perbuatan), lalu kamu akan melihat orang-orang berdosa ketakutan terhadap apa yang (tertulis) di dalamnya, dan mereka berkata: Aduhai celaka kami, kitab apakah ini yang tidak meninggalkan yang kecil dan tidak (pula) yang besar, melainkan ia mencatat semuanya; dan mereka dapati apa yang telah mereka kerjakan hadir (tertulis). Dan Tuhanmu tidak menganiaya seorang juapun.” (QS. Al Kahfy: 49)

Dan sebaliknya Firman-Nya dalam Surat Al-Kahfi ayat 29-30:

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal saleh, tentulah Kami tidak akan menyia-nyiakan pahala orang-orang yang mengerjakan amalan(nya) dengan yang baik. Mereka itulah (orang-orang yang) bagi mereka surga ‘Adn, mengalir sungai-sungai di bawahnya; dalam surga itu mereka dihiasi dengan gelang emas dan mereka memakai pakaian hijau dari sutera halus dan sutera tebal, sedang mereka duduk sambil bersandar di atas dipan-dipan yang indah. Itulah pahala yang sebaik-baiknya, dan tempat istirahat yang indah.” (QS. Al Kahfy: 29,30)

Penulis: Abu Sa’id Satria Buana
Murojaah: Ustadz Abu Sa’ad

"Wahai ZAT yang membolak-bolakkan hati, teguhkanlah hati kami diatas agamaMU, wahai ZAT yang membolak-balikkan hati tuntunlah hati kami teguh di atas ketaatan kepada-MU… Amin.."

Read Rest Of Enrty...

Friday, January 29, 2010

Salah Ke Menangis..??

8 comments

Dari Abu Hurairah r.a, katanya Rasulullah saw bersabda:

“Tidak akan masuk Neraka seseorang yang menangis kerana takut kepada Allah sehingga air susu kembali ke kantungnya (menunjukkan satu mustahil)-(HR At-Tirmizi)-

Ibnu Qayyim menyatakan: “Tangisan itu ada bermacam-macam iaitu tangisan kasih sayang, tangisan takut dan khawatir, tangisan rindu dan cinta, tangisan kegembiraan dan kesedihan, tangisan merintih kerana kesakitan dan tangisan tidak kuat menahannya, tangisan kerana merasa tidak berdaya dan lemah, tangisan kemunafikan (iaitu matanya menangis sedangkan hatinya keras - isu palestin), tangisan kepalsuan, tangisan yang tidak sengaja yakni seseorang yang melihat orang lain menangis kerana satu sebab yang mereka alami, lalu ia pun ikut menangis bersama mereka padahal ia tidak tahu mengapa mereka menangis sehingga membuatnya ikut menangis.

Mari sama-sama kita semak kembali lembaran sejarah…

Dari al-Bara’ bin ’Azib, ia berkata: " Ketika kami sedang bersama Rasulullah saw, tiba-tiba Baginda melihat sekelompok orang yang sedang berkumpul. Baginda bertanya: ” Mengapa mereka berkumpul? Lalu dikatakan kepada Baginda, untuk menggali lubang kubur. Lalu al-Bara’ melanjutkan kisahnya, Rasulullah saw pun tersentak dan segera berjalan mendahului para sahabatnya dengan tergesa-gesa. Sesampainya di kuburan tersebut, Baginda berlutut di atasnya. Al-Bara’ melanjutkan, lalu aku menuju ke hadapannya untuk melihat apa yang Baginda lakukan. Ternyata Rasulullah saw sedang menangis hingga air matanya membasahi tanah. Kemudian Baginda menghadapkan wajahnya kedapan kami seraya bersabda: ”Wahai saudara-saudaraku! Untuk hari seperti ini, maka hendaknya kalian mempersiapkan diri.” (HR Bukhari, Ahmad dan Ibnu Majah dan lainnya)

Dari al-’Irbadh bin Sariyah r.a, dia berkata: ” Rasulullah saw menasihati kami dengan nasihat yang begitu membekas, hingga hati kami bergetar dan air mata kami bercucuran kerananya. Lalu kami berkata.’ Wahai Rasulullah, seakan-akan itu adalah nasihat dari seseorang yang akan pergi, maka dari itu berwasiatlah kepada kami.’ Baginda saw bersabda: ” Aku berwasiat kepada kalian agar bertakwa kepada Allah, taat dan patuh, sekalipun kalian diperintah oleh seorang budak Habasyi. Dan sesungguhnya barangsiapa di antara kalian yang masih hidup sepeninggalanku, sesungguhnya ia akan melihat banyak perselisihan. Maka kalian wajib berpegang teguh kepada Sunnahku dan Sunnah Khulafa’ Ar-Rasyidin yang mendapatkan petunjuk. Gigitlah Sunnah tersebut dengan gigi geraham (berpeganglah seteguhnya). Dan jauhilah perkara-perkara baru dalam agama yang diada-adakan, kerana setiap perbuatan bidaah itu sesat. ( HR Abu Dawud, At-Tirmidzi, Ibnu Majah dan yang lainnya.)

Bagaimana dengan kita wahai sahabat yang disayangi kerana Allah? Adakah kita menggunakan air mata itu di tempat yang benar dan betul? Adakah kerana kerasnya hati kita menyebabkan kita tidak mampu untuk menangis? Adakah lantaran dosa-dosa dan maksiat yang dilakukan menyebabkan air mata kita membeku?

Sama-samalah kita tanya iman kita...

Hanya orang yg hatinya bersih, lembut yg bisa menangis.


Read Rest Of Enrty...

Friday, January 15, 2010

SAHABAT PERJALANAN HATI....

5 comments

Wahai sahabat perjalanan hati,
Usah kau bimbang dengan rencanaNYA, usah kau hirau dengan dunia, usahlah kau bimbang dengan rezeki yang DIA tetapkan buatmu. Masa bukanlah penentu segala kejayaan, masa bukan jua penentu segala rahmat, masa cuma buat insan hirau akan hayatnya, sedangkan ia tidak bernilai buatmu wahai puteri wahai hamba. jika DIA menetapkanmu peroleh sesuatu pada masa yg ditentukan, tidak termampu kau menolaknya walau sezarah pun. Jika DIA menetapkan sesuatu yang tidak kau peroleh pada masa yang ditetapkan, nescaya kau tidak akan peroleh walau sebijak mana pun arah yang kau usahakan.

Wahai sahabat perjalanan hati,
walau dimana pun kau berada, jangan sesekali kau abaikan matlamatmu menuju kepadaNYA, walau ditakdirkan kau terpaksa mempertaruhkan hidupmu untuknya, jangan sesekali kau berpaling untuk menuju selain dariNYA. ingatlah janjimu untuk berjuang hanya untukNYA. masa depanmu tetapkanlah buatNYA..

Wahai sahabat perjalanan hati,
Segolongan sufi selalu berkata sepanjang hidup mereka "Aku tidak akan berpaling oleh sifat kelemahanku yang mencari dunia, aku tidak akan memikirkan apa yang telah berlaku, bahkan pula hal yang akan berlaku, aku cuma fikirkan saat ini, adakah urusanku dengan DIA telah ku lunaskan atau berapa banyakkah kelalaianku dalam mengingatiNYA.."

Wahai sahabat perjalanan hati,
Suatu perancangan itu adalah urusan Allah SWT, bagaimanakah kita mampu untuk mencampuri urusan DIA yang Maha Bijaksana dalam pentadbiranNYA. Hanya Dia yang memahami hambanya dalam merancana sesuatu hal, apakah kau tidak yakini DIA sedang merancanakan yang terbaik buat hambaNYA? menangis jiwa ini memikirkan soal itu...

Wahai sahabat perjalanan hati,
Jadikan hatimu itu lubuk cahayaNYA yang merentasi setiap alam, nescaya kau peroleh hal yang orang lain tidak ketahui, masa lampau dan masa hadapan adalah hijab bagi insan, jika kau membuka hijab itu, nescaya kau akan lihat segalanya betapa hebat pentadbiranNYA. dalam hati mereka tidak pernah mereka hirau akan kehidupan meraka, hal makan, minum, bahkan kesihatan, dan setelah mereka temui apa yang mereka cari dan tujui, maka terbukalah ruang-ruang dalam hati mereka kebesaran Allah dan berkata hati mereka "Cukuplah bagiku Allah dalam hidupku.."


Telah ku abadi disini..dr seseorang utk seseorang..


Read Rest Of Enrty...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...