Monday, December 26, 2011

Kita ada 11 buah planet!

0 comments

Salam muhibbah..

Semester lepas,dalam kelas Islam Sains Teknologi (IST) ustaz ada bagitahu yg saintis dah jumpa planet yg ke 10, yg dulunya diberi nama Xena dan telah ditukar kepada Axis.
Dan baru2 ni saya dengar planet pluto dah disingkir dari gugusan planet sebab saiznya yg terlalu kecil dan tidak mempunyai orbit.. maknanya jumlah semua planet jadi 9.. Sbnrnya benda ni dah lama (2005) tapi ramai yg tak tahu..

Dan terkini, saintis dah menjumpai dua planet baru (Kepler-20e dan Kepler-20f) yang saiznya hampir sama dengan saiz bumi kita. Maknanya semua planet ada 11..

Kita relate pulak dengan ayat Quran:


Ketika Yusuf berkata kepada ayahnya: "Wahai ayahku , sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas bintang, matahari dan bulan; kulihat semuanya sujud kepadaku." (Yusuf:4)

Sebelas bintang itu bermaksud 11 planet..
Maka benarlah apa yg ada dalam Quran..tidak ada penipuan,pengecualian..smuanya nyata..

* harap2 saintis barat tak manipulasi kenyataan..


Wallahua'lam..

Read Rest Of Enrty...

Sunday, August 7, 2011

Info Ramadhan - Makruh ke mandi petang?

4 comments

Sedari kecil kita sudah dididik dan terdidik bahawa mandi pada waktu petang untuk menghilangkan rasa panas dan haus di bulan puasa adalah makruh..'fatwa' ini sudah tidak asing lagi bagi kita dan segelintir masyarakat..

Terkadang hati tertanya sendirian,kenapa tak pernah jumpa nas atau hadith yg soheh (betul/tepat) tentang 'fatwa' turun temurun ni? Alhamdulillah, jawapan telah DIA berikan melalui SOLUSI edisi Ramadhan..~ sekadar perkongsian..

*********

Mandi pada waktu petang termasuk dalam perkara-perkara sunnah sebagaimana kata-kata Abu Bakar r.a : " Aku melihat Rasulullah s.a.w di al-Arj (sebuah tempat), Baginda menyiram air ke kepalanya dalam keadaan Baginda berpuasa, kerana dahaga atau kepanasan." (Riwayat Abu Daud)

Wallahua'lam...

Read Rest Of Enrty...

Sunday, July 31, 2011

2 comments

SALAM RAMADHAN KAREEM...
Seorang insan berteleku menunggu saat bahagia penuh keberkatan RAMADHAN, ku seru nama ALLAH dgn penuh rasa cinta membakar marak rindu setia seorang hamba..Salam Ramadhan kpd semua..Sentiasa muhasabah dan perbaiki diri..

Read Rest Of Enrty...

Monday, July 25, 2011

Harapan Ramadhan..

0 comments

"ustazah,seumur hidup saya,saya tak pernah rasa begitu seronok bertemu dengan ramadhan..
rasa seronok sangat2.."
"macamana kamu buat?"
"saya dengar ceramah,ustaz tu cakap,salah satu cara untuk rasa seronok menyambut ketibaan ramadhan ni dgn buat kiraan (countdown)..saya buat ustazah..dari 30 hari nak puasa..tapi masa tulis kiraan hari tu tak rasa seronok lagi..sehinggalah malam 1ramadhan..lepas saya jemaah maghrib,isyak dan terawih, perasaan seronok tu tiba2 datang..rasa seronok sgt..seumur hidup saya tak pernah rasa macamni.."

Masya Allah..

sejujurnya,mungkin perasaan 'seronok' tu masih jauh dgn kita..mana tidaknya, bulan puasa kena korbankan makan minum, kena korbankan party,kena korbankan cara pakai,kena korbankan macam2 lagi..

sedang itu sifat orang munafik..rasa berat dan sakit bila berdepan dengan ramadhan..dan rasa seronok bila ramadhan sudah berakhir..

jomlah kita,pakat2 cuba koreksi diri,cuba mencari 'keseronokan' menyambut bulan mulia penuh keberkatan ini, sementara masih berbaki sedikit masa..

“Ya Allah Ya Tuhan berkati kami di bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadan.”

"Wahai Tuhan kami, Ramadan telah meliputikami dan rezekikanlah kepada kami puasa dan qiyam pada bulan ini dan kurniakanlah kepada kami kesungguhan dan kecergasan serta hindarilah kami dari godaan fitnah.."

Read Rest Of Enrty...

Saturday, July 16, 2011

Salam kembali..salam nisfu sya'ban..

5 comments

assalamualaikum..apa khbr shbt2 ana..?doanya moga baik2 saja,diberi kesihatan fizikal,akal dan yg paling utama kesihatan jiwa..rasanya agak lama juga ana 'menyepi'..trima kasih pd shbt2 'perjalanan hati' yg sering bertanya khabar, melalui email mahupun sms..diam bukan bermakna lupa..namun apakan daya,hanya DIA tempat kucurahkan rasa hati..

insya Allah..ana akan cuba utk teruskan medium penyampaian ilmu disini..walau banyak halangan yg dtg..walau diri kadang sukar utk ditafsir..doakan ana..

salam nisfu sya'ban buat semua sahabat2..apakah saham yg telah kita lakukan pd bulan sya'ban? bagaimana agaknya persiapan dan persediaan kita menghadapi Ramadhan yg bakal menjelma sedikit masa lagi..?

Sabda Rasulullah saw: “Rejab bulan Allah, Sya'ban adalah bulanku dan Ramadan adalah bulan bagi umatku.”

ana jemput shbt2 dan diri ana sendiri utk menghidupkan malam nisfu sya'ban ni..

"Barangsiapa yang menghidupkan malam 'Idain (1 syawal & 10 dzulhijjah) dan malam 15 sya'ban, tidaklah mati hatinya sewaktu matinya segala hati"(Hadis)

antara amalan-amalan yg boleh dilakukan pd malam ini :

banyakkan solat sunat, banyakkan mengucap dan membaca yasin..(bacaan Yasin tiga kali pada malam ini tiada dalil yang dapat disandarkan dan kita bebas beribadat hingga membaca 1,000 kali surah Yasin sekalipun adalah diharuskan)..namun ikutlah kemampuan dan kudrat kita.. moga yg sedikit ini mampu menjadi saham kita disana..insya Allah..

Daripada Abu Hurairah, bahawa pada malam Nisfu Syaaban, ketujuh-tujuh pintu langit dibuka dan ada malaikat pada setiap pintunya memohon keampunan bagi kaum Muslimin kecuali mereka yang berterusan melakukan dosa besar..

Diriwayatkan, Aisyah ketika tiba giliran di rumahnya pada satu malam pernah terjaga dan mendapati Baginda SAW bersolat sehingga hampir Subuh serta mendengar Baginda berdoa:
“Ya Allah, Aku bersujud pada-Mu dengan jiwa yang penuh ketenteraman. Menadah tangan memohon keampunan dari-Mu kerana tiada yang maha pengampun selain dari-Mu. Aku berlindung dari kemurkaan-Mu serta tiada pujian yang layak diberikan selain dari-Mu”.
Tatkala selesai Baginda ditanya oleh Aisyah dan memberitahu bahawa itulah malam Nisfu Syaaban. (Hadis fadilat amalan)

semoga amalan yg kita lakukan dapat diteruskan dan menjadi rutin dalam kehidupan seharian kita...

wassalam...

Read Rest Of Enrty...

Thursday, March 3, 2011

pelajaran pertama di atas awan....

15 comments

Assalamualaikum..apa khabar sahabat semua..? lama betul tak jengah disini..alasannya, masih seperti dulu..sibuk..tak sempat..tak da masa dan sebagainya..perlukah..??Allah...

Entry kali ni agak santai..berkongsi cerita, pengalaman pertama menaiki flight..~tidak segan untuk mengakuinya..~ dari KL ke Kelantan..dan, sepanjang perjalanan di udara, banyak perkara yg saya 'pelajari', yg saya 'lihat'..dan..terbit satu macam perasaan yg sukar utk digambarkan.. terkesima seketika dalam penghayatan...Allah..hebat ciptaanMU...

"..Dan tetap kekal Dzat Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan.." (Ar-Rahman:27)


"..Maka ni'mat Tuhan kamu yang manakah kamu dustakan..?" (Ar-Rahman:21)


"..Allah, Dia-lah yang mengirim angin, lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang dikehendakiNYA, dan menjadikannya bergumpal-gumpal.." (Ar-Ruum:48)


"..Maka sabarlah kamu atas apa yg mereka katakan, dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu, sebelum terbit matahari dan sebelum terbenamnya dan bertasbih pulalah pada waktu-waktu di malam hari dan pada waktu-waktu di siang hari, supaya kamu merasa senang.." (Thaahaa:130)

Seakan sebuah dataran yang luas..yang tiada apa-apa..melainkan sebuah ketenangan dan rasa takjub..Subhanallah...

"..Dia-lah Allah Yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk Rupa, Yang Mempunyai Asmaul-Husna, Bertasbihlah kepadaNYA apa yang di langit dan bumi. Dan Dia-lah Yang Maha Perkasa Lagi Maha Bijaksana.." (Al-Hasyr:24)


Tidak dapat diungkap dengan kata-kata..betapa kerdilnya diri dihadapanNYA...Allah...

"..Bukankah sudah Ku katakan kepadamu, bahawa sesungguhnya Aku mengetahui rahsia langit dan bumi dan mengetahui apa yang kamu lahirkan dan apa yang kamu sembunyikan..?" (Al-Baqarah:33)

************

Buat adra : terima kasih yg tak terhingga.. (^^,)
Buat cik PG : cantik x gambar2 tu..?;-) sy xda teknik yg bagus untuk capture gambar..(~~,)

Buat sahabat-sahabat : "..Andai kau berasa sedih dan letih, pandanglah kamu ke langit yg tinggi, pasti kamu akan merasai Allah sentiasa bersamamu.. Jika kau diuji dengan hebat, pandanglah ke sungai yg mengalir, walau banyak batu yg menghalanginya, air itu tetap terus mengalir..."

Read Rest Of Enrty...

Tuesday, February 15, 2011

Salam Maulidur Rasul..

2 comments


SALAM MAULIDUR RASUL 1423H

buat semua sahabat2..senyum

Marilah sama2 kita banyakkan selawat, bukan untuk hari ini tapi untuk hari-hari esok dan seterusnya..
Moga kita menjadi perindu kekasih Allah..

insya Allah...ros

Read Rest Of Enrty...

Friday, February 11, 2011

Sekadar Coretan...

6 comments

Dengan namaMU ya Allah...
Jemari ini sedang menari mengikut rentak,
bunyian yang mendamaikan...
Sungguh, aku tenang begini...
Alunan gemersik bunyian itu,
telah melahirkan sesuatu dalam hatiku..

Sesuatu yang begitu indah...
Dan terlalu sukar untuk dimengertikan...

Bunyian itu...melahirkan seribu rasa..
Mentafsir dengan pelbagai tafsiran..
Mewujudkan seribu macam keunikan dan kedamaian..

Betapa hati ini terlalu indah ciptaanNYA..

Pandanglah kamu dengan mata hati,
Dari situ kamu akan melihat suatu perkara
Dari sudut yang berbeza dan pasti ia tidak bisa dibohongi..

Pandanglah kamu dengan mata hati..
Dari situ kamu akan melihat keindahan,
Dan pastinya ia lebih indah dari mata kasarmu...

Pandanglah kamu dengan mata hati..
Nescaya pasti kau berasa hampir denganNYA..
Dan sememangnya,DIA terlalu dekat dengan kita,
Cuma kerana hati yang kotor menafikannya...

Pandanglah kamu dengan mata hati..
Setidaknya kamu tidak akan merungut,
Dengan apa saja yang menimpa kamu..
Baik itu yang sakit mahupun yang mengembirakan..
Kerna kamu tahu itulah yang terbaik untukmu...

Pandanglah kamu dengan mata hati..
Disitu kamu akan mengenal diri..
Siapakah kamu..
Juga siapa yang menciptakanmu...

Hati ini..
Yang sakit itulah dia..
Yang gembira itulah dia..
Yang benci juga itulah dia..
Yang punya rasa cinta dan kasih pasti itulah dia...

Jagalah sebaiknya hati kamu..
Kerana ia begitu berharga...
Lebih dari intan permata..
Dan jangan biarkan ia terluka
Oleh jiwa yang tidak punya kemanusiaan...

Ya Rabb..selimutilah hati aku dan mereka,
Dengan kelembutan dan kasih sayang....

-Yang punya hati,Yang punya rasa cinta-
11.55pm - 11/2/2011



Read Rest Of Enrty...

Tuesday, January 25, 2011

Dedikasi Untuk Sahabat...

12 comments


Sahabat..Bumi kita payah..Pilih air mata dan mungkin darah.. Tika kau turunkan tapakku ke pepasir, kau iringilah aku sebagai pejuang.. Tika ku katakan padamu "Perjuangan itu pahit", kau sahutlah "Syurga itu manis.."

"Sahabat yg beriman ibarat mentari yg menyilau.. Sahabat yg setia ibarat pewangi yg mengharumkan.. Sahabat yg sejati pendorong impian.. Sahabat yg mulia membawa kita ke jalan Allah..."


~Ciptakan sebuah kisah klasik untuk masa depan..~ ros

Read Rest Of Enrty...

Tuesday, January 11, 2011

Gambaran Alam Mahsyar

10 comments

Assalamualaikum...

Ana ada terbaca kisah Gambaran Alam Mahsyar di satu blog ni,tp lupa sumbernya..sama2 kita berkongsi..selebihnya Allah Maha Mengetahui..
Betapa dahsyat dan gerunnya, tidak mampu dibayangkan dek akal kita yg cetek ini..
Moga kita tergolong dalam 7 golongan orang-orang yg mendapat naunganNYA kelak..amin..

Sama-sama kita bermuhasabah...


1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yg lain.. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yg tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa". Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yg kembang membesar dari biji benih.

5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah Ta'ala. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan
dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

10. Terdapat satu kolam kepunyaan Nabi Muhammad s.a.w. bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

- Pemimpin yang adil.
- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
- Lelaki yang terikat hatinya dgn masjid.
- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".
- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi
Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah Ta'ala. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah saw. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad s.a.w. ke hadrat Allah Ta'ala. Lalu diperkenankan doa baginda.

14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

15. 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

16. Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

18. Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing-masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

19. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad s.a.w., dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

20. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

21. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

22. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

23. Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

24. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata-kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

25. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

26. Syafaat Nabi Muhammad s.a..w. di akhirat :

a. Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
b. Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
c. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah Ta'ala.

27. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

28. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

29. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

30. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Maha Suci Allah, Maha Mengetahui Allah...

Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

"Sesungguhnya yang mengada-adakan kebohongan itu hanyalah orang-orang yang tidak beriman dengan ayat-ayat Allah dan merekalah pembohong-pembohong." (An-Nahl ayat 105)

Read Rest Of Enrty...

Sunday, January 9, 2011

Masa dan Usia..

7 comments

Bismillahirrahmanirrahim...

Sedar tak sedar, esok dah bermula kelas pertama bagi semester baru ni..
baru semalam rasanya masuk ke kampus ni, dah tahun ke 3 rupanya..Allah.. cepat betul masa berlalu..usia makin meningkat..fikiran bertambah matang dek usia dan ilmu bertambah..betul ke? Namun, adakah amalan sudah berada di tahap yg 'mantap' atau 'tiptop'? atau sekadar di zon selesa, atau sekadar hanya melepas batuk di tangga, atau pun tiada perubahan dalam kehidupan seharian? tepuk dada tanya iman...soalan diajukan bukan pada sahabat2, tapi pada diri sy sendiri.. zahirnya, orang nampak begitu tenang, sentiasa tersenyum..hakikatnya, pergolakan jiwa yg senantiasa berbalah antara hak dan batil, hanya DIA dan empunya diri yang tahu..

Ironinya, makin bertambah ilmu pengetahuan juga usia telah menghakis kedudukan kita disisiNYA..apa benar yg sy persoalkan?semua jawapan bergantung pd nilai pandang seseorang..adakah benar atau tidak..


Kenapa kadang2 manusia mudah lupa perihal kejadian mereka? juga lupa tentang apa yg telah dipertanggungjawab ke atas mereka?pertanyaan ini juga bukan dituju pd sahabat semua tp pd diri sy sendiri..

Masa yg semakin laju meninggalkan kita, usia yg semakin cepat bertambah sepatutnya seiringan dengan ilmu dan amalan kita sebagai bekalan menuju negeri yg abadi..tetapi jika dilihat sekarang, manusia seakan makin melupai tentang 'kampung' kita yg sedang menanti..mengejar dunia seolah inilah tempat lahirku,inilah tempat tinggalku dan inilah tempat selamanya bagiku..

Pada masa dan usia yg telah berlalu, apakah yg telah kita sumbangkan pd diri, agama, keluarga dan masyarakat? soalan diaju juga pd diri sy sendiri..tidak tahu banyak mana pengorbanan atau sumbangan yang telah disalurkan pd semua tu.. terlalu sedikit..

Pada masa dan usia yg telah berlalu, manusia semakin mengejar nama, pangkat dan harta..jika ditanya, jawapannya mudah saja 'dunia zaman sekarang,memerlukan semua itu!' ya..mmg benar..tp kalian lupa dimana kaki kita berpijak.. kalo cuma mengharapkan nama,harta yg banyak, sediakanlah tempat tinggalmu di Barzakh dengan intan permata.. hiasi barzakhmu dengan keranda mewah, kafan sutera dan dinding batu yg kukuh..mampukah?

Kenapa masih lagi bersikap kebinatangan? bersikap biadab dan membabi buta?tidakkah kau sedar segala perbuatanmu akan dihisab dan ditimbang tara?masihkah ingin berdegil dan mempetahankan kepentingan diri dengan melupai setiap insan yg ada disekelilingmu yg berhak mendapat perhatian dan bantuanmu? usah ego, kerana ia tidak layak utkmu..kerna kau bukan siapa2, hanya insan kerdil yg menumpang dibumi Al-Khaliq!

Sedih melihat dunia sekarang..dr yg kecil, remaja, dewasa mahupun yg tua..hidup seakan tiada apa2 makna, hanya keseronokan yg dipilihnya..berjalan penuh bongkak dek perhiasan melingkari tubuh..jelingan mata yg tajam tika melihat orang2 yg tidak setaraf dengannya..mulut berkata-kata dengan sumpah seranah jika orang melebihi darinya..kenapa perlu begini wahai manusia...tidakkah ada sekelumit rasa di hatimu bahawa kau dan dia adalah bersaudara? kita dr rumpun yg sama,di alam roh..kita juga akan kembali ditempat yg sama..didiklah hatimu agar menjadi insan yg penyayang dan menabur bakti selagi hayat masih tersisa.. jika ajal datang dengan tiba2, tidak dapat kau menolaknya...dan..insan2 yg ada disekelilingmu jua la yg akan menguruskanmu kelak..

Jadilah kau insan yg pemurah..walau kau tidak empunya harta, tapi kau murah dengan khidmat dan tenagamu..
Jadilah kau insan yg penyayang..kerna disitu letaknya kunci kebahagiaan..
Jadilah kau insan yg merendah diri..nescaya kau pasti dikasihi dan dihormati...
Jadilah kau insan yg sabar..pasti kau akan digeruni..
Jadilah kau insan yg tabah..akan kau rasai nikmat redha dan manisnya sabar...

Pada masa dan usia yg telah berlalu, jadikan ia kenangan yg sentiasa terpahat dihatimu..jalan sukar yg telah kau temui, jadikan ia sebagai panduan untuk kau terus mengorak langkah.. namun,jalan indah yg telah kau lalui, jadikan ia nostalgia terindah dalam hidupmu dimana kau akan sentiasa tersenyum bila memikirkannya..itu juga terapi jiwa..

Pada masa dan usia yg sedang kau tempuhi, isilah ia dengan ilmu pengetahuan dan amal kebajikan, untuk kehidupanmu di masa akan datang..usah kau mudah menyerah kalah,sebelum sempat kau berjuang..kerna pasti suatu masa nanti kau akan menyesal kerana memilih hidup yg lemah dan tiada semangat juang..

Pada masa dan usia yg bakal kau temui, rancanglah ia dengan tulus dan tersusun agar masa dan usiamu tidak terbiar begitu saja, dan pasti jika terlepas, tidak dapat kau genggamnya lagi...

Moga pada masa dan usia kita, setiap detik dan saat, akan ada pengisiannya yg bermanfaat..agar kita tidak menjadi orang yg zalim pd masa dan usia...

Wallahua'lam...



~Time For Change~

Read Rest Of Enrty...

Sunday, January 2, 2011

11 Jenis Manusia Yg Didoa Malaikat

10 comments

Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’”

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”

5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.”

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.”

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.
“Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?”
Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’”

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…’ ”

10. Orang yang sedang makan sahur.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.”

Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. Wallahu’alam.Semoga kita termasuk dan tersenarai sama. InsyaAllah...

~ilmu hak bersama~

Read Rest Of Enrty...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...