Sunday, August 7, 2011

Info Ramadhan - Makruh ke mandi petang?

Sedari kecil kita sudah dididik dan terdidik bahawa mandi pada waktu petang untuk menghilangkan rasa panas dan haus di bulan puasa adalah makruh..'fatwa' ini sudah tidak asing lagi bagi kita dan segelintir masyarakat..

Terkadang hati tertanya sendirian,kenapa tak pernah jumpa nas atau hadith yg soheh (betul/tepat) tentang 'fatwa' turun temurun ni? Alhamdulillah, jawapan telah DIA berikan melalui SOLUSI edisi Ramadhan..~ sekadar perkongsian..

*********

Mandi pada waktu petang termasuk dalam perkara-perkara sunnah sebagaimana kata-kata Abu Bakar r.a : " Aku melihat Rasulullah s.a.w di al-Arj (sebuah tempat), Baginda menyiram air ke kepalanya dalam keadaan Baginda berpuasa, kerana dahaga atau kepanasan." (Riwayat Abu Daud)

Wallahua'lam...

4 comments:

cemomoi said...

pnah jumpa hadis ni... cuma tak bac huraiannya lagi bole ke diqiaskan/adakah sama basuh kepala dengan mandi

.:Insyirah:. said...

Didalam 'Awn al-Ma'bud menyatakan bahawa, dibenarkan oleh syara' bagi seseorang yg sedang berpuasa melegakan dirinya dgn cara menuangkan air dikepala atau dikeseluruhan badannya (mandi)..

Wallahua'lam..

Anonymous said...

ilmu yg bermanfaat..ana mohon share.. jazakillah..

.:Insyirah:. said...

fal ya tafaddhal..'afwan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...