Sunday, December 6, 2009

Kisah SUMAYYAH..

Sumayyah ialah ibu Ammar b Yasir, yang merupakan gambaran cemerlang wanita yg pertama sekali mati syahid dlm Islam. Sumayyah merupakan isteri Yasir. Dengan keimanan yg kuat dan keberanian yg tersimpan di relung hatinya yg dalam ia sanggup menentang Abu Jahal yg terkenal bengis dan kejam.

Sumayyah bersama suami dan anaknya Ammar dijemur di tgh padang pasir yg sangat panas. Kaki dan tangan mereka diikat sehingga tidak bergerak dan melawan. Mereka diseksa dengan kejam agar mengikuti keinginan Abu Jahal. Namun mereka tdk terdengar sepatah katapun dari mulut Yasir atau puteranya, Ammar selain drpd rintihan yang penuh kesakitan, justeru itu mereka meneruskan penyeksaan terhadap keluarga yg beriman ini agar menyatakan murtad dr agama Islam.

Sumayyah tdk merintih kesakitan tetapi menentang dengan terus terang serta menyatakan bahwa beliau tetap berpegang teguh kepada keimanannya, walaupun harus ditebus dengan harga yg mahal kerana mereka telah mendengar sabda Rasulullah s.a.w ketika baginda melewati tempat mereka diseksa yang bermaksud; “Bersabarlah wahai keluarga Yasir kerana tempat yg dijanjikan untuk kamu adalah syurga.”(Subhanallah…)

Segala seksaan terasa ringan kerana semuanya akan berakhir dengan kenikmatan syurga. Biar apapun seksaan yang menimpa Sumayyah namun ia tetap dengan pendirian dan keimanan yang kukuh dalam jiwanya. Abu Jahal yg sombong dan bengis merasa terhina kerana dicabar oleh seorg wanita yg lemah. Penyeksaan yg dilakukan hanya menambah ketaqwaan Sumayyah dan menambah keberaniannya. Akhirnya Sumayyah di bunuh dgn penyeksaan yg menyedihkan.

Riwayat Sumayyah dicatat dlm lembaran sejarah dengan tinta emas krn beliau wanita yang pertama mati syahid dlm Islam sbg motivasi jihad terhadap generasi yg berikutnya. Namanya abadi hingga kini utk dikenang sbg pejuang yg sanggup dan berani melawan kekejaman dan kekerasan. Ibnu Hajar berkata dalam kitabnya Al-Ishabah; “Sumayyah bt Hubbath bekas hamba sahaya Huzaifah b al-Mughirah b Makhzum. Beliau adalah ibu Ammar b Yasir org yg masuk Islam pd hari ke-7. Sumayyah diseksa Abu Jahal dan ditusuk tombak pd kemaluannya hingga meninggal dunia. Ia adalah wanita yg pertama sekali mati syahid dalam Islam.

Yasir dinikahkan oleh Huzaifah dgn Sumayyah kemudian mendapat sorg anak yg diberi nama Ammar setelah dimerdekakan. Yasir, Ammar dan Sumayyah termasuk angkatan pertama yg memeluk Islam.”

Sumayyah menjadi lambang dalam menegakkan agama Allah. Dia termasuk 7 orang yg pertama sekali menunjukkan keIslamannya di Mekah. Mereka adalah Rasulullah, Abu Bakar, Bilal, Khabbab, Shuhaib, Ammar dan Sumayyah. Rasulullah dan Abu Bakar dihalangi oleh kaumnya sedangkan yg lain dipakaikan baju besi dan dipanaskan pd sinar matahari yg terik. Melihat Sumayyah, maka Abu Jahal mendekatinya dan menusuknya dengan tombak hingga meninggal dunia. Ammar hidup hingga menyaksikan terbunuhnya org yg membunuh ibunya.

Ibnu Sa’ad meriwayatkan dengan sanad yg sahih dr Mujahid ia berkata; “Wanita yg pertama sekali mati syahid dlm Islam ialah Sumayyah, sorg wanita tua yg lemah. Ketika Abu Jahal terbunuh dlm peperangan Badar, Rasulullah bersabda; “Allah membunuh org yg membunuh ibumu.”

Begitu agungnya nilai perjuangan seorg wanita. Bila kita renungkan ternyata org yg pertama sekali memeluk Islam dan menyatakan kebenaran yg dibawa Rasulullah ialah Khadijah dan org yg pertama sekali syahid dalam Islam ialah wanita yg bernama Sumayyah...Allahuakbar!

4 comments:

asyraf Al-fandani said...

Allahuakbar!!!
Inilah contoh keberanian,keyakinan dan pengorbanan kaum hawa di zaman rasulullah saw yg sentiasa mempertahankan kesucian ISLAM sehingga menemui syahid...inilah yg dikatakan 'cinta sejati' subhanallah...mudah2han pengorbanan sumayyah ini dpt diterapkan di dalam jiwa kaum hawa masa kini...wallahutaa'laa'lam...takbir!!!

Abuelharraz said...

Bila pohon tumbuh indah sempurna dan melahirkan bunga dan buah makrifat dalam diri, maka disitu ada keteguhan hakiki..

tiada gentar walau jasad jadi taruhan.. hati yg bercahaya telah terbuka, tersingkap mujahid dalam hati yg tekal.

"'Dia' sukakan kesakitan dari kesenangan, krn dalam kesenangan ada kesengsaraan.. dalam kesakitan ada ketenangan abadi. 'Dia' bidadari."

"Buka mata ledakkan cahaya matahati, akan terbuka cinta Haq yg hakiki"

::Ukhty Najian:: said...

to asyraf Al-fandani > insya Allah..sama2lah kita jadikan keteguhan sumayyah dalam mempertahankan aqidah sbg penyunting semangat perjuangan kita..amin..

to abbuelharraz > "Dan sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah (dengan ikhlas)
sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh dan (ingatlah) kepada Allah jualah
kesudahan segala urusan."

imam ghazali berpendapat, mendekati Allah dan merasa adanya Allah serta ma'rifat kpd Allah,hnya dapat dicapai dengan menempuh 1 jalan, iaitu jln yg ditempuh oleh kaum sufi..

melihat dgn mata hati..jalan utk mencapai syurga Allah tidak dihiasi dgn permaidani merah,tapi penuh jln berliku,berduri..moga kita tak tersungkur di pertengahan..

"Merentasi sebuah destinasi, perjalanan hati..."

Abuelharraz said...

Ahli sufi tdk merasa akan kehidupannya yg di alami kerana bgnya ia cuma mimpi.. mereka tdk dapat membezakan antara kesakitan dan kesenangan. Bahkan mereka memilih utk kesusahan krn membuatkan ia tdk bergantung kpd selainNYA.

"Selama 30 tahun aku mencari diriku, bila kutemui, baru kurasa kehidupan setelah kematianku, sdgkan jasadku blum lagi mati.."

"Suatu hri ada org kaya menjemput seorang miskin yg hina di mata masyarakat, utk pergi kenduri dirumahnya, namun bila si miksin sampai ke rumah tersebut, dia dihalau krn wajahnya menakutkan dan kotor, dia pun pulang.

Pd mggu kedua, org yg sama menjemput spy ia hadir ke majlis kesyukuran, namun bila ia sampai, dia dihalau krn wajahnya yg kotor dan pakaiannya yg comot, dia pun pulang...
Mggu yg ke-3 terjadilah perkara yg sama, sewaktu dia pulang seseorang telah menegurnya seraya bertanya:

"Tuan, tuan datang bila dijemput, tuan pulang tanpa rasa kecewa bila dihalau, mengapa tuan tdk marah krn diperlakukan sdemikian rupa?"

Dia menjawab:
"Masakan saya marah, kamu lihat anjing, bila dipanggil ia datang, bila dihalau ia pergi.. anjing pun boleh buat sedemikian, inikan pula saya hamba Allah sebaik2 kejadian.."

Terdengar jawapan, org yg bertanya td terpaku bagai ditusuk panah ke juzuk hatinya lalu pitam krn terlhat keajaiban hati seorang insan berjiwa sufi.

"Bunuhlah dirimu dan kembali kpdNYA, robekkan jiwamu kosong, biar cuma ada DIA."

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...