Wednesday, December 23, 2009

"Taharah" Jiwa...



Aulia Abu Muhammad Royan mengajarkan:

1)ALLAH berfirman bahawa Dia menjadikan manusia untuk menghambakan diri kepadaNYA, bukan tujuan lain.
2)Tanda mencapai kehampiran dgn ALLAH itu ialah merasai tidak seronok memandang yg lain kecuali ALLAH.
3)meninggalkan dunia itu adalah zuhud paling tinggi.
4)ALLAH berfirman bahawa semakin kaya org itu semakain jauh ia dari ALLAH.
5)Wali ALLAH yg menghormati org kaya,akan hilang satu pertiga dari kesufiannya.
6)Jauhkan diri dari majlis org kaya2 seperti menjauhkan diri dari org yg telah tidak bernyawa lagi.
7)Barangsiapa mencari perlindungan dari yg bukan ALLAH,akan menderita di tgn yg bukan ALLAH itu lama-kelamaan
8)Dunia ini menghalang kita dari memasuki 'yang kekal'.
9)Dalam berseorangan itu menangislah sambil berdoa kepada ALLAH agar hati menjadi bersih.


Aulia Harith Al-Muhasibi mengajarkan:

1)Sebuku roti kering cukup utk org darwisy (sufi)
2)Takut kepada ALLAH menimbulkan rindu kepadaNYA dan mendapat rahmatNya
3)Makan kenyang itu mengaburkan cermin hati.
4)Jgn byk cakap,puasa,jauhkan diri dari berkawan dgn ahli2 dunia adalah perlu dlm perjalanan (menuju ALLAH)
5)Tasawuf ialah sabar dlm segala kesusahan dan meninggalkan yg lain kecuali ALLAH.
6)Menumpukan perhatian kepada hal2 keduniaan akan menghalang menuju makrifat.
7)Perhati dan tangisi tentang akhir hayat.
8)Org yg berkahwin,banyak cakap dan banyak berjalan ialah org dunia.
9)Keluhan yg merendahkan diri dari seorang sufi itu adalah lebih baik dari 100 tahun beribadat.
10)Apabila mata batin itu terbuka,maka mata zahir akan tertutup.
11)Org yg cinta keoada dunia tidak akan merasa ALLAH.Di pandangan ALLAH,dunia tidak berharga lebih dari seekor nyamuk


“Permisalan antara dunia dan akhirat adalah bagaikan timur dan barat. Apabila engkau bertambah dekat ke salah satu dua arah itu, bererti anda telah bertambah jauh dari akhirat. Dunia adalah kampung, permulaannya susah payah dan akhirnya kebinasaan. Dalam barang halalnya perhitungan, dan dalam barang haramnya siksaan. Barangsiapa berasa cukup dengannya, dia telah tertipu, barang siapa membutuhkannya, dia bersedih..” -Hasan Al Basri-

"Serahkan dirimu sepenuhnya kepada Allah, maka Allah akan beri kekuatan sebagai ganti kelemahan, keamanan sebagai ganti ketakutan, dan kecukupan sebagai ganti kemiskinan.." (Yusuf Al-Qardhawi)



7 comments:

Abuelharraz said...

alhamdulillah, post yg sgt segar bagi hati.. alangkah baiknya jk manusia dapat memahami dan menyelami hati seorang sufi dan aulia'ullah..

teruskan pembacaan dan penghayatan, moga terbuka segala yg tertutup(hijab), terhapus segala yg bathil(dunia)..

"tenggelamkan dirimu dalam rahmat Allah dalam sehari2anmu.." -Abu hassan Al-Qirqani.

Batasmu dgn Allah terlalu dekat, tetapi jauh krn dunia, dan tebal krn nafsu.. terasa perjalanan didunia makin jauh, namun perjalanan hatimu kian hampir. hapuskanlah, hapuskanlah dirimu dan pergilah kpdNYA... kau akan rasa tenang,dan dalam tenangmu ada ketakutan yg teramat bila kau sedari, kau di dalam dakapan yg Maha Esa.

- sebelum lidah dan kepalanya dipotong, beliau berdoa "Ya Allah, aku bersyukur kpdMU krn Egkau telah memberi aku tahan dan sabar hingga bercerai nyawa dari badan.." -Abu Al Mughis hussein b Mansur Al Hallaj.

"Bila telah fana', DIA akan memberimu pakaian baqa'(kekal)".
teruskan perjuanganmu, sahabat hati.

luvsolehah said...

salam.
saya suka post ni..
tp ada yg saya x faham..
6)Jauhkan diri dr majlis orang2 kaya sprt menjauhkan diri dr org xdak b'nyawa lagi???
8)org yg berkahwin,banyak cakap dan bnyk berjalan ialah org dunia???

sy berharap sngt kpd ukhti Najian atau sesape utk jelaskan..

terima kasih..

Abuelharraz said...

salam 'alaik..

to luvsolehah>
ukhty, kata2 ini datangnya dari seorang sufi dan wali2 Allah, jk ada kekeliruan hendaklah diabaikan, mrk berkata begitu disaat mrk dalam ke'fana'an.

mksud pertama, 'org kaya' mksud mrk adalah org yg mengejar kesenangan dunia hgga lupa pd janji mrk dgn Allah SWT.

mksud kedua 'org berkahwin, banyak cakap dan berjalan adalah org dunia' adalah mrk para salik(sufi) sangat menjaga hati mrk dari syahwat keduniaan, agar tdk terlepas pandangan & ingtatan mereka terhadap Allah SWT..

Semoga bermanfaat, insyaallah.

::Ukhty Najian:: said...

assalamualaikum..

to abuelharraz > syukran akhi sbb tlg perjelaskan pd ukhti solehah..maaf,sbb ana lama tak online..byk tugas yg perlu diselesaikan..

Maulana berkata "Jika anfa berkehendak bygnNYA,lihatlah muka manusia..Lihat di situ Zat Allah-dgn terang dlm senyumannya..

to luvsolehah > syukran krn slalu bertandang disini..:) alhamdulillah, akhi abuelharraz dah perjelaskan..moga adik solehah faham..insya Allah..:)

luvsolehah said...

salam.
terima kasih..
banyak2..

::Ukhty Najian:: said...

to luvsolehah > sama2 :)

Abuelharraz said...

to ukhty najian >
alhamdulillah.. jk ada kelapangan bukalah email, ada sedikit pesanan dari ana utk ukhty..

to luvsolehah >
syukraan bi-taqawallah krn ukht sudi memahami penjelasan dari ana.. cuma ada 1 pesanan ringkas, dalam kebanyakan golongan ahli sufi dan aulia, mrk bersandarkan diri kpd Allah semata2, tdk ada 1 pun perihal dunia dalam hidup mrk. utk kt di zaman ini, ambil lah pengajaran dah hikmah dari cerita2 mrk. mrk bisu, mrk buta dan mrk pekak. mrk tenggelam dalam rahmat Allah SWT 1000 kali setiap nafas.. itu, tanda2 seorang kekasih Allah.

semoga bermanfaat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...