Saturday, May 5, 2012

Stanza Cinta..

7 comments

Bismillah..

telah ku lewati daerah itu
pelbagai cinta dan rindu telah ku temui
namun cinta dan rindu yang satu itu
yang ku kejar dan yang ku cari

untuk kali keduanya ia hampir bertapak
moga aku tidak tersalah duga
dek kekeliruan pelbagai makna
yang tersurat juga yang tersirat

pernah kurasa hebatnya cinta..
...dan rindu itu
suatu ketika dahulu
lantaran hati diselaputi dosa
ia hilang..pergi tidak kelihatan lagi..

untuk kali keduanya..
ku impikan getar rasa ini
sentuhan cinta dan rindu yang satu itu..
bukan sekadar puisi dusta
tapi stanza cinta..milik DIA..

6.05pm 5512

Read Rest Of Enrty...

Friday, May 4, 2012

Pasrah Kehidupan..

3 comments

Ya Allah..
hati ini terlalu sedih
kenapa hari-hariku
dihujani pelbagai ujian
ya..
jawapan sudah ada dalam kalamMU
tapi ya Allah..
haruskah aku bermuram durja..
aku ingin bahagia
walau dalam sakit
tapi tulus dari hati
aku rasa tidak mampu lagi
berterusan begini
adakah hampir sudah aku..
..dengan masa bahagia..??

Ya Allah..jadikan aku hamba yang sentiasa redha..
hamba yang sentiasa bergantung harap hanya padaMU..

sesungguhnya Ya Allah..hati ini terlalu pedih..

moga Kau ubatiNYA..kerna..hati ini milikMU...

***************

Ya Allah..sekiranya ini semua kifarah terhadap dosa dan kelalaianku..
aku pasrah..redha akan segala..
Ya Allah..sekiranya ini tanda peringatanMU padaku..
aku bersyukur kerana ini yang sentiasa ku pinta dariMU..
Ya Allah..sekiranya ini semua tanda cintaMU padaku..
tidak sabar kulewati hari-hariMU dgn penuh duri..

****************

tidak mampu rasanya aku berdiri..andai jauh dariMU....

Allah....

Read Rest Of Enrty...

Tuesday, May 1, 2012

Salju kasih..

1 comments

dinginnya hujan di senja ini..
sedingin kasih dan rinduku pada sahabat..
apa khabar kau disana..?
ku doakan kau baik-baik sahaja..

sudah lama rasanya kita terpisah..
oleh jarak dan waktu..
oleh usia dan masa..

aku rindu padamu teman..
sungguh dari hati..

menitis air mataku keguguran..
bahasa rindu terlahir jua..
oh Allah..sampaikan rindu ini padanya..
moga ia sampai padamu..

aku tahu mungkin terlalu banyak khilafku..
dan mungkin ini juga satu karma untukku..

walau kita terpisah kini..
ku tahu hati kita masih bertaut erat..
tunggu masa dan ketika..
akan tercurah juga kasih ini..
akan terlerai juga rindu ini..

sahabatku..
tolong janji denganku..
yang kau tidak mungkin pergi tinggalkanku..
janji padaku..
kau akan bawa persahabatan suci ini..
ke Syurga Abadi..
milik impian setiap insan..

[mode] : rinduuu sangat pada sahabat hatiku..

Read Rest Of Enrty...

Monday, April 16, 2012

istikharah cintaku...

2 comments

Ya Allah..
Seandainya dia tercipta untukku..
Dekatkanlah hatinya denganku..
Seandainya dia bukan untukku..
Jauhkanlah ingatan dan perasaanku padanya..
Dan Kau gantilah aku dengan yg lebih baik..

Ya Allah..
Bantulah kami..
Berilah petunjukMU dengan penuh kasih sayang..
Agar kami dapat menempuh ujianMU ini dengan penuh sabar..
Agar kami mampu menetap keputusan terbaik untuk kami..

Ya Allah..
Engkau yang Maha Cinta.. 
Ku seru Nama-Mu..
Dengan penuh rendah diri..
Mengharap bantuan terus dariMU..

Permudahkanlah segala urusan kami..


Istikharah cinta memanggilku.. Memohon petunjuk-Mu.. Satu nama teman setia.. Naluriku berkata.. 
Di penantian luahan rasa.. Teguh satu pilihan.. Memenuh separuh nafasku.. Dalam mahabbah rindu.. Di istikharah cinta..


"Merentasi sebuah destinasi, perjalanan hati..."

Read Rest Of Enrty...

Tuesday, April 10, 2012

Nota Cinta Untuk-Mu

4 comments

Ya Allah..
sebelum mataku terpejam
sebelum lenaku dibuai mimpi
izinkan aku memohon keampunan padaMU
jika hari ini terlalu banyak kelalaian
terlalu banyak kealpaanku padaMU
ampunkan aku Tuhan
sesungguhnya aku hanya hamba yang serba lemah..

Yang Maha Cinta..
izinkan aku untuk terus mengingatiMU
walau dalam lena
detak jantungku asyik menyebut asmaMU
agar aku tidak terus dibuai keindahan mimpi yang palsu

Ya Tuhanku..
sebelum rohku terkeluar dari jasad..
izinkan aku menyebut kalimat bermakna..
"Bismikallahumma ahyaa wa amuut"
agar jagaku dihari esok sempat kulafaz
"alhamdulillahillazi ahyaana ba'dama amaatana wa ilaihi nusyur.."

Selamat malam duhai diri yang berdosa..mengharap pengampunan dariNYA..sentiasa..

Allahu Akbar..


 "Merentasi sebuah destinasi, perjalanan hati..."

Read Rest Of Enrty...

Sunday, April 8, 2012

"Perigi Cari Timba" ??

0 comments

Bismillahirrahmanirrahim..

"kakna..apa pendapat kakna kalau perempuan meminang lelaki?" tanya seorang mawar pada saya..

*********

Istilah 'perigi cari timba' makin hangat diperkatakan sekarang lantaran nisbah kaum muslimin dan muslimat ialah 1:14 (kajian oleh JAWI). err..sekarang orang masih pakai perigi ke? :D opss.. maaf ye mawar..? :P

Masyarakat sekarang memandang serong akan perbuatan menawarkan diri pada lelaki.. sebab mungkin tidak biasa.. tapi pepatah ada menyatakan "Alah Bisa Tegal Biasa".. jadi untuk menjadi kebiasaan perlu 'dimulakan' terlebih dahulu..:-) buat transformasi..buat anjakan paradigma..dengar apa kata Tuhan.. Tuhan kita Satu, senang nak patuh.. manusia ni berjuta, mana satu kita nak dengar.. biaq pi la depa nak kata apa.. (T_T)

Jom kita tengok balik sirah Baginda saw.. bagaimana mungkin Srikandi Islam yg mulia menawarkan dirinya kepada Rasulullah untuk dijadikan isteri? adakah itu menggambarkan Khadijah memiliki sifat TIDAK TAHU MALU?


Bagi saya yang serba kekurangan ilmu ini, tidak salah kalau wanita yang 'approach' lelaki untuk dijadikan pemimpin rumahtangga wanita tersebut. kerana mungkin si wanita terasa begitu yakin akan sifat dan sikap lelaki berkenaan. tapi haruslah menjaga adab dan nilai akhlak agar tidaklah kita dikategorikan dalam golongan wanita yang tidak tahu malu atau terdesak..

**********

Gunakan BAHASA BERLAPIK atau KIASAN, perumpamaan dan sindiran kepadanya untuk memahami perasaan. Jua, boleh digunakan khidmat orang tengah sebagai perantara bagi menyampaikan pesanan dan hasrat. langkah kedua ini yang terbaik.tetapi haruslah bijak memilih perantara, yang mana sifat amanah paling utama untuk menjadi 'orang tengah'..

ILMU dan KEFAHAMAN yang mantap perlu diutamakan terlebih dahulu. Benar, Islam tidak melarang wanita meminang lelaki. Bagaimanapun, janganlah ia dilakukan dengan semberono atau secara melulu dan keterlaluan. Asal sukakan lelaki, terus melamar tanpa mengkaji usul asalnya...Awas ya.. ^_^

-iluvislam-
**********

Apapun keputusan dan tindakan haruslah berbekalkan ILMU dan rasa MALU agar maruah dan nilai akhlak peribadi si mawar terpelihara dan tampak mahal harganya.. :-)

Daripada Anas r.a berkata telah datang sorang wanita kepada baginda Rasulullah dan menawarkan dirinya kepada baginda dengan berkata:

“Wahai Rasulullah, apakah engkau berhajat kepada aku? Lalu ketika menceritakan hadis ini maka menyampuklah anak perempuan Anas r.a dengan mengatakan sungguh kurang malu perempuan itu dan buruk akhlaknya, lalu dijawab oleh Anas r.a: Sesungguhnya dia itu (perempuan yang menawar diri) lebih mulia dan baik daripadamu kerana dia mencintai nabi dan menawar dirinya demi kebaikan.” (Riwayat Bukhari)

P/s: Sabar ya mawar.. doa banyak-banyak.. utamakan perkara yang penting terlebih dahulu.. insya Allah perkara yang baik Allah akan permudahkan..(^.^)    


MALU BIAR BERTEMPAT.. MALU BIAR BERTEPATAN DENGAN SYARIAT.. ;-)




"Merentasi sebuah destinasi, perjalanan hati..."

Read Rest Of Enrty...

Saturday, April 7, 2012

Apa khabar imanku..?

4 comments

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah..sepetang ini..masih lagi diberi kesempatan untuk menghirup hembusan bayu yang dingin.. masih lagi mampu melihat langit biru yang sentiasa bersama awan.. masih lagi mampu mendengar kicauan burung yang bergegas pulang setelah penat mencari secicip rezeki kurniaanNYA..

Apa khabar IMANku..?

Tersentap sebentar bila disoal begitu..

Mungkin sudah lama si dia tidakku sirami dengan ilmu.. mungkin sudah lama si dia tidakku endah.. mungkin sudah lama si dia kubiarkan sepi.. mungkin sudah lama si dia kutinggalkan sendiri.. maafkan aku sayang..

Ya.. detik waktu penuh rahmat ini.. terpanggil untukku menjengukmu.. lantaran rasa terpukul dek soalan yang mungkin ku tak ketemu jawabannya..

Kau dimana..?

Sudah jauh kau pergi.. sudah jauh kau menghilang.. sudah jauh kau menyendiri.. sudah jauh kau membawa diri..

Tinggalkan aku.. sendiri di sini.. tanpa panduan darimu..

Hatiku mencari-carimu.. di merata tempat.. masih samar.. tidakku temu..tapi yakinku, kau masih ada..

Tunggulah aku disitu.. jangan pantas menjauh.. akanku bawamu semula.. ke daerah hati.. dalam daerah diri.. agarku tak kesepian lagi.. tanpamu.. kerna sungguh, aku tidak bisa mengharap panduan akal semata tanpa bimbinganmu duhai IMANku sayang..

Moga kita bertemu..ku yakin itu..

7.37pm 7/4/2012


"Merentasi sebuah destinasi, perjalanan hati..."


Read Rest Of Enrty...

Friday, March 30, 2012

0 comments


please..don't be nice to me....


Read Rest Of Enrty...

Wednesday, March 28, 2012

0 comments

bismillah..
alhamdulillah..
tiada apa yg mampu kututurkan..
hanya ucapan Segala Puji BagiMU Ya Allah..
hanya sedetik waktu aku terlalu yakin dengan janji-janjiMU..
Engkau telah memberi satu hikmah besar dalam setiap ujian yang telah Kau anugerahkan padaku..
insya Allah..segalanya akan ku lalui dengan tenang..yakin..

moga aku sentiasa baik-baik saja..bolehkan ya Allah..?


"Merentasi sebuah destinasi, perjalanan hati..."


Read Rest Of Enrty...

Monday, March 26, 2012

Meniti Hari...Insyirah...

2 comments

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Bukankah Kami telah melapangkan bagimu dadamu [1]

dan Kami telah meringankan bebanmu daripadamu [2]

Yang memberati tanggunganmu [3]

dan Kami tinggikan sebutan bagimu [4]

Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan [5]

Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan
[6]

Maka apabila kamu telah selesai, kerjakanlah dengan sungguh-sungguh yang lain [7]

dan kepada Tuhanmu sahaja hendaknya kamu berharap [8]

************

Dari Abu Hurairah ra. berkata, Rusulullah S.A.W bersabda: “Pertolongan dari Allah diturunkan dari langit menurut kadar beban keperluan dan turunlah kesabaran menurut kadar ujian musibah. Jika engkau telah selesai dari urusan duniamu maka tegakkan dirimu untuk melakukan ibadah dan kepada Rahmat Tuhanmu sajalah engkau tetap berharap.”

************

Ya Allah.. permudahkan segala urusanku.. urusan dunia dan akhiratku.. Ya Allah, jauhi aku dari sifat keluh kesah.. jauhi aku dari putus asa.. jauhi aku dari cepat mengalah.. Ya Allah, semoga semua urusanku berjalan dengan lancar.. ku yakin dengan janji-janjiMU Ya Rabbi.. bantulah aku.. tenangkan hatiku.. kerna Engkaulah sebaik-baik Penolong, Perancang dan Penenang.. ameen..


"Merentasi sebuah destinasi, perjalanan hati..."


Read Rest Of Enrty...

Saturday, March 24, 2012

Hati Yang Cedera...

0 comments


Bila jiwa kacau risau tentang masa depan,
Bila hati sesak dengan karenah manusia yang tidak memahami,
Bila jiwa sukar berlapang dada,
Bila hati disempitkan dengan sangkaan buruk terhadap saudara lain,
Bila hati sentiasa ingin marah,
Bila hati mula berjinak dengan nafsu yang Allah tidak redha.

Bila akal lupa tujuan asal hidup,
Bila diri terasa enak berlingkar dengan maksiat,
Bila hati puas melakukan perkara yang tidak berbuah amal,
Bila jasad duduk enak tanpa berbuat ma'aruf.

Bila air mata terlalu sukar untuk dititiskan untuk-Nya,
Bila hati mula mengeras,
Bila fikiran melayang untuk perkara sia-sia,
Bila hati mula berputus asa terhadap rahmat dan nikmat-Nya.

Bila diri mula meminta yang berlebihan,
Bila hati mula meminta untuk yang bukan haq,
Bila diri rasa sudah cukup,
Bila lidah terlalu keras untuk mengalunkan zikir.
Bila cemburu terhadap nikmat dan rezeki insan lain,
Bila diri berpura baik di hadapan manusia,
Bila hati merasa perbuatan dosa sebagai tidak apa,
Bila diri sentiasa mahu dipuji.

Bila hati tidak yakin dengan janji-Nya,
Bila diri menyesal dengan setiap taqdir-Nya,
Bila hati sentiasa mencari aib dan salah orang lain,
Bila diri sentiasa ingin memuaskan selain dari Allah.

Bila hati merasa bebas dari jagaan Allah,
Bila merasa diri milik mutlaq diri sendiri,
Bila hati merasa aman melanggar amanah,
Bila merasakan tiada yang lebih penting melainkan diri sendiri.

Bila diri terlalu banyak beralasan,
Bila setiap perbuatan tidak terniat untuk Allah,
Bila diri mula berasa berat untuk sembah dan sujud kepada-Nya,
Bila telinga lebih enak dilagukan dengan selain ayat-ayat suci-Nya.

Bila mulut lebih senang berbicara tentang dunia dari manisnya syurga,
Bila redha manusia lebih dicari daripada redha Allah,
Bila merasa cinta manusia lebih asyik daripada cinta Allah,
Bila hati tidak rindu untuk bertemu-Nya,
Bila hati mula disempitkan dengan dunia,
Bila diri sombong tidak mahu meminta kepada-Nya,
Bila setiap akal, jiwa dan jasad terikat dengan dunia.

Credit to : Cahaya Hadapanku


Hati itu bukan hatiku lagi..
Heal my heart ya Allah..
Bless me with a new heart..ameen..


"Merentasi sebuah destinasi, perjalanan hati..."

Read Rest Of Enrty...

Thursday, March 22, 2012

Berdua bersama Diam..

6 comments

aku memilih untuk berdua saja dengan DIAM..

Diam mempunyai banyak maksud..
aku memilih diam tatkala aku sedang bersedih..
aku memilih diam tatkala aku sedang marah..
aku memilih diam tatkala hati ingin menangis..
aku memilih diam tatkala hati tersakiti..
aku memilih diam tatkala emosi bercelaru..
aku memilih diam tatkala ingin dipujuk..
aku memilih diam tatkala datang prasangka..
aku memilih diam tatkala ditengah ramai..

ya..diam cuma diam..meski diam bukan satu solusi..tapi diam adalah senjata paling ampuh untuk menahan emosi dan amarah.. diam adalah untuk menghindari konflik.. diam juga untuk menghormati dan menghargai perasaan orang lain..

diam hanya untuk bertahan..dan terus bertahan..

ku memilih diam..kerna aku tenang begitu...



"Merentasi sebuah destinasi, perjalanan hati..."



credit to : Melukis Pelangi; Sahabat Hatiku..


Read Rest Of Enrty...

Monday, March 19, 2012

ishtaqat lakii..

0 comments

~ Merindu itu mudah..
~ Dirindui itu istimewa..
~ Yang merindu sentiasa merana..
~ Yang dirindui tidak pernah mengetahui..

Izinkan aku MEMBAHAGIAKANMU dalam diamku, bukan sahaja dengan cinta tetapi dengan IMAN DAN TAQWA...

:: Kita hanya mampu MERASA dan orang lain kadangkala SUKAR UNTUK MENGERTI dan MEMAHAMI ::

i love you more than you know...



"Merentasi sebuah destinasi, perjalanan hati..."


Read Rest Of Enrty...

Sunday, March 18, 2012

kau bukan milikku!

0 comments

"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.." (Surah Al-Hadid: 22-23)

sudahlah...tidak akan ku tangisi lagi..yang pastinya bukan milik aku..

oh hati..senyum tau! :-)


"Merentasi sebuah destinasi, perjalanan hati..."


Read Rest Of Enrty...

Friday, March 16, 2012

Rencah Kehidupan...

0 comments

Dengan nama Allah..Maha Agung..Maha Cinta..

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiar mengatakan : "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?" (29:2)

mengikut tafsiran ayat, setiap yang beriman itu, pasti akan diuji..pelbagai bentuk ujian, cobaan dan dugaan yang diturunkan kepada kita, selaku hambaNYA..

hati merintih, merayu dan menangis tatkala ujian yang dirasakan terlalu berat untuk ditanggung..tapi pernahkah kita fikir, dariNYA ujian itu datang dan DIA juga yang akan leraikannya..

seumpama tali yang ditarik, lama-lama menegang dan akan putus.. Dr.Aidh Al-Qarni berkata, jika ujian tu sudah sampai satu tahap dimana terlalu getir, insya Allah sedikit masa lagi akan hilang..

kenapa perlu risau..pilihlah untuk bahagia..belajarlah mencari yang indah..belajar mencari yang baik..

ya..moga baik-baik saja untuk kamu..doaku disini, moga tenang-tenang selalu..

cuba lihat sesuatu dengan mata hati..mata hati yang seiring dan selari dengan keyakinan terhadap ketentuan Ilahi..bila Dia berkata itu, makanya itulah yang terjadi..

usah pertikai kenapa aku yang diuji?kenapa tidak orang lain?
kenapa aku sering kehilangan? kenapa begitu..dan kenapa begini..

jawapannya..kerana kamulah yang terpilih..yang DIA sayang..yang DIA kasih..

untuk kamu lebih erat denganNYA..supaya kamu bergantung harap hanya pada DIA yang SETIA.. SETIAnya DIA kerana tetap ada untuk kita..biarpun berkurun lama kita tinggalkanNYA..

Allah.. jika dihalusinasi, mengapa aku diuji..betapa besar nikmat yang DIA beri..
sakitnya ya Allah hanya Engkau Yang Mengetahui..
peritnya ya Allah hanya Engkau Yang Memahami..
deritanya ya Allah hanya Engkau Yang Mengerti..

sungguh, Tiada daya dan kekuatan kecuali dari Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung..

biar apapun yang datang, tetap jua bertahan..kerana itulah yang sebaiknya..daripada kita mengeluh, hidup dalam kegusaran, kelemahan dan kemurungan..anggap saja ujian dan masalah itu sampingan hidup, perkara kecil yang datang cuma sebentar dan akan pergi pada bila-bila masa atas izinNYA..

lihatlah langit yang tinggi..tetap indah walau hakikatnya kita tidak mampu untuk menyentuhnya..
rasailah bayu yang berhembus..nyaman terasa walau nyata kita tidak dapat melihatnya dengan mata kasar..
tenunglah air sungai yang mengalir..tenang dipandang walau pasti kita tidak bisa untuk hentikannya..

panas mentari akan hilang dibalik awan..
pelangi akan muncul setelah hujan berlalu..

ukirlah senyuman pada semua..nescaya semuakan tersenyum indah padamu..yang sememangnya kamu adalah ciptaan yang paling indah..

pergilah sepi..pergilah derita..pergilah air mata..datanglah bahagia..datang dekat denganku..

akanku cuba dan terus mencuba agar hati bahagia..dan sentiasa tersenyum..

terima kasih ya Allah atas semua ujianMU..dan aku..hanya mampu berserah..Engkaulah sebaik-baik penolong dan sebaik-baik Tuan untuk menjagaku..

doa untukku, untuk kamu dan juga dia..moga kita tetap dalam lingkungan kasih dan cintaNYA..

senyum selalu yer sayang..:-)

***************

Kongsi Cinta..Rasulullah SAW bersabda : “Siapa yang mengucapkan La Haula Wala Quwwata illa billahi, maka ia akan menjadi ubat kepada 99 penyakit. Yang paling ringan adalah kebimbangan”. (Hadis Riwayat Tabrani)

16/3/2012
3.36pm



"Merentasi sebuah destinasi, perjalanan hati..."


Read Rest Of Enrty...

Thursday, March 8, 2012

Berjalan..Melihat..Dan..Mentafsir...

4 comments

"Dan tidak ada suatu binatang melata pun di bumi melainkan Allah-lah yang memberi rezkinya, dan Dia mengetahui tempat berdiam binatang itu dan tempat penyimpanannya . Semuanya tertulis dalam Kitab yang nyata.." (11:6)

"Pencipta langit dan bumi. Dia menjadikan bagi kamu dari jenis kamu sendiri pasangan-pasangan dan dari jenis binatang ternak pasangan-pasangan , dijadikan-Nya kamu berkembang biak dengan jalan itu. Tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia, dan Dia-lah yang Maha Mendengar dan Melihat.." (42:11)


Cameron Highland,2012



"Merentasi sebuah destinasi, perjalanan hati..."


Read Rest Of Enrty...

Wednesday, February 29, 2012

Mutiara Kata..

0 comments

"Waspadalah terhadap tiga orang; pengkhianat, pelaku zalim dan pengadu domba. Sebab, seorang yang berkhianat demi dirimu, ia akan berkhianat terhadapmu dan seorang yang berbuat zalim demi dirimu, ia akan berbuat zalim terhadapmu. Juga seorang yang mengadu domba demi dirimu, ia pun akan melakukan hal yang sama terhadapmu.." (Imam Jaafar as)


"Tiga hal adalah kemuliaan dunia dan akhirat ; memafkan orang yang menzalimimu, menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, dan sabar ketika engkau diperlakukan sebagai orang bodoh.." (Imam Baqir as)


"Engkau dapat dikatakan rendah hati jika ; engkau rela duduk di sebuah majlis yang lebih rendah dari kedudukanmu, mengucapkan salam kepada orang yang kau jumpai dan menghindari debat meskipun engkau benar.." (Imam Baqir as)




"Merentasi sebuah destinasi, perjalanan hati..."


Read Rest Of Enrty...

Saturday, February 18, 2012

..Mencari Diri..

5 comments

Apa yang dicari di dalam kabus itu,
Sama seperti kau bertapa dalam gelita,
Kemudian menonton diri sendiri pada dinding yang kaku..

Apa yang dicari dalam mimpi itu,
Sama seperti kau memetik bintang,
dan mengusap bulan,
Kemudian tersipu malu sendirian..

Apa yang dicari dalam daerah itu,
Kerana segenggam cinta yang kau bawa,
Tetapi hanya milik mutlak Allah dan RasulNYA..

Sehampar kasih sayang yang kau beri,
Masih milik ibu dan ayah..

Sedalam rindu di kalbu,
Letaknya pada anak yatim dan fakir yang sering dilupa..


"Merentasi sebuah destinasi, perjalanan hati..."


Read Rest Of Enrty...

Monday, February 6, 2012

malam yang damai...

2 comments


sementara masih sendirian..tiada milik siapa-siapa..aku akan terus menyayangi..

sementara masih sendirian..tiada ikatan terpateri..aku akan terus merindui..





"Merentasi sebuah destinasi, perjalanan hati..."


Read Rest Of Enrty...

Saturday, February 4, 2012

Berlalu tanpa suara..

0 comments

ke kanan mencari arah cahaya..ke kiri tersimpan satu rahsia..
terkeliru..mana satu yang ku tuju..
dengan menyebut asma' MU Tuhan..ku tekad..
takkan berpaling..mencari yang lain..
kerana Engkau lah tujuanku hidup..
di sana pasti terselit bahagia..
yg tidak bisa ku nafikannya..

kan ku terus berlalu..tanpa suara..tanpa kata..
derap langkah ku seiringan tanpa mutiara di bibir..
janji di hati begitu bahagia..

aku kan kembali..

setelah ku berpeluang..mengenali diri...

8.09pm::4Feb2012

Read Rest Of Enrty...

Friday, February 3, 2012

Sahaja Aku MencintaiMu

0 comments



Ku cinta pada-Mu
Lebih dari segala-gala
Mampukah kupertahankan cinta ini
Dalam mengabdikan diri pada-Mu

Andai ada kata yang lebih baik
Dari ucapan terima kasih
Pastikan kuucap setulus hati
Tanda cintaku pada-Mu

Lailahaillallah, Allahu Rabbi
Lailahaillallah, Allahu Akbar!

Andai ada hadiah yang lebih baik
Dari melodi syukurku
Semestinya kupersembahkan pada-Mu
Tanda cintaku, tanda cintaku...
Pada-Mu!

Hasbi Rabbi jallallah
Mafi Qalbi ghairullah
Nur Muhammad Sallallah

Setiap hela nafas
Setiap gerak tangan
Setiap degup jantung
Setiap gerak kaki

Takkan pernah bermakna
Tanpa cinta-Mu..


Pencipta lagu dan lirik: Ajwad Du'a
Artis: Du'a feat Ustaz Amal
Music Arrangement : Bro Kautsar (Kalsa Studio)
Third/ Backup voice: Amad

Read Rest Of Enrty...

Wednesday, January 11, 2012

p.i.l.i.h.a.n...

2 comments

setiap orang diberi peluang,ruang dan waktu untuk membuat pilihan. pilihan yg terbaik itu membahagiakan..pilihan yg tepat itu merupakan titik noktah yg tak mungkin berpatah kembali.. namun pilihan itu terlalu sukar untuk dilaksana..makin hampir dengan situasi itu, semakin tidak mengenal diri..semakin jauh untuk membuat pilihan..dan semakin samar untuk membuat keputusan..

resah dalam pencarian..pilihan yang terlalu halus, melibatkan jiwa, diri dan hidup insani..adakah itu satu tanda bahawa pilihan yg dibuat bakal menemui kegagalan atau tidak menjamin apa2 kebahagiaan..atau mungkin juga, bersusah-susah dahulu untuk membuat pilihan kerna pasti di hadapan menanti sebuah kebahagiaan yg dicari selama ini...


hanya Engkau Yang Mengetahui segala....


Read Rest Of Enrty...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...