Photobucket

Friday, March 16, 2012

Rencah Kehidupan...

Dengan nama Allah..Maha Agung..Maha Cinta..

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiar mengatakan : "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?" (29:2)

mengikut tafsiran ayat, setiap yang beriman itu, pasti akan diuji..pelbagai bentuk ujian, cobaan dan dugaan yang diturunkan kepada kita, selaku hambaNYA..

hati merintih, merayu dan menangis tatkala ujian yang dirasakan terlalu berat untuk ditanggung..tapi pernahkah kita fikir, dariNYA ujian itu datang dan DIA juga yang akan leraikannya..

seumpama tali yang ditarik, lama-lama menegang dan akan putus.. Dr.Aidh Al-Qarni berkata, jika ujian tu sudah sampai satu tahap dimana terlalu getir, insya Allah sedikit masa lagi akan hilang..

kenapa perlu risau..pilihlah untuk bahagia..belajarlah mencari yang indah..belajar mencari yang baik..

ya..moga baik-baik saja untuk kamu..doaku disini, moga tenang-tenang selalu..

cuba lihat sesuatu dengan mata hati..mata hati yang seiring dan selari dengan keyakinan terhadap ketentuan Ilahi..bila Dia berkata itu, makanya itulah yang terjadi..

usah pertikai kenapa aku yang diuji?kenapa tidak orang lain?
kenapa aku sering kehilangan? kenapa begitu..dan kenapa begini..

jawapannya..kerana kamulah yang terpilih..yang DIA sayang..yang DIA kasih..

untuk kamu lebih erat denganNYA..supaya kamu bergantung harap hanya pada DIA yang SETIA.. SETIAnya DIA kerana tetap ada untuk kita..biarpun berkurun lama kita tinggalkanNYA..

Allah.. jika dihalusinasi, mengapa aku diuji..betapa besar nikmat yang DIA beri..
sakitnya ya Allah hanya Engkau Yang Mengetahui..
peritnya ya Allah hanya Engkau Yang Memahami..
deritanya ya Allah hanya Engkau Yang Mengerti..

sungguh, Tiada daya dan kekuatan kecuali dari Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung..

biar apapun yang datang, tetap jua bertahan..kerana itulah yang sebaiknya..daripada kita mengeluh, hidup dalam kegusaran, kelemahan dan kemurungan..anggap saja ujian dan masalah itu sampingan hidup, perkara kecil yang datang cuma sebentar dan akan pergi pada bila-bila masa atas izinNYA..

lihatlah langit yang tinggi..tetap indah walau hakikatnya kita tidak mampu untuk menyentuhnya..
rasailah bayu yang berhembus..nyaman terasa walau nyata kita tidak dapat melihatnya dengan mata kasar..
tenunglah air sungai yang mengalir..tenang dipandang walau pasti kita tidak bisa untuk hentikannya..

panas mentari akan hilang dibalik awan..
pelangi akan muncul setelah hujan berlalu..

ukirlah senyuman pada semua..nescaya semuakan tersenyum indah padamu..yang sememangnya kamu adalah ciptaan yang paling indah..

pergilah sepi..pergilah derita..pergilah air mata..datanglah bahagia..datang dekat denganku..

akanku cuba dan terus mencuba agar hati bahagia..dan sentiasa tersenyum..

terima kasih ya Allah atas semua ujianMU..dan aku..hanya mampu berserah..Engkaulah sebaik-baik penolong dan sebaik-baik Tuan untuk menjagaku..

doa untukku, untuk kamu dan juga dia..moga kita tetap dalam lingkungan kasih dan cintaNYA..

senyum selalu yer sayang..:-)

***************

Kongsi Cinta..Rasulullah SAW bersabda : “Siapa yang mengucapkan La Haula Wala Quwwata illa billahi, maka ia akan menjadi ubat kepada 99 penyakit. Yang paling ringan adalah kebimbangan”. (Hadis Riwayat Tabrani)

16/3/2012
3.36pm



"Merentasi sebuah destinasi, perjalanan hati..."


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...