Sunday, April 8, 2012

"Perigi Cari Timba" ??

Bismillahirrahmanirrahim..

"kakna..apa pendapat kakna kalau perempuan meminang lelaki?" tanya seorang mawar pada saya..

*********

Istilah 'perigi cari timba' makin hangat diperkatakan sekarang lantaran nisbah kaum muslimin dan muslimat ialah 1:14 (kajian oleh JAWI). err..sekarang orang masih pakai perigi ke? :D opss.. maaf ye mawar..? :P

Masyarakat sekarang memandang serong akan perbuatan menawarkan diri pada lelaki.. sebab mungkin tidak biasa.. tapi pepatah ada menyatakan "Alah Bisa Tegal Biasa".. jadi untuk menjadi kebiasaan perlu 'dimulakan' terlebih dahulu..:-) buat transformasi..buat anjakan paradigma..dengar apa kata Tuhan.. Tuhan kita Satu, senang nak patuh.. manusia ni berjuta, mana satu kita nak dengar.. biaq pi la depa nak kata apa.. (T_T)

Jom kita tengok balik sirah Baginda saw.. bagaimana mungkin Srikandi Islam yg mulia menawarkan dirinya kepada Rasulullah untuk dijadikan isteri? adakah itu menggambarkan Khadijah memiliki sifat TIDAK TAHU MALU?


Bagi saya yang serba kekurangan ilmu ini, tidak salah kalau wanita yang 'approach' lelaki untuk dijadikan pemimpin rumahtangga wanita tersebut. kerana mungkin si wanita terasa begitu yakin akan sifat dan sikap lelaki berkenaan. tapi haruslah menjaga adab dan nilai akhlak agar tidaklah kita dikategorikan dalam golongan wanita yang tidak tahu malu atau terdesak..

**********

Gunakan BAHASA BERLAPIK atau KIASAN, perumpamaan dan sindiran kepadanya untuk memahami perasaan. Jua, boleh digunakan khidmat orang tengah sebagai perantara bagi menyampaikan pesanan dan hasrat. langkah kedua ini yang terbaik.tetapi haruslah bijak memilih perantara, yang mana sifat amanah paling utama untuk menjadi 'orang tengah'..

ILMU dan KEFAHAMAN yang mantap perlu diutamakan terlebih dahulu. Benar, Islam tidak melarang wanita meminang lelaki. Bagaimanapun, janganlah ia dilakukan dengan semberono atau secara melulu dan keterlaluan. Asal sukakan lelaki, terus melamar tanpa mengkaji usul asalnya...Awas ya.. ^_^

-iluvislam-
**********

Apapun keputusan dan tindakan haruslah berbekalkan ILMU dan rasa MALU agar maruah dan nilai akhlak peribadi si mawar terpelihara dan tampak mahal harganya.. :-)

Daripada Anas r.a berkata telah datang sorang wanita kepada baginda Rasulullah dan menawarkan dirinya kepada baginda dengan berkata:

“Wahai Rasulullah, apakah engkau berhajat kepada aku? Lalu ketika menceritakan hadis ini maka menyampuklah anak perempuan Anas r.a dengan mengatakan sungguh kurang malu perempuan itu dan buruk akhlaknya, lalu dijawab oleh Anas r.a: Sesungguhnya dia itu (perempuan yang menawar diri) lebih mulia dan baik daripadamu kerana dia mencintai nabi dan menawar dirinya demi kebaikan.” (Riwayat Bukhari)

P/s: Sabar ya mawar.. doa banyak-banyak.. utamakan perkara yang penting terlebih dahulu.. insya Allah perkara yang baik Allah akan permudahkan..(^.^)    


MALU BIAR BERTEMPAT.. MALU BIAR BERTEPATAN DENGAN SYARIAT.. ;-)




"Merentasi sebuah destinasi, perjalanan hati..."

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...