Friday, January 15, 2010

SAHABAT PERJALANAN HATI....

Wahai sahabat perjalanan hati,
Usah kau bimbang dengan rencanaNYA, usah kau hirau dengan dunia, usahlah kau bimbang dengan rezeki yang DIA tetapkan buatmu. Masa bukanlah penentu segala kejayaan, masa bukan jua penentu segala rahmat, masa cuma buat insan hirau akan hayatnya, sedangkan ia tidak bernilai buatmu wahai puteri wahai hamba. jika DIA menetapkanmu peroleh sesuatu pada masa yg ditentukan, tidak termampu kau menolaknya walau sezarah pun. Jika DIA menetapkan sesuatu yang tidak kau peroleh pada masa yang ditetapkan, nescaya kau tidak akan peroleh walau sebijak mana pun arah yang kau usahakan.

Wahai sahabat perjalanan hati,
walau dimana pun kau berada, jangan sesekali kau abaikan matlamatmu menuju kepadaNYA, walau ditakdirkan kau terpaksa mempertaruhkan hidupmu untuknya, jangan sesekali kau berpaling untuk menuju selain dariNYA. ingatlah janjimu untuk berjuang hanya untukNYA. masa depanmu tetapkanlah buatNYA..

Wahai sahabat perjalanan hati,
Segolongan sufi selalu berkata sepanjang hidup mereka "Aku tidak akan berpaling oleh sifat kelemahanku yang mencari dunia, aku tidak akan memikirkan apa yang telah berlaku, bahkan pula hal yang akan berlaku, aku cuma fikirkan saat ini, adakah urusanku dengan DIA telah ku lunaskan atau berapa banyakkah kelalaianku dalam mengingatiNYA.."

Wahai sahabat perjalanan hati,
Suatu perancangan itu adalah urusan Allah SWT, bagaimanakah kita mampu untuk mencampuri urusan DIA yang Maha Bijaksana dalam pentadbiranNYA. Hanya Dia yang memahami hambanya dalam merancana sesuatu hal, apakah kau tidak yakini DIA sedang merancanakan yang terbaik buat hambaNYA? menangis jiwa ini memikirkan soal itu...

Wahai sahabat perjalanan hati,
Jadikan hatimu itu lubuk cahayaNYA yang merentasi setiap alam, nescaya kau peroleh hal yang orang lain tidak ketahui, masa lampau dan masa hadapan adalah hijab bagi insan, jika kau membuka hijab itu, nescaya kau akan lihat segalanya betapa hebat pentadbiranNYA. dalam hati mereka tidak pernah mereka hirau akan kehidupan meraka, hal makan, minum, bahkan kesihatan, dan setelah mereka temui apa yang mereka cari dan tujui, maka terbukalah ruang-ruang dalam hati mereka kebesaran Allah dan berkata hati mereka "Cukuplah bagiku Allah dalam hidupku.."


Telah ku abadi disini..dr seseorang utk seseorang..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...