Photobucket

Wednesday, October 27, 2010

Bismillah...

Sabda Rasulullah saw: "Manusia yg terbaik ialah mu'min yg berilmu, jika diperlukan dia berguna. Dan jika tidak diperlukan, maka dia dapat mengurus dirinya sendiri"
(Dipetik dari Ihya' Ulumiddin-Imam Ghazali)

Alhamdulillah..pagi tadi dah ambil examination slip..6subj. exam kali ni..alhamdulillah juga, tak berderet sgt..ada gap 2hari utk setiap paper..

1. engineering mathematics IV * 08/11/2010 * 9.00am
2. Islam Sains & Teknologi * 10/11/2010 * 8.30am
3. essential management principles * 12/11/2010 * 3.00pm
4. circuit theory II * 15/11/2010 * 2.30pm
5. communication technology II * 18/11/2010 * 11.30am
6. continuous-time signal & system *18/11/2010 * 2.30pm
7. professional communication * (no final exam)

ya Allah..
dengan sisa baki masa yg sedikit ini, permudahkanlah segala urusanku dan shbt2ku..murahkanlah rezeki terhadap kami..

buat sahabat2 perjalanan hati, sy pohon doa dr kalian utk iringi perjalanan sy...kerana..

"Bila seseorang mendoakan bagi diri sahabatnya sedang ia tidak ada bersamanya, maka malaikat akan berkata: Dan engkau juga akan menerima sepertinya juga"

"Doa seseorang untuk saudaranya dalam masa ketiadaannya, tidak akan tertolak"
(Dipetik dari Bimbingan Mukminin-Imam Ghazali)

******************

Sy ingin kongsikan sahabat2 perjalanan hati dengan kata2 Luqman Al-Hakim pd anaknya dalam buku yg belum habis dibaca lagi.."Menyuci dan Mengubati Penyakit Hati"

Telah berkata putera Luqman Al-Hakim kpd ayahnya "Ayah, hal apa yg paling baik utk manusia?"
"Agama." jawab Luqman.
"Kalau dua?" tanya si anak lagi.
"Agama dan harta".
"Kalau tiga?".
"Agama, harta dan rasa malu".
"Kalau empat?"
"Agama, harta, rasa malu dan akhlak yg baik"
"Kalau lima?"
"Agama, harta, malu, akhlak yg baik dan kedermawanan"
"Kalau enam?"
"Wahai anakku", jawab Luqman, "Jika kelima hal tersebut terhimpun dalam diri seseorang, maka ia adalah seorang yg berhati suci, bertaqwa, kekasih Allah dan terhindar dr Syaitan.."

semoga kelima2 perkara tersebut ada dalam diri kita semua..insya Allah..

doa sy utk kalian, moga dalam rahmat Allah taala sentiasa..

sama2 kita koreksi hati dan diri kita agar kita menjadi hamba Allah yg sentiasa bermuhasabah dan bermujahadah..dengan izinMU ya Allah..

Salam perjuangan buat diri dan sahabat2..

4 comments:

Abu Huzaifah said...

Allahumma Yassir Wa Laa Tu'assir Watammim bilkhair.Ya Allah kurniakan kejayaan kepada hamba-hambaMu yang menuntut ilmu dengan ikhlas dan beramal dengan perkara kebaikan.

.:Insyirah:. said...

amin..amin..
syukran ustaz..
moga doa yg dikirimkan dikabulkan..insya Allah..amin...

Abu Huzaifah said...

Selamat menghadapi imtihan.Disebalik usaha yang berterusan,jangan lupa pergantungan kepada Tuhan sekalian Alam...bittaufiq wannajah

.:Insyirah:. said...

syukran ustaz..mohon doa..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...