Photobucket

Monday, November 8, 2010

MEDITASI SEBUAH KEHIDUPAN...

Ku mulai tinta bicara dgn BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.. Asslamualaikum,shbt2, dan pengunjung yg sentiasa sudi menjengah dan melawat teratak ini..

Ana xtau macamana nak mulakan..

Al-Fatihah buat arwah Luqman Razali, yang telah kembali ke rahmatullah,pd 1.45pm semalam bertarikh 7/11/2010 di Hospital Selayang..

2/11/2010 : arwah kemalangan di simpang traffic light berhampiran dgn UIA..lebih kurangjam 5 – 5.30pm..turut disaksikan oleh, beberapa orang pelajar dan juga lecturer UnikL BMI.. akibat dari kemalangan itu, hati arwah dikatakan remuk dan mengalami pendarahan yang serius..Allahu Akbar..

3/11/2010: Sms dr seseorang : “Terkini dr Mohd Hazim,ICU HKL 9.30pg: Buat masa ini,peluang utk hidup tipis sbb masih lg berlaku pendarahan di hati (hati koyak dan remuk teruk). Alat utk hentikan pendarahan (spatutnya boleh bertahan 2hari) sudah tidak dpt menampung pendarahan sbb pendarahan teruk..sekarang,urusan transfer ke Hospital Selayang.Tolong pakat2 doa,solat hajat dan sebagainya utk SAUDARA LUQMAN RAZALI. Moga ada sinar harapan....”

Hati arwah disahkan 1/2 remuk disebabkan impact stering masa accident.. Allahu Akbar..

Dalam lingkungan jam 5ptg kami bergerak utk menziarahi beliau..Subhanallah..ramai sgt yg hadir..seolah2 arwah adalah org yg sgt penting dan bermakna buat kami..dan,sememangnya begitu.. arwah orang yg beragama dan berkhlak..seketika menunggu, kami dapat masuk sekejap ke bilik ICU utk berdoa..

Lingkungan jap 11.31pm, terima mesej dr seseorang “Salam na,doctor tu dah ckp luqman xboleh bertahan lama.doktor tu pun dah suruh baca Yasin kat dia..tu parents dia tgh baca Yasin utk dia..”

Allahu Akbar…hebat ujianMU..namun Engkau lebih mengetahuinya..

**tidak putus kunjungan sms diterima..

4/11/2010: Seketika jam 12.12am, sms dr seseorang “Ni berita terbaru,haba di badan luqman xnaik langsung.badan luqman dah sejuk..Allahu Akbar..tekanan darah luqman dah turun ke tahap paling bahaya..10..Allahu Akbar..”

Penantian demi penantian,utk mengetahui berita selanjutnya dari sahabat2 yg masih di Hospital Kuala Lumpur..

Dan…
“anggota Luqman dah tak function semua dah..Allahu Akbar..ya Allah..” (12.40am)

1.07am : “Esok doktor pakar dr Hospital Selayang dtg kat HKL utk treat luqman..nurse kata waktu melawat jam 6-7pg sahaja…”

Jam 7.35pg : “….doktor kata tekanan darah luqman dah tunjuk reaksi baik cuma satu je,luqman hanya bergantung dgn ubat yg disuntik setiap kali tekanan darah dia turun dan operation badan dia bergantung dgn mesin je..Allahu Akbar….”

10.29pg : “Assalam..setelah ditambah derma utk luqman dari hostel siswa dan siswi, Alhamdulillah mendapat sebanyak RM1805..” Alhamdulillah….

Arwah dipindahkan ke hospital selayang utk pembedahan hati..

3.40ptg : “wat masa ni,Luqman kt hospital..tgh operation hati..”

10.43mlm : “Salam! Terkini (8.25pm)-baru selesai b’bual menerusi telefon dgn bonda Luqman; Pembedahan baru je selesai & Alhamdulillah Berjaya. Hati yg rosak Berjaya dikeluarkan & skrg dlm proses memastikan bahagian yg elok terus berfungsi. Mungkin, sejam lebih lagi,Luqman akan dikeluarkan dr bilik bedah utk ke ICU. Sebar2kan..-azhari-”

Sebenarnya, mengikut shbt2, doctor mengambil risiko untuk membuat pembedahan sbb takungan darah byk berkumpul dalam perut arwah..khuatir takut pecah..Allahu Akbar..

2 hari menanti….dan..

Terima sms dr seseorang yg mengejutkan lamunan..

1.02ptg : “Salam,na..baru dpt msj dr ayah Luqman..Luqman tenat skrg…doctor dah suruh smua family dia kumpul d cc dia..”

Dan.. panggilan dari seseorang seakan menjawab punca keresahan hati ni sejak pagi itu..Allah..

1.49pm – “assalamualaikum.kak na..da tahu pasal Luqman?” tanyanya.. “Luqman tenat kan?”Tanya sy kembali.. “tak2..kak na..Luqman dah xda..” sy terpaku seketika.. “Allahu Akbar..Innalillahi Wainna Ilaihi Raajiun….”
-perginya dia sehari sebelum final exam…-

Petang itu,kami bergerak pergi ziarah arwah dan keluarganya di Unit Forensik Hospital Selayang..sesampainya kami disana, kelihatan sahabat2 arwah sedang mengelap darah yg mengalir keluar kesan dari pembedahan dan pendarahan dalam..Allahu Akbar..tak sanggup untuk menatap wajah arwah walau seketika.. ketika itu, bonda dan ayahanda arwah sedang merayu utk tidak buat post mortem..tapi kata doctor, post mortem terpaksa dibuat juga, demi mengikut prosedur…Allah…

Sedang menanti,doctor masih tidak kunjung tiba..sehinggalah hampir jam 7ptg..arwah dibawa masuk ke bilik bedah buat kali ke4 utk post mortem..

Tangis ibu tanda ketabahan, senyap ayah tanda meredhai pemergian anak lelaki kesayangan mereka..

Jenazah selesai dimandikan, dan disembahyangi di masjid berhampiran..dan terus dihantar ke Kuantan utk proses pengebumian…sekitar jam 12 tgh malam, arwah telah dikebumikan..arwah telah pulang ke sana..mengadap Allah Yang Maha Besar…

Sms diterima..
2.34pg.. “MOHD LUQMAN RAZALI:Takdir Hidupmu.hanya sebentar cuma persinggahan di hentian ke tiga ini. Entah berapa lama persinggahanmu di hentian berikut.hanya Allah Yang Tahu..Namun yg pasti, kita akan tetap berpeluang bersua kembali di hujung perjalanan yg panjang ini, iaitu destinasi hakiki yg pasti akan kita temui – alam Akhirat yg abadi…”

“Ya Allah, aku ingin mati dalam kebaikan…”

Ajal yg datang..tidak akan cepat sesaat dan tidak akan lambat walau sesaat..

***************


Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA. Hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah, yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini. Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah dan bahawasanya Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA. Apabila datang kepada kamu dua malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Munkar dan Nankir, maka janganlah berasa gentar dan takut. Janganlah kamu berduka cita dan risau serta janganlah kamu bersusah hati dan terkejut. Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA bahawasanya Mungkar dan Nankir itu hamba Allah Ta’ala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Ta’ala. Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu.

Mereka berkata:

* Siapakah Tuhan kamu?
* Siapakah Nabi kamu?
* Apakah agama kamu?
* Apakah kiblat kamu?
* Siapakah saudara kamu?
* Apakah pegangan iktikad kamu?
* Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah. Biarlah tenang dan berhati-hati.

Hendaklah kamu jawab begini:

* Allah Ta’ala Tuhanku.
* Muhammad Nabiku.
* Islam agamaku.
* Baitullah itu kiblatku.
* Semua orang Islam dan orang beriman adalah saudara aku.
* Kitab suci Al-Quran ikutanku, malahan solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.
* Dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap, “La ila ha illallah Muhammaddur Rasulullah”.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu. Inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di alam Barzakh sehingga sampai satu masa kelak. Kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA. Bahawasanya mati ini adalah benar. Soalan malaikat Munkar dan Nankir di dalam kubur ini adalah benar. Bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar. Berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar. Dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar. Minum di kolam air Nabi adalah benar. Ada Syurga dan Neraka adalah benar. Bahawasanya Hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang Maha Berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal pada kamu di sisi Allah Ta’ala. Semoga Tuhan akan memberi kesejahteraan kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Ta’ala menjinakkan hati kamu yang liar dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.

“Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak diseksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW. Subhana rabbika rabbil izzati amma ya sifun wassalum alalmursalin walhamdulillahi rabbil alamin”.

Setiap yang bernafas, pasti akan merasai mati – “Kullu nafsin zaa iqatul maut”.

Firman Allah SWT: “Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran.” – Surah Al-A’sr

4 comments:

Abu Huzaifah said...

Takziah.Inna lillah wa inna ilaih roji'un.Semoga Allahyarham ditempatkan bersama para solehin dan siddiqin.Kafaa bilmauti waizho..!

CikTomyam said...

salam..takziah..alfatihah...

ikha^_^ said...

Salam akk...
Thanx 4 dis post...
Semoga rohnya ditempatkan dikalangan org2 yang beriman dan bertaqwa serta beramal soleh...

Salam ziarah

.:Insyirah:. said...

insya Allah...amin..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...