Friday, December 31, 2010

RAWAN DI HATI...


Hm..apa nak dikata.. akhir² ni saya rasa sgt sulit untuk melewati hari² yg dirasakan terpaksa untuk dilalui. Masalah yg datang amat menyesakkan dada dan menghimpit perasaan. Semua rongga dirasakan amat sempit dan memerlukan sesuatu untuk memecahnya agar nafas dapat berhembus dgn senang, jiwa tidak lagi rasa terhimpit..Allah….

Kita kadangkala mampu untuk melawan segala macam bentuk ujian serta cabaran yg mendatang. Namun, kadangkala juga ujian yg sekecil cuma, tidak mampu untuk kita memikulnya. Bahkan seperti si anak kecil yg sentiasa meratapi dan merengek jika kesakitan dan kelukaan yg dialami.. ke mana hilangnya motivasi diri? Ke mana hilangnya semangat juang untuk teruskan hidup? Di mana letaknya keazaman untuk kaki terus berdiri? Di mana? Di mana letaknya harga diri yg hilang lantaran rayuan dan tagihan simpati? Duhai Hati dan Diri… Bangunlah! Bangkitlah! Usah disiat hati dgn pedihnya kesakitan. Usah diratap kehidupan yg telah berlalu.. hari semalam bukan utk dikenang, hari ini dan esok yg harus kau jalani sebaik mungkin…

Duhai Hati dan Diri, anggaplah ujian yg datang ini cumalah seterik mentari di tengahari; kau panas, hangat, amarahmu membara, tapi bila senja menyusul, kau kan terasa tenang, damai dengan angin petang serta kembalimu kepada fitrah hati… tak guna untuk berkecil hati, tak guna untuk teruskan amarahmu, tak guna untuk kau ratapi dan merintih tentang perkara² dunia yg tidak memberikan apa² makna dalam hidupan akhiratmu! Lihatlah sedalam²nya dengan kaca matamu, yg mana ia terlalu kecil dan mampu untuk kau kawal tanpa memerlukan siapa² kecuali Allah yg membantumu. Kerana semua masalah itu ujian dariNYA dan kepadaNYA-lah jua tempat kau memohon penyelesaian…
Tidak perlu terlalu obsess dalam merintih, menyesali, kerana semua itu akan membuatkan jiwamu lebih kacau bilau dan tidak mampu membuat pertimbangan yg wajar…

Katakan pada diri yg aku tidak akan berduka lara lagi! Aku bersemangat, mampu memotivasikan diri.. Ya Allah… berikan aku roh kekuatan agar aku bisa mengorak langkah dengan lebih padu. Bukan aku untuk lari dari masalah cuma ku pohon sedikit keberanian dan keazaman agar aku mampu memikul segala beban berat tanggungan….

“Lupakanlah hari² yg lalu dan kerjakan apa yg kau suka, dan siapkan diri saat qadha’ telah bertindak. Jika qadha’ telah turun pd sesuatu kaum, tidak ada bumi dan langit yg mampu menolaknya..” –Imam Syafi’i-

“Betapa sering hidupmu terancam, namun Allah sentiasa menjaga, dan memberi yg terbaik untukmu..Masih saja engkau membenci segala keputusanNYA?” –Abu Al-Itahiyyah-

Nafas baru, semangat baru, langkah baru… Selamat tinggal dunia semalam.. Ia tidak memihak kepadaku.. Mungkin hari ini, esok, atau bila², ada sinar kebahagiaan untukku.. andai sabar dan redha yg aku hiaskan dibalik masalah dan ujian yg menyinggah…

Wallahua’lam

4 comments:

PG said...

Allahuakbar ukhty najian..moga tabah menempuhi setiap ujian yang mendapat..sesungguhnya kita takkan pernah sunyi dari menerima ujian..dan orang-orang yang sabar dan tabah itu, adalah orang yang mulia disisinya..moga setiap yang berlaku itu, akan datangnya pkabaran gembira suatu hari nanti..insyaAllah

La tahzan Ya Ukhty...

Abu Huzaifah said...

Assalamaualiakum.Kehidupan kita didunia adalah penuh dgn ujian.Allah ingin menguji hamba2Nya siapakah yang lebih baik amalannya.Rujuk surah al-Mulk ayat 1&2.Jadikan hari ini lebih baik dari semalam..tahun ini lebih baik dari tahun2 lepas.Mog a kita lebih bertaqwa!

::Insyirah:: said...

to PG : akak..trima kasih byk2..sy akan pegang kata2 akak sebagai pemangkin semangat sy..trima kasih byk2..
moga khabar gembira menanti sy esok hari..amin...

::Insyirah:: said...

to Abu Huzaifah : Waalaikumussalam ya ustaz..ana akan ingt nasihat ustaz..insya Allah..
moga tahun baru ni buat ana lebih bersungguh dlm melaksanakan smua tanggungjwb dgn baik..amin..
doakn ana ye ustaz..syukran jaza'..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...