Photobucket

Saturday, July 16, 2011

Salam kembali..salam nisfu sya'ban..

assalamualaikum..apa khbr shbt2 ana..?doanya moga baik2 saja,diberi kesihatan fizikal,akal dan yg paling utama kesihatan jiwa..rasanya agak lama juga ana 'menyepi'..trima kasih pd shbt2 'perjalanan hati' yg sering bertanya khabar, melalui email mahupun sms..diam bukan bermakna lupa..namun apakan daya,hanya DIA tempat kucurahkan rasa hati..

insya Allah..ana akan cuba utk teruskan medium penyampaian ilmu disini..walau banyak halangan yg dtg..walau diri kadang sukar utk ditafsir..doakan ana..

salam nisfu sya'ban buat semua sahabat2..apakah saham yg telah kita lakukan pd bulan sya'ban? bagaimana agaknya persiapan dan persediaan kita menghadapi Ramadhan yg bakal menjelma sedikit masa lagi..?

Sabda Rasulullah saw: “Rejab bulan Allah, Sya'ban adalah bulanku dan Ramadan adalah bulan bagi umatku.”

ana jemput shbt2 dan diri ana sendiri utk menghidupkan malam nisfu sya'ban ni..

"Barangsiapa yang menghidupkan malam 'Idain (1 syawal & 10 dzulhijjah) dan malam 15 sya'ban, tidaklah mati hatinya sewaktu matinya segala hati"(Hadis)

antara amalan-amalan yg boleh dilakukan pd malam ini :

banyakkan solat sunat, banyakkan mengucap dan membaca yasin..(bacaan Yasin tiga kali pada malam ini tiada dalil yang dapat disandarkan dan kita bebas beribadat hingga membaca 1,000 kali surah Yasin sekalipun adalah diharuskan)..namun ikutlah kemampuan dan kudrat kita.. moga yg sedikit ini mampu menjadi saham kita disana..insya Allah..

Daripada Abu Hurairah, bahawa pada malam Nisfu Syaaban, ketujuh-tujuh pintu langit dibuka dan ada malaikat pada setiap pintunya memohon keampunan bagi kaum Muslimin kecuali mereka yang berterusan melakukan dosa besar..

Diriwayatkan, Aisyah ketika tiba giliran di rumahnya pada satu malam pernah terjaga dan mendapati Baginda SAW bersolat sehingga hampir Subuh serta mendengar Baginda berdoa:
“Ya Allah, Aku bersujud pada-Mu dengan jiwa yang penuh ketenteraman. Menadah tangan memohon keampunan dari-Mu kerana tiada yang maha pengampun selain dari-Mu. Aku berlindung dari kemurkaan-Mu serta tiada pujian yang layak diberikan selain dari-Mu”.
Tatkala selesai Baginda ditanya oleh Aisyah dan memberitahu bahawa itulah malam Nisfu Syaaban. (Hadis fadilat amalan)

semoga amalan yg kita lakukan dapat diteruskan dan menjadi rutin dalam kehidupan seharian kita...

wassalam...

5 comments:

nusrah said...

Assalamualaikum insyirah,
Alhamdulillah sy sihat... :)
ohh, alhamdulillah dah dapat pasal lagu tu. Jadi, awak la yg bertnya ye. hikhik

Bila dah dtg nisfu syaaban, bahang ramadhan pun ikut terasa sekali. Harapnya madrasah ramdhan kali ni, kita dpt bentuk jiwa mukmin kita balik.

Oh, ya! Salam perkenalan :) :)

husnataqwa said...

sekadar perkongsian tentang amalan nisfu syaaban daripada sheikhuna.

http://www.2shared.com/doc​ument/0OM9hfRr/Risalah_Mal​am_Nisfu_Sya.html

Amir Hasif said...

Dari Abi Hurairah ra dari Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya:

"Telah datang Jibril a.s pada malam Nisfu Syaaban dan dia berkata , Ya Muhammad,pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka, maka berdirilahdan kerjakan sembahyang lalu angkatlah kepalamu dan kedua tanganmu ke langit!" Kata saya (Nabi Muhammad) : "Hai Jibril, apakah erti malam ini ?" Dia (Jibril) menjawab: "Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah telah mengampuni orang-orang yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu kecuali ahli sihir, bomoh hitam, orang-orang yang suka permusuhan atau pergaduhan, peminum arak, orang-orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang-orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang-orang yang suka mengadu domba (batu api) dan orang-orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni kesalahannya sehingga mereka mahu bertaubat dan tidak akan mengulang lagi atas perbuatannya itu."

::FaQirah alHawari:: said...

Alhamdulillah...jln2 ke persinggahan fana...mg sntiasa diberi kkuatan shbt..

"dlm urusan yang banyak..Allah sntiasa uji kita....untuk itu, jadikan zikrullah dan istighfar seiring dengan hembusan nafas dan denyutan nadi..."

ahlan ya ramadhan...

na, :)

.:Insyirah:. said...

to nusrah : w'salam..:)salam perkenalan kembali..

to nurulhusna : terima kasih atas perkongsian yg bermanfaat

to abuelharraz : sykran akhi..segala ilmu yg disampaikan sgt bermakna..

to faqirah alhawari : mus..insya Allah na ikut pesanan mus.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...