Dari Abu Hurairah r.a, katanya Rasulullah saw bersabda:
“Tidak akan masuk Neraka seseorang yang menangis kerana takut kepada Allah sehingga air susu kembali ke kantungnya (menunjukkan satu mustahil)-(HR At-Tirmizi)-
Ibnu Qayyim menyatakan: “Tangisan itu ada bermacam-macam iaitu tangisan kasih sayang, tangisan takut dan khawatir, tangisan rindu dan cinta, tangisan kegembiraan dan kesedihan, tangisan merintih kerana kesakitan dan tangisan tidak kuat menahannya, tangisan kerana merasa tidak berdaya dan lemah, tangisan kemunafikan (iaitu matanya menangis sedangkan hatinya keras - isu palestin), tangisan kepalsuan, tangisan yang tidak sengaja yakni seseorang yang melihat orang lain menangis kerana satu sebab yang mereka alami, lalu ia pun ikut menangis bersama mereka padahal ia tidak tahu mengapa mereka menangis sehingga membuatnya ikut menangis.
Mari sama-sama kita semak kembali lembaran sejarah…
Dari al-Bara’ bin ’Azib, ia berkata: " Ketika kami sedang bersama Rasulullah saw, tiba-tiba Baginda melihat sekelompok orang yang sedang berkumpul. Baginda bertanya: ” Mengapa mereka berkumpul? Lalu dikatakan kepada Baginda, untuk menggali lubang kubur. Lalu al-Bara’ melanjutkan kisahnya, Rasulullah saw pun tersentak dan segera berjalan mendahului para sahabatnya dengan tergesa-gesa. Sesampainya di kuburan tersebut, Baginda berlutut di atasnya. Al-Bara’ melanjutkan, lalu aku menuju ke hadapannya untuk melihat apa yang Baginda lakukan. Ternyata Rasulullah saw sedang menangis hingga air matanya membasahi tanah. Kemudian Baginda menghadapkan wajahnya kedapan kami seraya bersabda: ”Wahai saudara-saudaraku! Untuk hari seperti ini, maka hendaknya kalian mempersiapkan diri.” (HR Bukhari, Ahmad dan Ibnu Majah dan lainnya)
Dari al-’Irbadh bin Sariyah r.a, dia berkata: ” Rasulullah saw menasihati kami dengan nasihat yang begitu membekas, hingga hati kami bergetar dan air mata kami bercucuran kerananya. Lalu kami berkata.’ Wahai Rasulullah, seakan-akan itu adalah nasihat dari seseorang yang akan pergi, maka dari itu berwasiatlah kepada kami.’ Baginda saw bersabda: ” Aku berwasiat kepada kalian agar bertakwa kepada Allah, taat dan patuh, sekalipun kalian diperintah oleh seorang budak Habasyi. Dan sesungguhnya barangsiapa di antara kalian yang masih hidup sepeninggalanku, sesungguhnya ia akan melihat banyak perselisihan. Maka kalian wajib berpegang teguh kepada Sunnahku dan Sunnah Khulafa’ Ar-Rasyidin yang mendapatkan petunjuk. Gigitlah Sunnah tersebut dengan gigi geraham (berpeganglah seteguhnya). Dan jauhilah perkara-perkara baru dalam agama yang diada-adakan, kerana setiap perbuatan bidaah itu sesat. ( HR Abu Dawud, At-Tirmidzi, Ibnu Majah dan yang lainnya.)
Bagaimana dengan kita wahai sahabat yang disayangi kerana Allah? Adakah kita menggunakan air mata itu di tempat yang benar dan betul? Adakah kerana kerasnya hati kita menyebabkan kita tidak mampu untuk menangis? Adakah lantaran dosa-dosa dan maksiat yang dilakukan menyebabkan air mata kita membeku?
Sama-samalah kita tanya iman kita...
Hanya orang yg hatinya bersih, lembut yg bisa menangis.
Friday, January 29, 2010
Salah Ke Menangis..??
Friday, January 15, 2010
SAHABAT PERJALANAN HATI....
Wahai sahabat perjalanan hati,
Usah kau bimbang dengan rencanaNYA, usah kau hirau dengan dunia, usahlah kau bimbang dengan rezeki yang DIA tetapkan buatmu. Masa bukanlah penentu segala kejayaan, masa bukan jua penentu segala rahmat, masa cuma buat insan hirau akan hayatnya, sedangkan ia tidak bernilai buatmu wahai puteri wahai hamba. jika DIA menetapkanmu peroleh sesuatu pada masa yg ditentukan, tidak termampu kau menolaknya walau sezarah pun. Jika DIA menetapkan sesuatu yang tidak kau peroleh pada masa yang ditetapkan, nescaya kau tidak akan peroleh walau sebijak mana pun arah yang kau usahakan.
Wahai sahabat perjalanan hati,
walau dimana pun kau berada, jangan sesekali kau abaikan matlamatmu menuju kepadaNYA, walau ditakdirkan kau terpaksa mempertaruhkan hidupmu untuknya, jangan sesekali kau berpaling untuk menuju selain dariNYA. ingatlah janjimu untuk berjuang hanya untukNYA. masa depanmu tetapkanlah buatNYA..
Wahai sahabat perjalanan hati,
Segolongan sufi selalu berkata sepanjang hidup mereka "Aku tidak akan berpaling oleh sifat kelemahanku yang mencari dunia, aku tidak akan memikirkan apa yang telah berlaku, bahkan pula hal yang akan berlaku, aku cuma fikirkan saat ini, adakah urusanku dengan DIA telah ku lunaskan atau berapa banyakkah kelalaianku dalam mengingatiNYA.."
Wahai sahabat perjalanan hati,
Suatu perancangan itu adalah urusan Allah SWT, bagaimanakah kita mampu untuk mencampuri urusan DIA yang Maha Bijaksana dalam pentadbiranNYA. Hanya Dia yang memahami hambanya dalam merancana sesuatu hal, apakah kau tidak yakini DIA sedang merancanakan yang terbaik buat hambaNYA? menangis jiwa ini memikirkan soal itu...
Wahai sahabat perjalanan hati,
Jadikan hatimu itu lubuk cahayaNYA yang merentasi setiap alam, nescaya kau peroleh hal yang orang lain tidak ketahui, masa lampau dan masa hadapan adalah hijab bagi insan, jika kau membuka hijab itu, nescaya kau akan lihat segalanya betapa hebat pentadbiranNYA. dalam hati mereka tidak pernah mereka hirau akan kehidupan meraka, hal makan, minum, bahkan kesihatan, dan setelah mereka temui apa yang mereka cari dan tujui, maka terbukalah ruang-ruang dalam hati mereka kebesaran Allah dan berkata hati mereka "Cukuplah bagiku Allah dalam hidupku.."
Telah ku abadi disini..dr seseorang utk seseorang..
Wednesday, December 23, 2009
"Taharah" Jiwa...
Aulia Abu Muhammad Royan mengajarkan:
1)ALLAH berfirman bahawa Dia menjadikan manusia untuk menghambakan diri kepadaNYA, bukan tujuan lain.
2)Tanda mencapai kehampiran dgn ALLAH itu ialah merasai tidak seronok memandang yg lain kecuali ALLAH.
3)meninggalkan dunia itu adalah zuhud paling tinggi.
4)ALLAH berfirman bahawa semakin kaya org itu semakain jauh ia dari ALLAH.
5)Wali ALLAH yg menghormati org kaya,akan hilang satu pertiga dari kesufiannya.
6)Jauhkan diri dari majlis org kaya2 seperti menjauhkan diri dari org yg telah tidak bernyawa lagi.
7)Barangsiapa mencari perlindungan dari yg bukan ALLAH,akan menderita di tgn yg bukan ALLAH itu lama-kelamaan
8)Dunia ini menghalang kita dari memasuki 'yang kekal'.
9)Dalam berseorangan itu menangislah sambil berdoa kepada ALLAH agar hati menjadi bersih.
Aulia Harith Al-Muhasibi mengajarkan:
1)Sebuku roti kering cukup utk org darwisy (sufi)
2)Takut kepada ALLAH menimbulkan rindu kepadaNYA dan mendapat rahmatNya
3)Makan kenyang itu mengaburkan cermin hati.
4)Jgn byk cakap,puasa,jauhkan diri dari berkawan dgn ahli2 dunia adalah perlu dlm perjalanan (menuju ALLAH)
5)Tasawuf ialah sabar dlm segala kesusahan dan meninggalkan yg lain kecuali ALLAH.
6)Menumpukan perhatian kepada hal2 keduniaan akan menghalang menuju makrifat.
7)Perhati dan tangisi tentang akhir hayat.
8)Org yg berkahwin,banyak cakap dan banyak berjalan ialah org dunia.
9)Keluhan yg merendahkan diri dari seorang sufi itu adalah lebih baik dari 100 tahun beribadat.
10)Apabila mata batin itu terbuka,maka mata zahir akan tertutup.
11)Org yg cinta keoada dunia tidak akan merasa ALLAH.Di pandangan ALLAH,dunia tidak berharga lebih dari seekor nyamuk
“Permisalan antara dunia dan akhirat adalah bagaikan timur dan barat. Apabila engkau bertambah dekat ke salah satu dua arah itu, bererti anda telah bertambah jauh dari akhirat. Dunia adalah kampung, permulaannya susah payah dan akhirnya kebinasaan. Dalam barang halalnya perhitungan, dan dalam barang haramnya siksaan. Barangsiapa berasa cukup dengannya, dia telah tertipu, barang siapa membutuhkannya, dia bersedih..” -Hasan Al Basri-
"Serahkan dirimu sepenuhnya kepada Allah, maka Allah akan beri kekuatan sebagai ganti kelemahan, keamanan sebagai ganti ketakutan, dan kecukupan sebagai ganti kemiskinan.." (Yusuf Al-Qardhawi)
Wednesday, December 16, 2009
Irsyadat Cintaku..
Ya Allah..
Milik-Mu segalanya ini
Rasa kasih ini
Debaran hatiku,milikMU
Semuanya kupinjam
Semuanya anugerah
Segalanya ujian.Aku menyeru namaMU
Aku mencariMU.Perjalanan hidup yang kulalui
PadaMU sajalah tempat akan kukembali
Janganlah ENGKAU memarahiku
Janganlah ENGKAU membenciku..
Ya Allah..
Janganlah ENGKAU jadikan anugerah yang ENGKAU berikan kepadaku
Sebagai hijab yang melindungi aku dari pandangan-MU
Janganlah ENGKAU jadikan ujian yang ENGKAU timpahkan kepadaku
Sebagai hijab yang akan memisahkan aku dengan-MU
Jangan Ya Allah..
Bagaimana aku,seorang hamba ingin hidup
Tanpa kasih sayang Tuannya?
Bagaimana aku,seorang hamba ingin hidup tenang bahagia
Tanpa keridhaan tuannya?
Janganlah ENGKAU jadikan ilmu itu
Bagai hijab yang memisahkan kita..
Janganlah ENGKAU jadikan kejahilan itu
Bagai hijab yang menjauhkan kita..
Ya ALLAH....
Bila Berkata Tentang Cinta...
Bila berkata tentang cinta, mengubah duri jadi mawar, mengubah cuka jadi anggur, mengubah malang jadi untung, mengubah sedih jadi riang, mengubah sakit jadi sihat,mengubah bakhil jadi dermawan, mengubah belukar jadi taman, mengubah penjara jadi istana, mengubah amarah jadi ramah, mengubah musibah menjadi muhibbah..
Tapi, itu cinta manusia… Bukan cinta hakiki..
bila sayang kata cantik, bila benci dimaki maki..
Alangkah untung dipeluk erat cinta abadi… Udara pagi menghentakkan diri...
Saat jiwa terasing dari dunia nyata...Tersedar lamunan dimanakah jiwa ini...
Sudah kembalikah ke jasadnya atau masih di atas sana...
Sudah tiba merasakan udara hangat di hati...
Saat cintaNYA merasuki jiwa... Bergegasnya wudhuk untuk sucikan hati dan jasad...
Dalam keheningan malam ditadahkan tangan ke langit...
Sujud sembah seorang pencinta merindukan belaian kasih sayang Sang Pemberi cinta...
Dalam tadahan tangannya itu dibanjiri air mata suci...
Diiringi bisikan rindu bergemuruh...
Dialiri hati menangis betapa hebat cinta kepada Dia dan Yang telah dicinta...
Semoga dipertemukan dalam tali kesucian... Benang keredhaan... Jiwa keikhlasan...
Dalam kehidupan kelak... BersamaNYA.. Amin ya robbal alamin..
-Dari Seseorang Untuk Seseorang-