Kenapa yang dinamakan ustazah itu..
menyuruh kami menukar penampilan
dr bertudung labuh ke tudung 'Arini'
katanya 'kamu di bidang engineering tak sesuai'
'susah utk mendapat pekerjaan'
kenapa begitu ye ustazah?
tidakkah ustazah tahu tudung tu singkat?
bukan saja singkat,malah melekat
itukah tuntutan syarak?
duhai ustazah..
ustazah sepatutnya membela kami
menjaga kami agar kami tidak terpesong
tapi sebaliknya yg sedemikian terjadi
bukankah tuntutan syarak itu memakai pakaian longgar
memakai tudung yang labuh dan menutupi paras dada?
seperti yang telah tercatat dalam kalamNYA
tidak kiralah bidang perguruan ke,doktor ke,
bahkan engineering sekalipun
bukannya kami tidak tahu
perkara ini telah dibahaskan oleh para penceramah2 hebat
kami tahu bila masa kami kena pakai pakaian yang bersesuaian
bila pergi ke tapak projek,atau panjat tiang contohnya,
kami takkan pakai jubah atau baju kurung
kami akan pakai seluar,tp seluar yg macamana?
seluar yg masih bertepatan dengan kehendak hukum
begitu juga dalam soal tudung
harap ustazah mengerti maksud yang kami cuba sampaikan
Kenapa yang dinamakan ustazah itu...
mengesyorkan kami,atau menggalakkan kami utk ber'couple'
kononnya kena cari waktu belajar,nanti susah nak dapat jodoh
benarkah begitu ye ustazah?
tiada pula kami jumpa dalam ayat2 Allah dan hadith2 baginda
syarat utk berkahwin,perlu ber'couple' terlebih dahulu
mungkin niat ustazah baik
tapi ustazah,matlamat tidak menghalalkan cara
yang haram tetap haram,yang batil tetap batil
ustazah bukan tidak tahu,bila kami couple
apa yg akan jadi?
sudah semestinya kami asyik berjumpa dengan pasangan kami
tentunya kami akan saling merindui
paling confirm, dalam solat kami mesti terbayang wajah si dia
ustazah mahukah kami begitu?
lainlah kalau ustazah bagitahu kami
'ada orang mintak tolong ustazah,carikan bakal ISTERI,
kalo kamu bersedia,boleh ustazah kenalkan'
bukannya 'eh tak boleh mcmni,ko kena cari time bljr ni,kalo tak, membujang la ko sampai ke tua'
takpun 'ha,bwk 'dia' datang jumpa ustazah' (kononya nak tilik serasi ke tak)
wahai ustazahku..
tidak kah semua tu mengundang bahaya?
bila ada pelajar yang mengandung anak luar nikah,
semua orang menunding jari salahkan pelajar itu
sedangkan kami telah dicorak sebegitu
ustazah..
bukan kami tak mahu menerima nasihat ustazah
untuk mencari 'seseorang' semasa waktu belajar
tapi kami takut..
kami takut seandainya masjid yang kami bina dengan pasangan kami,
tidak mendapat redha Allah
takut pincang di tengah jalan
takut lahir zuriat yang tidak soleh dan solehah
takut lahir zuriat yg takut utk berjuang di jalan Allah
ustazah..
kami sangat yakin,masih ramai muslimin yg baik2..dan soleh
yg tidak meletakkan syarat utk ber'couple' sebelum nikah
itulah yg kami mahukan
muslimin yang meletakkan Allah dihadapannya
muslimin yang mengikuti sunnah Baginda
muslimin yang menjadikan syahid sbg matlamat utamanya
muslimin acuan Al-Quran..
bukan seperti lelaki yg suka 'usha' perempuan
bukan lelaki yg bila kedengaran azan,masih melepak,masih bersama dgn pasangannya
bukan lelaki yg liat utk ke majlis agama
bukan lelaki yg cintakan dunia
harap ustazah mengerti maksud yang kami cuba sampaikan...
Kenapa yang dinamakan ustazah itu...
menyokong utk mengadakan konsert di kampus?
bukan konsert nasyid tapi konsert rock
yela..rock la tu kalo dah jemput kumpulan meet uncle hussain
ada juga pelajar2 tubuh band masing2
kata ustazah, kononnya nak release tension para pelajar
kata ustazah lagi,para pelajar duduk atas kerusi
hm,bg kami,tak mungkin pelajar2 akan duduk kalo dah konsert rock
mesti bangun lompat2 jugak..
kami ada pengalaman
bila dah lagu rock, semuanya lalai
sedangkan dalam islam, menurut pendapat ulamak masa kini,
muzik diharuskan tapi mesti menepati syarak
contohnya tak boleh guna muzik-muzik
yang digunakan oleh golongan fasiq dan fasad
seperti rentak rock dan sebagainya
ustazah tentu tahu kan, Nabi bersabda
"barangsiapa menyerupai sesuatu kaum,ia seperti tergolong dalam kaum tersebut"
ustazah..
dengan konsert tu,kami para pelajar dapat tambah keimanan kami ke ustazah?
dengan konsert tu, kami para pelajar akan jadi pelajar yg berakhlak ke ustazah?
tidak ustazah..
kami pasti, kami semakin lalai dan leka
harap ustazah mengerti maksud yang kami cuba sampaikan...
Ustazah..
niat kami bukan untuk memandai-mandai
jauh sekali untuk menghentam
tapi ustazah org yg selalu berbicara ttg Allah
kenapa sanggup mengajar dan mendidik kami sebegini?
kami menutup aurat,
kerana kami ingin ikut apa yg ada dalam kitabullah
kami tak nak couple
kerana kami tidak mahu lalai dengan cinta yang menjurus kepada zina
sedang zina itu byk..zina mata,zina mulut dan zina hati atau perasaan
kami membantah perkara-perkara yg akan melalaikan kami
kerana kami takut,dalam majlis itu,kami dijemput Allah
kami takut iman kami lemah
kami takut akhlak kami rosak
dan kami takut..hilangnya maruah kami sebagai pembawa syiar Islam!
Harap ustazah mengerti maksud yang kami cuba sampaikan....
Thursday, December 3, 2009
KENAPA YG DINAMAKAN USTAZAH ITU.....?
Posted by
.:Insyirah:.
Labels:
~Untukmu Nisa'~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
16 comments:
wahai Allah...
limpahkan hidayah pada kami Ya Allah...
Ya Allah ya Tuhan kami..
Jauhkan lah kami dri terjebak dgn maksiat d dunia ini..
Hindarkan lah hati kami dri tertarik dgn prkara yg melalaikan..
Tetapkanlah hati kami pada agamaMu ya Allah serta matikan lah kami dlm Iman dan Islam.. amin..
~nadra waiha~
nice post.
makrifah itu tiada batas...
makrifah itu tdk bertempat...
makrifah itu utk mengenal bukan utk menilai...
kenali Allah di segenap dunia..
jadikan yg buruk itu hikmah pengajaran dalam hati bukan digembur dituntuni..
berdoalah agar insan itu memperoleh rahmat bukan mempertikai & menilai krn bukan tujuan kt diberi nyawa..
IlmuNYA yg luas telah menguji pandanganmu pada dunia palsu yg sekadar menduga matahatimu.
krn Allah menyayangi setiap hambanya melebihi kasihmu terhadapNYA.
percikkan yang jernih, kebumikan yg bathil.
doaku sentiasa buatmu insan. 'asif Barakallah.
to lillah > amin..utk mendapatkan hidayah Allah,kita pelu berusaha dan mencari..
to nadra waiha > sama2lah kita berdoa agar ditetapkan hati dlm Agama Allah yg tcinta ini..amin..
to k.i.w.i > syukran..:)
to Abuelharraz > nukilan bukan semata utk dipertonton,tp sbg pengajaran buat kita semua.. kami mendoakan yg tbaik utk 'ustazah' itu..moga kita semua dlm rahmat Allah taala sentiasa..
** akhiran ini, kita bukan mendapat tentangan dr musuh2 kita sahaja yakni yahudi dan kafir laknatullah..tp kita juga diancam oleh org2 yg bragama islam itu sendiri.. begitu byk ajaran Nabi telah di ubah,di salah tafsirkan menyebabkan kita semua perlu berhati2.. ilmu dunia, bukan utk dipraktikkan 100% krn kita ada doa sbg senjata utama org mukmin.. yang bisa mengubah takdir kita..
wallahua'lam..
salam..
macamni k nanti hidup kt universiti?
susah juga hati saya ni..
walaupun masih bersekolah saya jd risau utk terus menghadapi kenyataan hidup
SAYA HARAP SAYA BEROLEH KEKUATAN IMAN UTK SELAMANYA..WALAU DIMANA SY AKAN BERADA..
'asif.. ukhty.. jk kata2 ana mgkin tersilap.
ana juga manusia biasa yg jahil..
"Seorang kekasih Allah juga guru telah menjadi makmum kpd anak muridnya, oleh kerana kurang tepat bacaan anak muridnya di dalam solat, dia telah membatalkan solatnya dan mengulangi solatnya sekali lagi di balakang makmum, malam itu dia bermimpi mendengar suara ketuhanan berkata, "Mengapa kau memberhentikan solatmu sedang kau tahu AKU tdk menyukainya, janganlah kau melihat seseorang itu dari luaran bacaannya tapi oleh kerana keikhlasan hatinya telah KU-terima ibadahnya.."
guru tersebut rasa amat bersalah dan telah bertaubat krn keinsafan.
ana faham coretan ent mungkin memberi pengajaran kpd sahabat lain, bg yg tdk memahami secara lgsung ia menghilangkan pandangan kepercayaan dan tompok hitam kdp insan yg berkaitan(sang 'ustazah') walaupun ia bersalah. mgkin... sang 'ustazah' diturunkan Allah utk menguji muslim yg tertentu dgn kata2 dan perbuatannya. krn ia af'al (perbuatan) Allah utk pengajaran bg insan tertentu atas iradatNYA.
sekadar nukilan, nukilkan lah dalam hati, ambil la yg baik dari sang 'ustazah' dan doakan yg terbaik utk kelemahannya tp cuma 'dalam' hati. krn blm tentu lg Allah terima amalan kt sedang kt terus menilai perbuatan org lain. Allahu a'lam.
salam makrifah salam kemaafan dr ana.
salam kemaafan sekali lagi.
"Izinkan hatiku mati keranaNYA, dunia ini bukan tempat asalku."
to luvsolehah > salam..kat mana2 pun kita perlu 'risau'.. di universiti terlalu byk ujian n besar pula pengaruhnya..kena bijak pilih kawan, bijak pilih 'guru'..sbb alam persekolahan berbeza dgn alam universiti..di sanalah pengaruh kwn terutamanya yg sgt kuat.. jd perlu bentengkan diri kita dgn ilmu.sbb ilmu dpt membezakan kita atr yg hak n batil..:) moga ukhty sentiasa slmt n jumpa kwn2 yg sefikrah..dekatkan diri dgn usrah..insya Allah..:)
to abuelharraz > tak perlula enta mohon maaf..sbb itu pandangan enta..n ana ada pendapat ana tersendiri yg lemah serba dhaif ini..
tujuan ana bukan utk mengaibkan atau menconteng arang di muka sang 'ustazah' itu sbb siapa ana yg berhak berbuat demikian..krn itu, tak dinyatakan 'siapa dia'..
*******************************
berhadapan dgn dunia n org2 yg hipokrit, membuatkan kita semua perlu berhati2..kadang org yg berbicara ttg kalamNYA,ttg hadith baginda,itulah musuh kita dlm senyap..
mmg tak semua 'ustaz dan ustazah' yg sebegitu. beberapa kerat saja..dan dgn ber'title'kan 'ustaz dan ustazah' tu jugak lah, mereka pernah membawa ajaran sesat di sekolah kami suatu ketika dulu.. ini bahaya.bahaya kepada yg 'tak memahami'..
tp jgn salah paham..ana tak kata yg bernama ustaz dan ustazah tu tak boleh dipercayai..tp org yg 'MENUMPANG' title ustaz ustazah tu yg perlu kita berhati2..
semoga nukilan ni dpt beri pengajaran.bukan sbg penghukum..
Berkata Uwais al-Qarni: "oleh kerana aku terlalu mengerjakan amar makruf nahi munkar aku kehilangan kawan" Biar hilang kawan krn perjuangan,tp jgn hilang teman seperjuangan"
wallahua'lam..
syukran untuk komen akh..
alhamdulillah.. ana fhm setiap kata2 ent. fitrah kt dijadikan sama dan berada di alam yg sama.. inilah contoh pemikiran mujahid. apa yg ent cuba sampaikan adalah luahan yg tulus dari jiwa, jd tiada salahnya. mgkin dari kacamata makrifat berbeza dari kacamata syariat namun ia saling memerlukan. dan hakikat itu yg abadi utk digenggam. ana yakin dari kacamata hakikat ana tdk layak mempertikai ssuatu perkara sedang dari kacamata syariat pertikaian dan selisih faham itu membawa kpd kefahaman yg lebih dalam.
syukraan krn berkongsi maklumat dan mudah2an cerita sang 'ustazah' menjadi pengajaran buat ana dan semua yg memperjuang kesucian islam.
Syukraan ya ukht..
"Biar kt hilang segalanya asal tdk kehilanganNYA.."
"Hidup matiku utk-MU."
to abbuelharraz > ye,alhamdulillah..mudah2an..syukran jugak kpd enta sbb sedikit sbyk membuka minda ana..moga kita dpt kongsi ilmu..
**************************
seharusnya kita di dunia ini,meninggalkan terus yg haram..dan perkara2 syubhah..krn yg syubhah itu jln tengah utk menjadi haram..
wallahua'lam..
"merentasi sebuah destinasi, perjalanan hati.."
terima kasih atas nasihat itu..
minta maaf..saya anti-usrah..
mungkin kedengaran agak mengejutkan..tetapi saya dah melaui pengalaman usrah yang menyedihkan dan mengecewakan saya..disaat saya mula mengenal apa erti usrah.sampai sekarang saya agak "fobia"dengan usrah dan masih tidak memahami apa perananya dalam islam..(maaf atas sebarang keterlanjuran kata-kata)
tapi saya dh mencuba..memahaminya..
to luvsolehah > 'tak kenal maka tak cinta'..berlapang dada, dan ikhlaskan hati, insya Allah kemanisan itu akan tercapai..
"merentasi sebuah destinasi, perjalanan hati.."
eerrm...nice artikel... tapii..
kesian ustazah..
awal agama mengenal Allah...
Dah kenal Allah tanya segala kemuskilan kepada Allah....hang pi tanya kat manusia yang tak ada kena mengena dengan Allah buat ape...
Post a Comment