Photobucket

Saturday, February 4, 2012

Berlalu tanpa suara..

0 comments

ke kanan mencari arah cahaya..ke kiri tersimpan satu rahsia..
terkeliru..mana satu yang ku tuju..
dengan menyebut asma' MU Tuhan..ku tekad..
takkan berpaling..mencari yang lain..
kerana Engkau lah tujuanku hidup..
di sana pasti terselit bahagia..
yg tidak bisa ku nafikannya..

kan ku terus berlalu..tanpa suara..tanpa kata..
derap langkah ku seiringan tanpa mutiara di bibir..
janji di hati begitu bahagia..

aku kan kembali..

setelah ku berpeluang..mengenali diri...

8.09pm::4Feb2012

Read Rest Of Enrty...

Friday, February 3, 2012

Sahaja Aku MencintaiMu

0 comments



Ku cinta pada-Mu
Lebih dari segala-gala
Mampukah kupertahankan cinta ini
Dalam mengabdikan diri pada-Mu

Andai ada kata yang lebih baik
Dari ucapan terima kasih
Pastikan kuucap setulus hati
Tanda cintaku pada-Mu

Lailahaillallah, Allahu Rabbi
Lailahaillallah, Allahu Akbar!

Andai ada hadiah yang lebih baik
Dari melodi syukurku
Semestinya kupersembahkan pada-Mu
Tanda cintaku, tanda cintaku...
Pada-Mu!

Hasbi Rabbi jallallah
Mafi Qalbi ghairullah
Nur Muhammad Sallallah

Setiap hela nafas
Setiap gerak tangan
Setiap degup jantung
Setiap gerak kaki

Takkan pernah bermakna
Tanpa cinta-Mu..


Pencipta lagu dan lirik: Ajwad Du'a
Artis: Du'a feat Ustaz Amal
Music Arrangement : Bro Kautsar (Kalsa Studio)
Third/ Backup voice: Amad

Read Rest Of Enrty...

Wednesday, January 11, 2012

p.i.l.i.h.a.n...

2 comments

setiap orang diberi peluang,ruang dan waktu untuk membuat pilihan. pilihan yg terbaik itu membahagiakan..pilihan yg tepat itu merupakan titik noktah yg tak mungkin berpatah kembali.. namun pilihan itu terlalu sukar untuk dilaksana..makin hampir dengan situasi itu, semakin tidak mengenal diri..semakin jauh untuk membuat pilihan..dan semakin samar untuk membuat keputusan..

resah dalam pencarian..pilihan yang terlalu halus, melibatkan jiwa, diri dan hidup insani..adakah itu satu tanda bahawa pilihan yg dibuat bakal menemui kegagalan atau tidak menjamin apa2 kebahagiaan..atau mungkin juga, bersusah-susah dahulu untuk membuat pilihan kerna pasti di hadapan menanti sebuah kebahagiaan yg dicari selama ini...


hanya Engkau Yang Mengetahui segala....


Read Rest Of Enrty...

Monday, December 26, 2011

Kita ada 11 buah planet!

0 comments

Salam muhibbah..

Semester lepas,dalam kelas Islam Sains Teknologi (IST) ustaz ada bagitahu yg saintis dah jumpa planet yg ke 10, yg dulunya diberi nama Xena dan telah ditukar kepada Axis.
Dan baru2 ni saya dengar planet pluto dah disingkir dari gugusan planet sebab saiznya yg terlalu kecil dan tidak mempunyai orbit.. maknanya jumlah semua planet jadi 9.. Sbnrnya benda ni dah lama (2005) tapi ramai yg tak tahu..

Dan terkini, saintis dah menjumpai dua planet baru (Kepler-20e dan Kepler-20f) yang saiznya hampir sama dengan saiz bumi kita. Maknanya semua planet ada 11..

Kita relate pulak dengan ayat Quran:


Ketika Yusuf berkata kepada ayahnya: "Wahai ayahku , sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas bintang, matahari dan bulan; kulihat semuanya sujud kepadaku." (Yusuf:4)

Sebelas bintang itu bermaksud 11 planet..
Maka benarlah apa yg ada dalam Quran..tidak ada penipuan,pengecualian..smuanya nyata..

* harap2 saintis barat tak manipulasi kenyataan..


Wallahua'lam..

Read Rest Of Enrty...

Sunday, August 7, 2011

Info Ramadhan - Makruh ke mandi petang?

4 comments

Sedari kecil kita sudah dididik dan terdidik bahawa mandi pada waktu petang untuk menghilangkan rasa panas dan haus di bulan puasa adalah makruh..'fatwa' ini sudah tidak asing lagi bagi kita dan segelintir masyarakat..

Terkadang hati tertanya sendirian,kenapa tak pernah jumpa nas atau hadith yg soheh (betul/tepat) tentang 'fatwa' turun temurun ni? Alhamdulillah, jawapan telah DIA berikan melalui SOLUSI edisi Ramadhan..~ sekadar perkongsian..

*********

Mandi pada waktu petang termasuk dalam perkara-perkara sunnah sebagaimana kata-kata Abu Bakar r.a : " Aku melihat Rasulullah s.a.w di al-Arj (sebuah tempat), Baginda menyiram air ke kepalanya dalam keadaan Baginda berpuasa, kerana dahaga atau kepanasan." (Riwayat Abu Daud)

Wallahua'lam...

Read Rest Of Enrty...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...