Photobucket

Friday, December 31, 2010

RAWAN DI HATI...

4 comments


Hm..apa nak dikata.. akhir² ni saya rasa sgt sulit untuk melewati hari² yg dirasakan terpaksa untuk dilalui. Masalah yg datang amat menyesakkan dada dan menghimpit perasaan. Semua rongga dirasakan amat sempit dan memerlukan sesuatu untuk memecahnya agar nafas dapat berhembus dgn senang, jiwa tidak lagi rasa terhimpit..Allah….

Kita kadangkala mampu untuk melawan segala macam bentuk ujian serta cabaran yg mendatang. Namun, kadangkala juga ujian yg sekecil cuma, tidak mampu untuk kita memikulnya. Bahkan seperti si anak kecil yg sentiasa meratapi dan merengek jika kesakitan dan kelukaan yg dialami.. ke mana hilangnya motivasi diri? Ke mana hilangnya semangat juang untuk teruskan hidup? Di mana letaknya keazaman untuk kaki terus berdiri? Di mana? Di mana letaknya harga diri yg hilang lantaran rayuan dan tagihan simpati? Duhai Hati dan Diri… Bangunlah! Bangkitlah! Usah disiat hati dgn pedihnya kesakitan. Usah diratap kehidupan yg telah berlalu.. hari semalam bukan utk dikenang, hari ini dan esok yg harus kau jalani sebaik mungkin…

Duhai Hati dan Diri, anggaplah ujian yg datang ini cumalah seterik mentari di tengahari; kau panas, hangat, amarahmu membara, tapi bila senja menyusul, kau kan terasa tenang, damai dengan angin petang serta kembalimu kepada fitrah hati… tak guna untuk berkecil hati, tak guna untuk teruskan amarahmu, tak guna untuk kau ratapi dan merintih tentang perkara² dunia yg tidak memberikan apa² makna dalam hidupan akhiratmu! Lihatlah sedalam²nya dengan kaca matamu, yg mana ia terlalu kecil dan mampu untuk kau kawal tanpa memerlukan siapa² kecuali Allah yg membantumu. Kerana semua masalah itu ujian dariNYA dan kepadaNYA-lah jua tempat kau memohon penyelesaian…
Tidak perlu terlalu obsess dalam merintih, menyesali, kerana semua itu akan membuatkan jiwamu lebih kacau bilau dan tidak mampu membuat pertimbangan yg wajar…

Katakan pada diri yg aku tidak akan berduka lara lagi! Aku bersemangat, mampu memotivasikan diri.. Ya Allah… berikan aku roh kekuatan agar aku bisa mengorak langkah dengan lebih padu. Bukan aku untuk lari dari masalah cuma ku pohon sedikit keberanian dan keazaman agar aku mampu memikul segala beban berat tanggungan….

“Lupakanlah hari² yg lalu dan kerjakan apa yg kau suka, dan siapkan diri saat qadha’ telah bertindak. Jika qadha’ telah turun pd sesuatu kaum, tidak ada bumi dan langit yg mampu menolaknya..” –Imam Syafi’i-

“Betapa sering hidupmu terancam, namun Allah sentiasa menjaga, dan memberi yg terbaik untukmu..Masih saja engkau membenci segala keputusanNYA?” –Abu Al-Itahiyyah-

Nafas baru, semangat baru, langkah baru… Selamat tinggal dunia semalam.. Ia tidak memihak kepadaku.. Mungkin hari ini, esok, atau bila², ada sinar kebahagiaan untukku.. andai sabar dan redha yg aku hiaskan dibalik masalah dan ujian yg menyinggah…

Wallahua’lam

Read Rest Of Enrty...

Dah Siap! ^,^

0 comments

Alhamdulillah, blog ini telah siap sepenuhnya..mungkin kalo ada penambahan pun,masih sedikit saja dan tidaklah perlu terburu².. plannya nak pilih background cerah, tp akhirnya hitam jugak yg dipilih.. mungkin kombinasi warna yg menarik minat saya kot..encem


Read Rest Of Enrty...

Saturday, December 25, 2010

Dalam Proses..

3 comments

Assalamualaikum..
Doanya moga sahabat2 sihat, baik dr segi fizikal mahupun rohaninya.. Lama sungguh blog ni terbiar tanpa ada penambahan isi atau ilmu yg boleh dikongsi bersama.. Syukran jaza' buat sahabat2 yg sering peduli dan bertanyakan khabar selama mana blog ini sunyi tanpa pemiliknya..

Blog "Perjalanan Hati" sedang dalam proses 'update&upgrade'..
Saya pun tak tahu apa yg perlu di'upgrade' sebenarnya.. ^,^ emm..Insya Allah sedikit masa lagi, blog "Perjalanan Hati" akan berubah wajah, pertukaran imej layout & wallpaper agar lebih menarik dan tampak lebih kemas ; penulisan atau entry bukan hanya sekadar berkisarkan tentang "Hati" tp gabungan topik antara ilmu agama, isu semasa, idea2, teknologi, keluarga dan sebagainya, agar saya dan teman2 dapat berukhwah dgn pelbagai golongan lapisan masyarakat,minat,budaya dan sebagainya..

Jika dilihat, entry ke dua atau tiga terakhir sebelum ini lebih kepada nota2 atau semacam diari untuk dikongsikan..

Insya Allah, moga usaha saya dipermudahkan dan saya ingin lakukannya segera ^,^ Moga tiada halangan..amin..

*******************

Diriwayatkan oleh At-Thabrani dari Abi Amamah, Nabi Muhammad s.a.w bersabda : "Kelebihan orang berilmu dr orang 'abid (org yg banyak ibadahnya) seperti kelebihanku dr orang yg paling rendah dari sahabatku.." (Hadith Sahih - Kitab Ihya' Ulumiddin ; Imam Al-Ghazali)

Wassalam..

Read Rest Of Enrty...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...