Izinkan diri ini melakar,
melakar sesuatu yg tersirat di hati..
ingin ku olah,
agar dapat ku sampaikan
seikhlas hati mungkin..
kerna..kau sahabat ku sayang..
Sahabatku sayang..
hadirmu dikala aku perlukan seorang teman..
teman dikala suka mahupun duka..
teman dikala aku 'hidup' mahupun 'mati'..
teman untuk berteduh di setiap penjuru hatimu..
teman untuk ku berkongsi,
keindahan hidup dan kepelbagaian rasa..
teman untuk ku cipta pelbagai kenangan,
kenangan terindah ketika kita bersama..
kerna kenangan itulah yg membuatkan aku 'hidup'..
dan dgn kenangan itu jualah,
ingin ku jadikannya sebuah kisah klasik,
utk masa hadapanku...
Sahabatku sayang...
tidak tahu bagaimana utk aku tuturkan,
perasaan sayang,kasih dan rindu ini,
sebagaimana yg sering kita bicarakan,
setiap masa,setiap ketika,
hanya kita yang merasa...
ukhwah kita sukar utk dimengertikan,
tak siapa yg mungkin faham,
indahnya secebis cinta yg telah DIA anugerahkan..
Sahabatku sayang..
biar apapun dugaan mendatang,
aku tetap tidak akan berganjak,
ingin ku bersamamu menempuh apa jua rintangan..
bantulah aku utk menjadi 'seseorang',
seorang yg sanggup membelamu,
yg ikhlas..amanah..jujur dan..setia..
kerana seorang sahabat itu,
yg menjaga kebajikan sahabatnya...
kerana seorang sahabat itu,
yg sanggup menerima kekurangan sahabatnya..
kerana seorang sahabat itu,
yg tidak akan terpedaya dengan fitnah terhadap sahabatnya..
kerana seorang sahabat itu,
ialah yang senantiasa mendoakan sahabatnya..
Sahabatku sayang...
aku bukanlah sesempurna yang disangka,
bagiku aku hanyalah insan biasa..
insan yang sering membuatmu terluka,
insan yang sering membuatmu kecewa..
namun hanya satu yang ku tahu,
itulah keindahan ukhwah..
kita ditakdirkan utk bertemu,
bertemu utk saling melengkapi,
menjadi dua insan..yang saling berkasih sayang..
moga kita tergolong dalam golongan,
yang mendapat naungan di Akhirat sana..
Sahabatku sayang..
jemari ini tidak mahu berhenti,
namun masa tidak mengizinkan..
izinkan aku mengundur diri,
akan kita bertemu di lain ruangan..
Hadiah nukilan ini istimewa untukmu,
bagi yg merasa...
tanda persahabatan berpintal padu..
lantaran kasih yg tak mampu kusembunyikan..
lantaran rindu yang tidak terperi..
terimalah seikhlas nuranimu, duhai sahabatku sayang...
"Merentasi sebuah destinasi, perjalanan hati..."
Saturday, November 28, 2009
Sahabatku Sayang...
Posted by
.:Insyirah:.
Labels:
~Tautan Hati~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
'cinta' dan 'sahabat' adalah dua frasa berbeza yang punya diksi sama. terkadang kita khilaf dalam mengenal erti sahabat.
ironinya kita, selalu berharap agar sahabat hadir dalam bentuk, sikap dan sifat yang kita cintai. indahnya qada' dan qadar Tuhan, Dia datangkan sahabat dalam rupa yang kita tidak sedar, dan mungkin tidak jangka bahawa dialah sahabat, kerana kita asyik mengimpikan sahabat adalah dalam bentuk yang suka dan inginkan.
sahabat itu wujud dalam semua jasad di sekeliling kita, cuma perlu asuh dan didik untuk supaya ia menjadi dominan ;)
syukran atas komen yg diberi..:)
yg dikata sahabat itu ialah,
apabila kamu terpandang wajahnya, kamu akan teringatkan Allah..
apabila kamu mdengar percakapannya, pengetahuan kamu ttg islam btambah..
dan apabila kamu melihat kelakuannya, kamu akan ingat kehidupan akhirat..
begitulah sabda junjungan..
*tidak ada manusia yg sempurna.. hadirnya sahabat adalah sbg pelengkap diri kita..
moga Allah merahmati sahabat2 ku..amin..:)
~sahabat~
kalimah yang terlalu subjektif...
ape-pun, same2 kita menghayati roh persahabatan Rasulullah SAW terhadap sahabat-sahabat Baginda..dan bukan senang nak buat..sebab manusia ni memang lemah..kdg2 emosi mengatasi rasional..
mg2,kita dpt menjadi shbt yg mmahami manusia lain..dan hanya orang yang mnghrpkan redha Allah shj akn b'lmbut dan b'akhlk yg baik ssame manusia.....
"sntiasalah berdoa supaya Allah SWT kurniakan pada kt hati yg lmbut di dlm b'shbt dn sms mmbina hub dgn org lain..."
wallahua'lam..
~k.musliha...~
sahabat tu bukan setakat kawan..
kawan tu bukanlah sahabat..
satu kata yg digunakan oleh rasulullah untuk orang2 terdekat dgnnya.
kata yg cukup istimewa..
namun. jika engkau katakan engkau menyayangi sahabatmu secara ikhlas..engkau akan diuji..keikhlasanmu dlm bersahabatpun akan diuji..
~sahabat~
sahabat adalah dia yang menghampiri
ketika seluruh dunia menjauh,
persahabatan itu ibarat tangan dan mata,
saat tangan terluka maka mata menangis,
saat mata menangis maka tangan akan menghapuskan airmata....
**indahnya hidup bersahabat & berkaseh sayang kerana ALLAH..
**Salam Sayang buat Sahabatku..
~sahabat~
sahabat adalah dia yang menghampiri
ketika seluruh dunia menjauh,
persahabatan itu ibarat tangan dan mata,
saat tangan terluka maka mata menangis,
saat mata menangis maka tangan akan menghapuskan airmata....
**indahnya hidup bersahabat & berkaseh sayang kerana ALLAH..
**Salam Sayang buat Sahabatku..
~Nadra WaiHa~
to kak musliha > syukran akak..sama2 kita contohi Baginda dan para sahabat dlm bersahabat..
to wildan : Apabila engkau menyayangi saudaramu, hendaklah kamu memberitahunya.. (Abu Daud fil kitabul adab)
to nadra waiha > sahabat itu tidak semestinya slalu disamping kita..tp shbt itu ialah yg sentiasa wujud di dalam bisikan doa..
**Rasulullah mengajarkan ttg erti kata cinta, yg harus diungkapkan pada sahabat atau saudara, dgn kata2 indah yg terungkap dr lisan, seindah yg disimpan di dalam qalbu..:)
yang...ore rndu ke yang...
Post a Comment