setiap orang diberi peluang,ruang dan waktu untuk membuat pilihan. pilihan yg terbaik itu membahagiakan..pilihan yg tepat itu merupakan titik noktah yg tak mungkin berpatah kembali.. namun pilihan itu terlalu sukar untuk dilaksana..makin hampir dengan situasi itu, semakin tidak mengenal diri..semakin jauh untuk membuat pilihan..dan semakin samar untuk membuat keputusan..
resah dalam pencarian..pilihan yang terlalu halus, melibatkan jiwa, diri dan hidup insani..adakah itu satu tanda bahawa pilihan yg dibuat bakal menemui kegagalan atau tidak menjamin apa2 kebahagiaan..atau mungkin juga, bersusah-susah dahulu untuk membuat pilihan kerna pasti di hadapan menanti sebuah kebahagiaan yg dicari selama ini...
hanya Engkau Yang Mengetahui segala....
Wednesday, January 11, 2012
p.i.l.i.h.a.n...
Monday, December 26, 2011
Kita ada 11 buah planet!
Salam muhibbah..
Semester lepas,dalam kelas Islam Sains Teknologi (IST) ustaz ada bagitahu yg saintis dah jumpa planet yg ke 10, yg dulunya diberi nama Xena dan telah ditukar kepada Axis. Dan baru2 ni saya dengar planet pluto dah disingkir dari gugusan planet sebab saiznya yg terlalu kecil dan tidak mempunyai orbit.. maknanya jumlah semua planet jadi 9.. Sbnrnya benda ni dah lama (2005) tapi ramai yg tak tahu..
Dan terkini, saintis dah menjumpai dua planet baru (Kepler-20e dan Kepler-20f) yang saiznya hampir sama dengan saiz bumi kita. Maknanya semua planet ada 11..
Kita relate pulak dengan ayat Quran:
Ketika Yusuf berkata kepada ayahnya: "Wahai ayahku , sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas bintang, matahari dan bulan; kulihat semuanya sujud kepadaku." (Yusuf:4)
Sebelas bintang itu bermaksud 11 planet.. Maka benarlah apa yg ada dalam Quran..tidak ada penipuan,pengecualian..smuanya nyata..
* harap2 saintis barat tak manipulasi kenyataan..
Wallahua'lam..
Sunday, August 7, 2011
Info Ramadhan - Makruh ke mandi petang?
Sedari kecil kita sudah dididik dan terdidik bahawa mandi pada waktu petang untuk menghilangkan rasa panas dan haus di bulan puasa adalah makruh..'fatwa' ini sudah tidak asing lagi bagi kita dan segelintir masyarakat..
Terkadang hati tertanya sendirian,kenapa tak pernah jumpa nas atau hadith yg soheh (betul/tepat) tentang 'fatwa' turun temurun ni? Alhamdulillah, jawapan telah DIA berikan melalui SOLUSI edisi Ramadhan..~ sekadar perkongsian..
Mandi pada waktu petang termasuk dalam perkara-perkara sunnah sebagaimana kata-kata Abu Bakar r.a : " Aku melihat Rasulullah s.a.w di al-Arj (sebuah tempat), Baginda menyiram air ke kepalanya dalam keadaan Baginda berpuasa, kerana dahaga atau kepanasan." (Riwayat Abu Daud)
Wallahua'lam... Read Rest Of Enrty...
Sunday, July 31, 2011
SALAM RAMADHAN KAREEM...
Seorang insan berteleku menunggu saat bahagia penuh keberkatan RAMADHAN, ku seru nama ALLAH dgn penuh rasa cinta membakar marak rindu setia seorang hamba..Salam Ramadhan kpd semua..Sentiasa muhasabah dan perbaiki diri..
Read Rest Of Enrty...Monday, July 25, 2011
Harapan Ramadhan..
"ustazah,seumur hidup saya,saya tak pernah rasa begitu seronok bertemu dengan ramadhan..
rasa seronok sangat2.."
"macamana kamu buat?"
"saya dengar ceramah,ustaz tu cakap,salah satu cara untuk rasa seronok menyambut ketibaan ramadhan ni dgn buat kiraan (countdown)..saya buat ustazah..dari 30 hari nak puasa..tapi masa tulis kiraan hari tu tak rasa seronok lagi..sehinggalah malam 1ramadhan..lepas saya jemaah maghrib,isyak dan terawih, perasaan seronok tu tiba2 datang..rasa seronok sgt..seumur hidup saya tak pernah rasa macamni.."
Masya Allah..
sejujurnya,mungkin perasaan 'seronok' tu masih jauh dgn kita..mana tidaknya, bulan puasa kena korbankan makan minum, kena korbankan party,kena korbankan cara pakai,kena korbankan macam2 lagi..
sedang itu sifat orang munafik..rasa berat dan sakit bila berdepan dengan ramadhan..dan rasa seronok bila ramadhan sudah berakhir..
jomlah kita,pakat2 cuba koreksi diri,cuba mencari 'keseronokan' menyambut bulan mulia penuh keberkatan ini, sementara masih berbaki sedikit masa..
“Ya Allah Ya Tuhan berkati kami di bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadan.”
"Wahai Tuhan kami, Ramadan telah meliputikami dan rezekikanlah kepada kami puasa dan qiyam pada bulan ini dan kurniakanlah kepada kami kesungguhan dan kecergasan serta hindarilah kami dari godaan fitnah.."