
Sahabat..Bumi kita payah..Pilih air mata dan mungkin darah.. Tika kau turunkan tapakku ke pepasir, kau iringilah aku sebagai pejuang.. Tika ku katakan padamu "Perjuangan itu pahit", kau sahutlah "Syurga itu manis.."
"Sahabat yg beriman ibarat mentari yg menyilau.. Sahabat yg setia ibarat pewangi yg mengharumkan.. Sahabat yg sejati pendorong impian.. Sahabat yg mulia membawa kita ke jalan Allah..."
~Ciptakan sebuah kisah klasik untuk masa depan..~
Tuesday, January 25, 2011
Dedikasi Untuk Sahabat...
Friday, January 15, 2010
SAHABAT PERJALANAN HATI....
Wahai sahabat perjalanan hati,
Usah kau bimbang dengan rencanaNYA, usah kau hirau dengan dunia, usahlah kau bimbang dengan rezeki yang DIA tetapkan buatmu. Masa bukanlah penentu segala kejayaan, masa bukan jua penentu segala rahmat, masa cuma buat insan hirau akan hayatnya, sedangkan ia tidak bernilai buatmu wahai puteri wahai hamba. jika DIA menetapkanmu peroleh sesuatu pada masa yg ditentukan, tidak termampu kau menolaknya walau sezarah pun. Jika DIA menetapkan sesuatu yang tidak kau peroleh pada masa yang ditetapkan, nescaya kau tidak akan peroleh walau sebijak mana pun arah yang kau usahakan.
Wahai sahabat perjalanan hati,
walau dimana pun kau berada, jangan sesekali kau abaikan matlamatmu menuju kepadaNYA, walau ditakdirkan kau terpaksa mempertaruhkan hidupmu untuknya, jangan sesekali kau berpaling untuk menuju selain dariNYA. ingatlah janjimu untuk berjuang hanya untukNYA. masa depanmu tetapkanlah buatNYA..
Wahai sahabat perjalanan hati,
Segolongan sufi selalu berkata sepanjang hidup mereka "Aku tidak akan berpaling oleh sifat kelemahanku yang mencari dunia, aku tidak akan memikirkan apa yang telah berlaku, bahkan pula hal yang akan berlaku, aku cuma fikirkan saat ini, adakah urusanku dengan DIA telah ku lunaskan atau berapa banyakkah kelalaianku dalam mengingatiNYA.."
Wahai sahabat perjalanan hati,
Suatu perancangan itu adalah urusan Allah SWT, bagaimanakah kita mampu untuk mencampuri urusan DIA yang Maha Bijaksana dalam pentadbiranNYA. Hanya Dia yang memahami hambanya dalam merancana sesuatu hal, apakah kau tidak yakini DIA sedang merancanakan yang terbaik buat hambaNYA? menangis jiwa ini memikirkan soal itu...
Wahai sahabat perjalanan hati,
Jadikan hatimu itu lubuk cahayaNYA yang merentasi setiap alam, nescaya kau peroleh hal yang orang lain tidak ketahui, masa lampau dan masa hadapan adalah hijab bagi insan, jika kau membuka hijab itu, nescaya kau akan lihat segalanya betapa hebat pentadbiranNYA. dalam hati mereka tidak pernah mereka hirau akan kehidupan meraka, hal makan, minum, bahkan kesihatan, dan setelah mereka temui apa yang mereka cari dan tujui, maka terbukalah ruang-ruang dalam hati mereka kebesaran Allah dan berkata hati mereka "Cukuplah bagiku Allah dalam hidupku.."
Telah ku abadi disini..dr seseorang utk seseorang..
Saturday, November 28, 2009
Sahabatku Sayang...
Izinkan diri ini melakar,
melakar sesuatu yg tersirat di hati..
ingin ku olah,
agar dapat ku sampaikan
seikhlas hati mungkin..
kerna..kau sahabat ku sayang..
Sahabatku sayang..
hadirmu dikala aku perlukan seorang teman..
teman dikala suka mahupun duka..
teman dikala aku 'hidup' mahupun 'mati'..
teman untuk berteduh di setiap penjuru hatimu..
teman untuk ku berkongsi,
keindahan hidup dan kepelbagaian rasa..
teman untuk ku cipta pelbagai kenangan,
kenangan terindah ketika kita bersama..
kerna kenangan itulah yg membuatkan aku 'hidup'..
dan dgn kenangan itu jualah,
ingin ku jadikannya sebuah kisah klasik,
utk masa hadapanku...
Sahabatku sayang...
tidak tahu bagaimana utk aku tuturkan,
perasaan sayang,kasih dan rindu ini,
sebagaimana yg sering kita bicarakan,
setiap masa,setiap ketika,
hanya kita yang merasa...
ukhwah kita sukar utk dimengertikan,
tak siapa yg mungkin faham,
indahnya secebis cinta yg telah DIA anugerahkan..
Sahabatku sayang..
biar apapun dugaan mendatang,
aku tetap tidak akan berganjak,
ingin ku bersamamu menempuh apa jua rintangan..
bantulah aku utk menjadi 'seseorang',
seorang yg sanggup membelamu,
yg ikhlas..amanah..jujur dan..setia..
kerana seorang sahabat itu,
yg menjaga kebajikan sahabatnya...
kerana seorang sahabat itu,
yg sanggup menerima kekurangan sahabatnya..
kerana seorang sahabat itu,
yg tidak akan terpedaya dengan fitnah terhadap sahabatnya..
kerana seorang sahabat itu,
ialah yang senantiasa mendoakan sahabatnya..
Sahabatku sayang...
aku bukanlah sesempurna yang disangka,
bagiku aku hanyalah insan biasa..
insan yang sering membuatmu terluka,
insan yang sering membuatmu kecewa..
namun hanya satu yang ku tahu,
itulah keindahan ukhwah..
kita ditakdirkan utk bertemu,
bertemu utk saling melengkapi,
menjadi dua insan..yang saling berkasih sayang..
moga kita tergolong dalam golongan,
yang mendapat naungan di Akhirat sana..
Sahabatku sayang..
jemari ini tidak mahu berhenti,
namun masa tidak mengizinkan..
izinkan aku mengundur diri,
akan kita bertemu di lain ruangan..
Hadiah nukilan ini istimewa untukmu,
bagi yg merasa...
tanda persahabatan berpintal padu..
lantaran kasih yg tak mampu kusembunyikan..
lantaran rindu yang tidak terperi..
terimalah seikhlas nuranimu, duhai sahabatku sayang...
"Merentasi sebuah destinasi, perjalanan hati..."
Monday, May 5, 2008
Buat Sahabat Seperjuanganku..
Barangsiapa yang engkar kepada Taghut dan beriman kepada Allah, maka sungguh dia berpegang terus pada tali yang sangat kuat yang tidak akan putus. (2:256)
