Photobucket

Friday, January 29, 2010

Salah Ke Menangis..??

7 comments

Dari Abu Hurairah r.a, katanya Rasulullah saw bersabda:

“Tidak akan masuk Neraka seseorang yang menangis kerana takut kepada Allah sehingga air susu kembali ke kantungnya (menunjukkan satu mustahil)-(HR At-Tirmizi)-

Ibnu Qayyim menyatakan: “Tangisan itu ada bermacam-macam iaitu tangisan kasih sayang, tangisan takut dan khawatir, tangisan rindu dan cinta, tangisan kegembiraan dan kesedihan, tangisan merintih kerana kesakitan dan tangisan tidak kuat menahannya, tangisan kerana merasa tidak berdaya dan lemah, tangisan kemunafikan (iaitu matanya menangis sedangkan hatinya keras - isu palestin), tangisan kepalsuan, tangisan yang tidak sengaja yakni seseorang yang melihat orang lain menangis kerana satu sebab yang mereka alami, lalu ia pun ikut menangis bersama mereka padahal ia tidak tahu mengapa mereka menangis sehingga membuatnya ikut menangis.

Mari sama-sama kita semak kembali lembaran sejarah…

Dari al-Bara’ bin ’Azib, ia berkata: " Ketika kami sedang bersama Rasulullah saw, tiba-tiba Baginda melihat sekelompok orang yang sedang berkumpul. Baginda bertanya: ” Mengapa mereka berkumpul? Lalu dikatakan kepada Baginda, untuk menggali lubang kubur. Lalu al-Bara’ melanjutkan kisahnya, Rasulullah saw pun tersentak dan segera berjalan mendahului para sahabatnya dengan tergesa-gesa. Sesampainya di kuburan tersebut, Baginda berlutut di atasnya. Al-Bara’ melanjutkan, lalu aku menuju ke hadapannya untuk melihat apa yang Baginda lakukan. Ternyata Rasulullah saw sedang menangis hingga air matanya membasahi tanah. Kemudian Baginda menghadapkan wajahnya kedapan kami seraya bersabda: ”Wahai saudara-saudaraku! Untuk hari seperti ini, maka hendaknya kalian mempersiapkan diri.” (HR Bukhari, Ahmad dan Ibnu Majah dan lainnya)

Dari al-’Irbadh bin Sariyah r.a, dia berkata: ” Rasulullah saw menasihati kami dengan nasihat yang begitu membekas, hingga hati kami bergetar dan air mata kami bercucuran kerananya. Lalu kami berkata.’ Wahai Rasulullah, seakan-akan itu adalah nasihat dari seseorang yang akan pergi, maka dari itu berwasiatlah kepada kami.’ Baginda saw bersabda: ” Aku berwasiat kepada kalian agar bertakwa kepada Allah, taat dan patuh, sekalipun kalian diperintah oleh seorang budak Habasyi. Dan sesungguhnya barangsiapa di antara kalian yang masih hidup sepeninggalanku, sesungguhnya ia akan melihat banyak perselisihan. Maka kalian wajib berpegang teguh kepada Sunnahku dan Sunnah Khulafa’ Ar-Rasyidin yang mendapatkan petunjuk. Gigitlah Sunnah tersebut dengan gigi geraham (berpeganglah seteguhnya). Dan jauhilah perkara-perkara baru dalam agama yang diada-adakan, kerana setiap perbuatan bidaah itu sesat. ( HR Abu Dawud, At-Tirmidzi, Ibnu Majah dan yang lainnya.)

Bagaimana dengan kita wahai sahabat yang disayangi kerana Allah? Adakah kita menggunakan air mata itu di tempat yang benar dan betul? Adakah kerana kerasnya hati kita menyebabkan kita tidak mampu untuk menangis? Adakah lantaran dosa-dosa dan maksiat yang dilakukan menyebabkan air mata kita membeku?

Sama-samalah kita tanya iman kita...

Hanya orang yg hatinya bersih, lembut yg bisa menangis.


Read Rest Of Enrty...

Friday, January 15, 2010

SAHABAT PERJALANAN HATI....

4 comments

Wahai sahabat perjalanan hati,
Usah kau bimbang dengan rencanaNYA, usah kau hirau dengan dunia, usahlah kau bimbang dengan rezeki yang DIA tetapkan buatmu. Masa bukanlah penentu segala kejayaan, masa bukan jua penentu segala rahmat, masa cuma buat insan hirau akan hayatnya, sedangkan ia tidak bernilai buatmu wahai puteri wahai hamba. jika DIA menetapkanmu peroleh sesuatu pada masa yg ditentukan, tidak termampu kau menolaknya walau sezarah pun. Jika DIA menetapkan sesuatu yang tidak kau peroleh pada masa yang ditetapkan, nescaya kau tidak akan peroleh walau sebijak mana pun arah yang kau usahakan.

Wahai sahabat perjalanan hati,
walau dimana pun kau berada, jangan sesekali kau abaikan matlamatmu menuju kepadaNYA, walau ditakdirkan kau terpaksa mempertaruhkan hidupmu untuknya, jangan sesekali kau berpaling untuk menuju selain dariNYA. ingatlah janjimu untuk berjuang hanya untukNYA. masa depanmu tetapkanlah buatNYA..

Wahai sahabat perjalanan hati,
Segolongan sufi selalu berkata sepanjang hidup mereka "Aku tidak akan berpaling oleh sifat kelemahanku yang mencari dunia, aku tidak akan memikirkan apa yang telah berlaku, bahkan pula hal yang akan berlaku, aku cuma fikirkan saat ini, adakah urusanku dengan DIA telah ku lunaskan atau berapa banyakkah kelalaianku dalam mengingatiNYA.."

Wahai sahabat perjalanan hati,
Suatu perancangan itu adalah urusan Allah SWT, bagaimanakah kita mampu untuk mencampuri urusan DIA yang Maha Bijaksana dalam pentadbiranNYA. Hanya Dia yang memahami hambanya dalam merancana sesuatu hal, apakah kau tidak yakini DIA sedang merancanakan yang terbaik buat hambaNYA? menangis jiwa ini memikirkan soal itu...

Wahai sahabat perjalanan hati,
Jadikan hatimu itu lubuk cahayaNYA yang merentasi setiap alam, nescaya kau peroleh hal yang orang lain tidak ketahui, masa lampau dan masa hadapan adalah hijab bagi insan, jika kau membuka hijab itu, nescaya kau akan lihat segalanya betapa hebat pentadbiranNYA. dalam hati mereka tidak pernah mereka hirau akan kehidupan meraka, hal makan, minum, bahkan kesihatan, dan setelah mereka temui apa yang mereka cari dan tujui, maka terbukalah ruang-ruang dalam hati mereka kebesaran Allah dan berkata hati mereka "Cukuplah bagiku Allah dalam hidupku.."


Telah ku abadi disini..dr seseorang utk seseorang..


Read Rest Of Enrty...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...