Photobucket

Monday, November 8, 2010

MEDITASI SEBUAH KEHIDUPAN...

4 comments

Ku mulai tinta bicara dgn BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.. Asslamualaikum,shbt2, dan pengunjung yg sentiasa sudi menjengah dan melawat teratak ini..

Ana xtau macamana nak mulakan..

Al-Fatihah buat arwah Luqman Razali, yang telah kembali ke rahmatullah,pd 1.45pm semalam bertarikh 7/11/2010 di Hospital Selayang..

2/11/2010 : arwah kemalangan di simpang traffic light berhampiran dgn UIA..lebih kurangjam 5 – 5.30pm..turut disaksikan oleh, beberapa orang pelajar dan juga lecturer UnikL BMI.. akibat dari kemalangan itu, hati arwah dikatakan remuk dan mengalami pendarahan yang serius..Allahu Akbar..

3/11/2010: Sms dr seseorang : “Terkini dr Mohd Hazim,ICU HKL 9.30pg: Buat masa ini,peluang utk hidup tipis sbb masih lg berlaku pendarahan di hati (hati koyak dan remuk teruk). Alat utk hentikan pendarahan (spatutnya boleh bertahan 2hari) sudah tidak dpt menampung pendarahan sbb pendarahan teruk..sekarang,urusan transfer ke Hospital Selayang.Tolong pakat2 doa,solat hajat dan sebagainya utk SAUDARA LUQMAN RAZALI. Moga ada sinar harapan....”

Hati arwah disahkan 1/2 remuk disebabkan impact stering masa accident.. Allahu Akbar..

Dalam lingkungan jam 5ptg kami bergerak utk menziarahi beliau..Subhanallah..ramai sgt yg hadir..seolah2 arwah adalah org yg sgt penting dan bermakna buat kami..dan,sememangnya begitu.. arwah orang yg beragama dan berkhlak..seketika menunggu, kami dapat masuk sekejap ke bilik ICU utk berdoa..

Lingkungan jap 11.31pm, terima mesej dr seseorang “Salam na,doctor tu dah ckp luqman xboleh bertahan lama.doktor tu pun dah suruh baca Yasin kat dia..tu parents dia tgh baca Yasin utk dia..”

Allahu Akbar…hebat ujianMU..namun Engkau lebih mengetahuinya..

**tidak putus kunjungan sms diterima..

4/11/2010: Seketika jam 12.12am, sms dr seseorang “Ni berita terbaru,haba di badan luqman xnaik langsung.badan luqman dah sejuk..Allahu Akbar..tekanan darah luqman dah turun ke tahap paling bahaya..10..Allahu Akbar..”

Penantian demi penantian,utk mengetahui berita selanjutnya dari sahabat2 yg masih di Hospital Kuala Lumpur..

Dan…
“anggota Luqman dah tak function semua dah..Allahu Akbar..ya Allah..” (12.40am)

1.07am : “Esok doktor pakar dr Hospital Selayang dtg kat HKL utk treat luqman..nurse kata waktu melawat jam 6-7pg sahaja…”

Jam 7.35pg : “….doktor kata tekanan darah luqman dah tunjuk reaksi baik cuma satu je,luqman hanya bergantung dgn ubat yg disuntik setiap kali tekanan darah dia turun dan operation badan dia bergantung dgn mesin je..Allahu Akbar….”

10.29pg : “Assalam..setelah ditambah derma utk luqman dari hostel siswa dan siswi, Alhamdulillah mendapat sebanyak RM1805..” Alhamdulillah….

Arwah dipindahkan ke hospital selayang utk pembedahan hati..

3.40ptg : “wat masa ni,Luqman kt hospital..tgh operation hati..”

10.43mlm : “Salam! Terkini (8.25pm)-baru selesai b’bual menerusi telefon dgn bonda Luqman; Pembedahan baru je selesai & Alhamdulillah Berjaya. Hati yg rosak Berjaya dikeluarkan & skrg dlm proses memastikan bahagian yg elok terus berfungsi. Mungkin, sejam lebih lagi,Luqman akan dikeluarkan dr bilik bedah utk ke ICU. Sebar2kan..-azhari-”

Sebenarnya, mengikut shbt2, doctor mengambil risiko untuk membuat pembedahan sbb takungan darah byk berkumpul dalam perut arwah..khuatir takut pecah..Allahu Akbar..

2 hari menanti….dan..

Terima sms dr seseorang yg mengejutkan lamunan..

1.02ptg : “Salam,na..baru dpt msj dr ayah Luqman..Luqman tenat skrg…doctor dah suruh smua family dia kumpul d cc dia..”

Dan.. panggilan dari seseorang seakan menjawab punca keresahan hati ni sejak pagi itu..Allah..

1.49pm – “assalamualaikum.kak na..da tahu pasal Luqman?” tanyanya.. “Luqman tenat kan?”Tanya sy kembali.. “tak2..kak na..Luqman dah xda..” sy terpaku seketika.. “Allahu Akbar..Innalillahi Wainna Ilaihi Raajiun….”
-perginya dia sehari sebelum final exam…-

Petang itu,kami bergerak pergi ziarah arwah dan keluarganya di Unit Forensik Hospital Selayang..sesampainya kami disana, kelihatan sahabat2 arwah sedang mengelap darah yg mengalir keluar kesan dari pembedahan dan pendarahan dalam..Allahu Akbar..tak sanggup untuk menatap wajah arwah walau seketika.. ketika itu, bonda dan ayahanda arwah sedang merayu utk tidak buat post mortem..tapi kata doctor, post mortem terpaksa dibuat juga, demi mengikut prosedur…Allah…

Sedang menanti,doctor masih tidak kunjung tiba..sehinggalah hampir jam 7ptg..arwah dibawa masuk ke bilik bedah buat kali ke4 utk post mortem..

Tangis ibu tanda ketabahan, senyap ayah tanda meredhai pemergian anak lelaki kesayangan mereka..

Jenazah selesai dimandikan, dan disembahyangi di masjid berhampiran..dan terus dihantar ke Kuantan utk proses pengebumian…sekitar jam 12 tgh malam, arwah telah dikebumikan..arwah telah pulang ke sana..mengadap Allah Yang Maha Besar…

Sms diterima..
2.34pg.. “MOHD LUQMAN RAZALI:Takdir Hidupmu.hanya sebentar cuma persinggahan di hentian ke tiga ini. Entah berapa lama persinggahanmu di hentian berikut.hanya Allah Yang Tahu..Namun yg pasti, kita akan tetap berpeluang bersua kembali di hujung perjalanan yg panjang ini, iaitu destinasi hakiki yg pasti akan kita temui – alam Akhirat yg abadi…”

“Ya Allah, aku ingin mati dalam kebaikan…”

Ajal yg datang..tidak akan cepat sesaat dan tidak akan lambat walau sesaat..

***************


Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA. Hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah, yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini. Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah dan bahawasanya Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA. Apabila datang kepada kamu dua malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Munkar dan Nankir, maka janganlah berasa gentar dan takut. Janganlah kamu berduka cita dan risau serta janganlah kamu bersusah hati dan terkejut. Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA bahawasanya Mungkar dan Nankir itu hamba Allah Ta’ala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Ta’ala. Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu.

Mereka berkata:

* Siapakah Tuhan kamu?
* Siapakah Nabi kamu?
* Apakah agama kamu?
* Apakah kiblat kamu?
* Siapakah saudara kamu?
* Apakah pegangan iktikad kamu?
* Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah. Biarlah tenang dan berhati-hati.

Hendaklah kamu jawab begini:

* Allah Ta’ala Tuhanku.
* Muhammad Nabiku.
* Islam agamaku.
* Baitullah itu kiblatku.
* Semua orang Islam dan orang beriman adalah saudara aku.
* Kitab suci Al-Quran ikutanku, malahan solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.
* Dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap, “La ila ha illallah Muhammaddur Rasulullah”.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu. Inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di alam Barzakh sehingga sampai satu masa kelak. Kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA. Bahawasanya mati ini adalah benar. Soalan malaikat Munkar dan Nankir di dalam kubur ini adalah benar. Bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar. Berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar. Dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar. Minum di kolam air Nabi adalah benar. Ada Syurga dan Neraka adalah benar. Bahawasanya Hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang Maha Berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal pada kamu di sisi Allah Ta’ala. Semoga Tuhan akan memberi kesejahteraan kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Ta’ala menjinakkan hati kamu yang liar dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.

“Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak diseksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW. Subhana rabbika rabbil izzati amma ya sifun wassalum alalmursalin walhamdulillahi rabbil alamin”.

Setiap yang bernafas, pasti akan merasai mati – “Kullu nafsin zaa iqatul maut”.

Firman Allah SWT: “Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran.” – Surah Al-A’sr

Read Rest Of Enrty...

Wednesday, October 27, 2010

Bismillah...

4 comments

Sabda Rasulullah saw: "Manusia yg terbaik ialah mu'min yg berilmu, jika diperlukan dia berguna. Dan jika tidak diperlukan, maka dia dapat mengurus dirinya sendiri"
(Dipetik dari Ihya' Ulumiddin-Imam Ghazali)

Alhamdulillah..pagi tadi dah ambil examination slip..6subj. exam kali ni..alhamdulillah juga, tak berderet sgt..ada gap 2hari utk setiap paper..

1. engineering mathematics IV * 08/11/2010 * 9.00am
2. Islam Sains & Teknologi * 10/11/2010 * 8.30am
3. essential management principles * 12/11/2010 * 3.00pm
4. circuit theory II * 15/11/2010 * 2.30pm
5. communication technology II * 18/11/2010 * 11.30am
6. continuous-time signal & system *18/11/2010 * 2.30pm
7. professional communication * (no final exam)

ya Allah..
dengan sisa baki masa yg sedikit ini, permudahkanlah segala urusanku dan shbt2ku..murahkanlah rezeki terhadap kami..

buat sahabat2 perjalanan hati, sy pohon doa dr kalian utk iringi perjalanan sy...kerana..

"Bila seseorang mendoakan bagi diri sahabatnya sedang ia tidak ada bersamanya, maka malaikat akan berkata: Dan engkau juga akan menerima sepertinya juga"

"Doa seseorang untuk saudaranya dalam masa ketiadaannya, tidak akan tertolak"
(Dipetik dari Bimbingan Mukminin-Imam Ghazali)

******************

Sy ingin kongsikan sahabat2 perjalanan hati dengan kata2 Luqman Al-Hakim pd anaknya dalam buku yg belum habis dibaca lagi.."Menyuci dan Mengubati Penyakit Hati"

Telah berkata putera Luqman Al-Hakim kpd ayahnya "Ayah, hal apa yg paling baik utk manusia?"
"Agama." jawab Luqman.
"Kalau dua?" tanya si anak lagi.
"Agama dan harta".
"Kalau tiga?".
"Agama, harta dan rasa malu".
"Kalau empat?"
"Agama, harta, rasa malu dan akhlak yg baik"
"Kalau lima?"
"Agama, harta, malu, akhlak yg baik dan kedermawanan"
"Kalau enam?"
"Wahai anakku", jawab Luqman, "Jika kelima hal tersebut terhimpun dalam diri seseorang, maka ia adalah seorang yg berhati suci, bertaqwa, kekasih Allah dan terhindar dr Syaitan.."

semoga kelima2 perkara tersebut ada dalam diri kita semua..insya Allah..

doa sy utk kalian, moga dalam rahmat Allah taala sentiasa..

sama2 kita koreksi hati dan diri kita agar kita menjadi hamba Allah yg sentiasa bermuhasabah dan bermujahadah..dengan izinMU ya Allah..

Salam perjuangan buat diri dan sahabat2..

Read Rest Of Enrty...

Sunday, October 24, 2010

Detik Yang Indah..

4 comments

Petang yang damai..menggamit naluri utk bersujud pd Ilahi..hujan renyai2, mengindahkan suasana pemandangan di kampus..aih..hatiku, seakan dicengkam sesuatu.. apa maknanya..? adakah ia satu petanda?

langkah diatur dengan penuh harapan....

-suasana kampus-

~Setidaknya,perasaan aneh ni tidaklah terlalu menghimpit..

Em..kepala berat sgt2 dibebani dengan tugasan2 yang perlu disiapkan dgn kadar yg segera..
hampir tidak keruan dgn situasi sebegini, walhal setiap semester perkara yg sama berulang..knp tiada perubahan? sengajakah mereka? seronokkah mereka? sudahlah..yg penting semuanya telah berlalu..dan..ptg ni, kemana arah tujuan? ya..di suatu tempat.. disekitar ampang.. ptg ni, sengaja pergi kemana2, utk hiburkan hati dan kepala..

~tasik Ampang Hilir~

kat sinilah, kami habiskan masa selama 20minit saja.. rumah tu,berbumbung 3segi, cantik..seakan berada di disneyland..eheh..(~,^) pusing2, sengaja mencari arah yg paling dekat utk melihatnya..

dan,akhirnya kami dah jumpa..next time, nk dtg lagi la.. ('',)

hm..malamnya..ada 'dating' dgn adik2 SKPP..dinner bersama mereka..dan paling istimewa, bersama bonda tercinta.. dtg jauh dr kelantan..ke sini bersama rombongan lawatan sekolah.. tempat istimewa pertemuan kami di hotel maluri,ampang.. seronok dpt peluk umi..lama kita xjumpa ye umi..? (^,^) hampir 4jam kami bersama sblm sy bertolak pulang..

tak tahu kenapa..malam tu, seronok sgt2..tp...mcm ada sesuatu yg kurang..mungkin.... ah,xmungkin dan xmengapalah.. ada2 sja hati ni...

buat adik2 yg sdg tunggu result UPSR, akak doakan kalian smua berjaya, dan dapat keputusan yg cemerlang dan membanggakan.. mana2 adik2 yg bercita2 nak masuk maahad,doa akak moga niat adik2 xlari dan tetap utuh demi bersama2 membina generasi yg berakhlak mulia dan mendapat terbiyah yg secukupnya di bumi maahad.. tak kisahlah, dimanapun kalian berada, moga kalian tidak persiakan harapan ayah bonda yg mengharapkan kejayaan dr kalian.. akak sayang kamu semua...

2 hari, cuti hujung minggu seolah melupai segalanya.. dan..sekembalinya sy di kampus, tuntutan sbg pelajar dtg menyelinap..ada beberapa tugasan lagi yg perlu disiapkan secepat mungkin.. dan..lagi 2minggu peperiksaan akhir akan bertandang..menguji tiap perkara,ilmu dan fahaman sepanjang tempoh pengajian semester ini.. ya Allah..permudahkan urusan ku, dan urusan sahabat2ku...

langkah ku atur dgn lebih cermat..agar masa tidak terbuang begitu saja..

akhirnya,tidak lengkap rasanya jika tidak tinggalkan shbt2 sepotong ayat utk dikongsikan bersama..

KATA2 NASIHAT IBNU QAYYIM....
1) Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak terurai kecuali mnerima khendak Allah swt.
2) Di dlm hati manusia ada keganasan dan tidak akn hilang kecuali berjinak dengan Allah swt.
3) Di dlm hati manusia ada kesedihan dan tidak akn hilang kcuali seronok mngenali Allah swt.
4) Di dlm hati mnusia ada kegelisahan dan tidak akn tenang damai kecuali berlindung,bertemu
dan berjumpa dengaNYA.
5) Di dlm hati mnusia ada penyesalan dan tidak akn padam kcuali redha dengan suruhan dan
larangaNYA serta qadha dan qadarNYA serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNYA.
6) Di dlm hati mnusia ada hajat dan tidak akn terbendung kcuali kecintaan kepadaNYA dan
bermohon kepadaNYA..

salam perjuangan buat diri dan shbt2...

Read Rest Of Enrty...

Thursday, October 21, 2010

Assalamualaikum..

0 comments

sahabat2..rindunya rasa sbb lama tak jenguk teratak 'perjalanan hati' ni.. seakan sedikit lupa dan hilang idea utk menulis.. sejak balik kampus lepas cuti raya, xsempat2 nak mengadap apatah lagi utk menulis dan mcm2 lagi..namun, isu2 semasa dan isu2 agama tidak pernah diabaikan..

mlm ni,xtau nak menulis apa..hm, mcm2 keja dah dilaksanakan,mcm2 hal dah terjadi..beberapa perkara telah ana selesaikan dan ada 4perkara lagi yg masih menanti..mohon kekuatan dan petunjuk dr Tuhan agar dipermudahkan segala urusan..demam final exam sedikit masa lagi akan bermula..buat sahabat2 di kampus, moga sabar dan terus bertahan dalam menyempurnakan segala amanat yg diberikan oleh 'ayah bonda' kita di kampus..

mata dah berat, badan pun dah lesu, seakan meminta utk beradu lebih awal mlm ni.. ya Allah, semoga apa yg telah hambaMU lakukan sepanjang hari ni dan sebelumnya, dijadikan nilaian ibadah..

****************

Al-Qusyairi berkata dalam kitabnya "Risalah Qusyairiah": taubat yang pertama adalah: bangunnya hati dari kelalaian, serta sang hamba melihat keadaan yang buruk akibat dosa yang ia lakukan. Dan itu akan mendorongnya untuk mengikuti dorongan hati nuraninya agar tidak melanggar perintah Allah SWT. Kerana dalam khabar disebutkan: "penasihat dari Allah SWT terdapat dalam hati setiap orang muslim". (Riwayatkan Ahmad dari An Nuwas bin Sam'an).

Dan dalam hadith: Ertinya : "Sesungguhnya di dalam tubuh terdapat segumpal daging, jika ia baik maka baiklah seluruh tubuh, dan jika ia rusak maka rusaklah seluruh tubuh, ketahuilah itulah hati". (Hadits muttafaq alaih dari Nu'man bin Basyir).

Assalamualaikum...
babai

Read Rest Of Enrty...

Saturday, September 11, 2010

Salam Eid Mubarak..

0 comments

assalamualaikum sahabat2..yg jauh mahupun dekat..
rasanya belum terlambat lg utk ana ucapkan SALAM SEINDAH LEBARAN buat antum semua..

hari raya hari kemenangan..kemenangan dlm mendidik nafsu..dan kembali kita pada fitrah yg suci..moga kualiti ibadah dapat kita pertingkatkan setelah sebulan kita dalam proses tarbiyah..moga kita terus istiqamah dan memperbaiki kekurangan yg ada..moga kita akan bertemu lagi bulan Ramadhan yg penuh kemuliaan pd tahun hadapan.. insya Allah..

Ucapan Eidul Fitr, maaf zahir dan batin didedikasikan buat:
-keluarga tercinta,
-saudara-mara,
-guru-guru,
-sahabat2 SK Hamzah 2, Machang Kelantan,
-sahabat2 SMU (A) Maahad Muhammadi Lilbanat, Kota Bharu, Kelantan,
-sahabat2 Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST), shah alam,
-sahabat2 UnikL British Malaysian Institute (BMI), gombak,
-sahabat2 Pena Siswa
-sahabat2 ISMA gombak
-sahabat2 ukhwah.com,
-sahabat2 blogger,
-sahabat2 halaqah.net,
-sahabat2 iluvislam
-sahabat2 ym,
-sahabat2 'tautan hati',
-sahabat2 yg mengenali diri ini..

keindahan dan kegembiraan syawal kita raikan dan kongsikan bersama saudara2 kita yg memerlukan..moga syawal kali ini lebih mengeratkan lagi ikatan ukhwah kita sesama Islam..

..SELAMAT HARI RAYA, MOHON KEMAAFAN DARI HATI YG IKHLAS..

Read Rest Of Enrty...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...