Photobucket

Friday, January 29, 2010

Salah Ke Menangis..??

Dari Abu Hurairah r.a, katanya Rasulullah saw bersabda:

“Tidak akan masuk Neraka seseorang yang menangis kerana takut kepada Allah sehingga air susu kembali ke kantungnya (menunjukkan satu mustahil)-(HR At-Tirmizi)-

Ibnu Qayyim menyatakan: “Tangisan itu ada bermacam-macam iaitu tangisan kasih sayang, tangisan takut dan khawatir, tangisan rindu dan cinta, tangisan kegembiraan dan kesedihan, tangisan merintih kerana kesakitan dan tangisan tidak kuat menahannya, tangisan kerana merasa tidak berdaya dan lemah, tangisan kemunafikan (iaitu matanya menangis sedangkan hatinya keras - isu palestin), tangisan kepalsuan, tangisan yang tidak sengaja yakni seseorang yang melihat orang lain menangis kerana satu sebab yang mereka alami, lalu ia pun ikut menangis bersama mereka padahal ia tidak tahu mengapa mereka menangis sehingga membuatnya ikut menangis.

Mari sama-sama kita semak kembali lembaran sejarah…

Dari al-Bara’ bin ’Azib, ia berkata: " Ketika kami sedang bersama Rasulullah saw, tiba-tiba Baginda melihat sekelompok orang yang sedang berkumpul. Baginda bertanya: ” Mengapa mereka berkumpul? Lalu dikatakan kepada Baginda, untuk menggali lubang kubur. Lalu al-Bara’ melanjutkan kisahnya, Rasulullah saw pun tersentak dan segera berjalan mendahului para sahabatnya dengan tergesa-gesa. Sesampainya di kuburan tersebut, Baginda berlutut di atasnya. Al-Bara’ melanjutkan, lalu aku menuju ke hadapannya untuk melihat apa yang Baginda lakukan. Ternyata Rasulullah saw sedang menangis hingga air matanya membasahi tanah. Kemudian Baginda menghadapkan wajahnya kedapan kami seraya bersabda: ”Wahai saudara-saudaraku! Untuk hari seperti ini, maka hendaknya kalian mempersiapkan diri.” (HR Bukhari, Ahmad dan Ibnu Majah dan lainnya)

Dari al-’Irbadh bin Sariyah r.a, dia berkata: ” Rasulullah saw menasihati kami dengan nasihat yang begitu membekas, hingga hati kami bergetar dan air mata kami bercucuran kerananya. Lalu kami berkata.’ Wahai Rasulullah, seakan-akan itu adalah nasihat dari seseorang yang akan pergi, maka dari itu berwasiatlah kepada kami.’ Baginda saw bersabda: ” Aku berwasiat kepada kalian agar bertakwa kepada Allah, taat dan patuh, sekalipun kalian diperintah oleh seorang budak Habasyi. Dan sesungguhnya barangsiapa di antara kalian yang masih hidup sepeninggalanku, sesungguhnya ia akan melihat banyak perselisihan. Maka kalian wajib berpegang teguh kepada Sunnahku dan Sunnah Khulafa’ Ar-Rasyidin yang mendapatkan petunjuk. Gigitlah Sunnah tersebut dengan gigi geraham (berpeganglah seteguhnya). Dan jauhilah perkara-perkara baru dalam agama yang diada-adakan, kerana setiap perbuatan bidaah itu sesat. ( HR Abu Dawud, At-Tirmidzi, Ibnu Majah dan yang lainnya.)

Bagaimana dengan kita wahai sahabat yang disayangi kerana Allah? Adakah kita menggunakan air mata itu di tempat yang benar dan betul? Adakah kerana kerasnya hati kita menyebabkan kita tidak mampu untuk menangis? Adakah lantaran dosa-dosa dan maksiat yang dilakukan menyebabkan air mata kita membeku?

Sama-samalah kita tanya iman kita...

Hanya orang yg hatinya bersih, lembut yg bisa menangis.


7 comments:

Fatin Athirah said...

Salam,dah lama x intai blog ukhty ..
"when you're tearing,you are cheering yourself..actually,
Allah is our Creator,He knows we got painful,so He teached us how to cry...as He knows the tear make us strong and smile again..."

Just Tear....It is not the mistake...you're right...
Tearing is the gift from Him!!!

(posting Ukhty kali ini amat membuka hati saya...kerana saya sedang kehilangan ramai kawan saat ini,God gave me the light....Praise Him..)

.:Insyirah:. said...

salam ukhty solehah..1st of all,syukran pd ukhty krn xjemu bertandang di teratak ini..
betul kata ukhty, "He knows the tear make us strong and smile again.." dgn airmata, itulah lambang kekuatan sbnrnya..krn bila kita menangis, hati merintih sayu dan mengadu pdNYA..dan DIA,segera memberikan kita kekuatan untuk bangkit kembali..

kadang manusia sombong,tidak mahu menangis..itu tanda hati keras n perlu disiram..

hidup ini terlalu sempurna..bukan hanya BAHAGIA yg ada..tetapi semacam perasaan,anugerah yg ESA..

buat ukhty, LA TAHZAN (Jgn bersedih)krn..
"..dan jgnlah kamu bersikap lemah,dan jgnlah kamu bersedih hati,padahal kamulah org yg paling tinggi (darjat)jika kamu org yg beriman.." (Al-Imran:139)

moga terubat jiwamu,wahai ukhty, dalam menelusuri jalan nurani..

Amir Hasif said...

Rasulullah S.A.W telah bersabda:

"Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya."
Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka.

Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata, "Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T, maka Allah mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu."

norja corner said...

assalamualaikum... wah bagus sungguh blog mung ni che Yang wehh.. penuh dengan dakwah yer. ermm teruskan usaha la yer. kak ja akan selalu tegok blog nie.. tahniah

Unknown said...

salam ukhty najian..sy pendatang baru dlm dunia blog.sy terpndang blog ukhty, menarik dr pndangan mata dan hati.pada blog sy,tak byk post.sy juga tak tahu apa yang menarik dlm diri dan pencarian sy.jika ukhty tak kesah,izinkan sy jadikan hadiah hati ukhty ini sbg post sy.bolehkan...???~
insyaallah..sy akan slalu bertandang di blog ukhty ni...syukran~

.:Insyirah:. said...

to norrie_forever > salam kak ja..em2..timakasih sudi bertandang..:) amik la mana2 yg patut utk kehidupan kita semua.. minggu ni Yang blek klate..insya Allah..:p

.:Insyirah:. said...

to jedalerihati > salam..ahlan wasahlan pd ukhty ;p hm..alhamdulillah,sgl pujian hnya pd Allah..
tiada apa yg menarik,cuma bila kita buat sesuatu dr hati,akan terhasillah sesuatu yg indah..
'hadiah hati' bg sesiapa yg sudi utk menerimanya..silakan ukhty fillah..:) salam ukhwah,salam mahabbah dr ana..syukran..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...