Photobucket

Friday, October 23, 2009

Dariku HAWA Buatmu ADAM...

12 comments


ADAM...
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu.
Sesungguhnya aku adalah HAWA,
temanmu yang kau pinta semasa kau kesunyian di syurga dahulu.
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok.
Jadi, tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu.
Sentiasa aku mahu terpesong dari landasan kerana aku buruan syaitan..

ADAM...
Maha Suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai daripada bilangan kaummu di akhir zaman,
inilah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusan-Nya..
jika bilangan kaumku sedikit dari bilangan kaummu,
nescaya merahlah dunia kerana darah manusia,
kacau bilaulah suasana, sesama ADAM bermusuhan kerana HAWA.
Buktinya sudah cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu cicitnya.
Pun begitu,
maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan beristeri lebih daripada satu, tapi tidak lebih dari satu waktu.

ADAM...
Bukan kerana ramai isterimu yang membimbingkan aku.
Tidak kerana sedikitnya yang merunsingkan aku.

Tapi, aku risau, gundah gulana menyaksikan tingkah lakumu.
Kau sejak dahulu lagi tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu.
namun terasa berat pula untuk menyatakan isi perkara sebenarnya.

ADAM...
Aku tahu bahawa kau tahu dalam Al-Qu'ran ada ayat yang menyatakan
"kaum lelaki adalah penguasa kepada kaum wanita.."
kau diberi amaran untuk mendidik aku,
kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku,
mengawasi dan menjaga aku agar aku sentiasa dalam redha Tuhanmu dan Tuhanku.
Tapi ADAM, nyata dan rata-rata apa yang sudah jadi pada kaumku ini??
Aku dan kaumku telah menderhakaimu.
Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang telah ditetapkan.
Asalnya Allah menghendaki aku tinggal tetap di rumah.
Jalan-jalan, pasar-pasar dan bandar-bandar bukan tempatku.
Jika terpaksa aku keluar rumah,
maka seluruh tubuhku mesti dibalut dari hujung rambut ke hujung kaki.
Tapi realiti dan hakikatnya kini, HAWA telah berbuat lebih dari apa yang patut.

ADAM..
Mengapa kau biarkan aku begini?? Aku jadi ibu, aku jadi guru, "itu sudah tentu", katamu.
Aku ibu dan guru pada anak-anak mu.
Tapi sekarang, pada waktu yang sama, aku ke medan menguruskan urusan negara.
Aku ke hutan memikul senjata. Padahal, kau duduk-duduk sahaja.
Ada diantara kaummu yang menganggur tiada bekerja.
Kau perhatikan sahaja aku panjat tangga di pejabat bomba.
Kainku tinggi menyingsing paha mengamankan negara.
Apa kau sekarang tidak lagi seperti dahulu?
Apakah telah hilang kasih sucimu terhadap diriku?

ADAM...
Marahkah kau jika ku katakan"Andainya HAWA yang terpesong,
maka kau yang patut tanggung". Sebab apa ADAM?
Ramai yang berkata, jika anak jahat, mak bapak tak pandai mendidik,
jika murid bodoh, guru yang tak pandai mengajar. ADAM, kau selalu berkata,
"HAWA memang degil, tak mahu dengar kata, tak mudah makan nasihat, kepala batu.."
Pada hematku yang dhaif ini ADAM, seharusnya kau tanya dirimu.
Adakah didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi s.a.w.terhadap isteri-isterinya??
Adakah ADAM melayani HAWA seperti psikologi Muhammad s.a.w. terhadap mereka?
Apakah akhlak ADAM boleh dijadikan contoh buat kaum HAWA? Aku,
kaum HAWA merindukan kata-kata yang penuh kelembutan seperti Muhammad s.a.w.
Namun mungkin aku tidak akan mendengar kata-kata seperti itu lagi, kerana kau,
kaum ADAM kini bukanlah seperti Muhammad s.a.w. yang ku rindui...

ADAM...
Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmum.
Aku adalah pengikutmu kerana kau adalah ketua.
Jika kau benar, maka benarlah aku.
Jika kau lalai, maka lalailah aku.
Wahai ADAM, kau punya kelebihan akal, manakala aku kelebihan nafsu.
Akalmu sembilan, nafsumu satu. Akalku satu, nafsuku beribu!
Oleh itu ADAM, gunakanlah kelebihan akalmu itu, untuk membimbingku,
kerana aku sering lalai dan lupa, sering tergelincir ditolak nafsu dan konco-konconya.

ADAM...
Aku suka kalau kau mengimamai solatku pada setiap waktu.
Akan ku aminkan bacaaan doamu.
Lebih aku suka kalau kau bangunkan aku untuk bertahajut bersamamu.
Kau kenalkan aku pada majlis-majlis agama.
Kau ajari aku untuk pandai membaca dan memahami Al-Qur'an.
Kau khabarkan kepadaku tentang fardu-fardu yang aku patut tahu.
Tunjukkan perkara sebenar yang patut aku tahu wahai ADAM!

ADAM...
Akhir kata, ajari aku agar menjadi isterimu yang solehah.
Didiklah aku supaya aku tunduk, patuh dan menghormatimu setiap waktu.
Tolonglah aku ADAM agar aku tidak beku. Bantulah aku agar otakku tidak buntu.
Selamatlah aku dari seksa neraka yang sudah tentu tiada siapa yang tegar menanggungnya...



"Merentasi sebuah destinasi, perjalanan hati..."



Read Rest Of Enrty...

WAHAI WANITA..

0 comments

"Kasihilah diri dengan menjadikn dirimu berharga,
nilaimu terletak pd harga diri yang hanya sanggup dibayar,
oleh seseorang lelaki dengan harga KEJUJURAN...

Biar terlewat kerana bersikap memilih,
daripada tersalah pilih..

Biar hidup sendiri dan seksa membina PAHALA
daripada berdua tetapi menjadi pencetus DOSA ke Neraka...

Biar hidup sendiri dan masih kekal SERInya
daripada dikelilingi lelaki tetapi telah hilang HARGA DIRI...

Biar menjadi rama-rama dengan sayap yang terbang dan indah,
dari kelkatu yang menerjah..."


::PERINGATAN BUAT DIRIKU YG LUPA::


"Wanita solehah permaisuri segala perhiasan,
Biarpun dunia ini penuh dengan perhiasan²,
Yang dapat menghembuskan keinsafan,
Kepada orang² yang berfikir,
Namun Allah s.w.t,
Telah memberikan kenyataan yg cukup jelas,
Tentang wanita solehah yg menjadi,
Permaisuri segala perhiasan..."



Sabda Rasulullah S.A.W:
"Sesungguhnya WANITA itu adalah AURAT, setiap kali mereka KELUAR, SYAITAN akan
memerhatikannya"





"Merentasi sebuah destinasi, perjalanan hati..."

Read Rest Of Enrty...

Tuesday, October 13, 2009

3 Persoalan Mudah..

2 comments

ﺒﺴﻢﷲﺍﻠﺮﺤﻤﻦﺍﻠﺮﺤﻴﻢ

“Dengan Nama Allah Yg Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..”
Selawat serta salam buat junjungan mulia kekasih Allah tercinta, Muhammad s.a.w, suri tauladan ummah..
Syukur alhamdulillah atas limpahan nikmat iman dan islam, rezeki serta kasih syg Allah buat kita semua..serpihannya juga ada di hati² kita..

Agak lama juga blog ini tidak dihujani santapan jiwa dan rohani..sudah lumrah hidup sbg seorg pelajar, hambatan masa,tugas dan program² lain membuatkan ana terpaksa mendahului apa yg lebih penting. Semua tu menjadi kekangan utk ana ‘berkarya’ di media maya ini..
Syukran atas sahabat² yg sudi menziarahi blog ana. Terharu krn ada yg sudi menanti tazkirah disini,laman yg biasa² saja..

Alhamdulillah,beberapa hari yg lepas,ana telah hadiri usrah naqib naqibah bersama Ust.Farhan, seorg yg amat ana kagumi..bertempat di dewan U4,Keramat,jam 5.30-6.45ptg.

Kami membincangkan persoalan yg cukup mudah,namun jawapan yg sukar utk diberi..

“1.Kenapa kita datang?
2. Dari mana kita datang?
3. Kemana kita akan pergi?”
.

persoalan² yg diberikan, menceritakan tentang matlamat kita sbg hamba, khalifah di bumi Allah ini.

*Kenapa kita datang?
Telah diterangkan oleh Sang Pencipta melalui firmanNYA dalam surah Adz-Dzaariyat ayat 56:



“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku”

Manusia hidup untuk menyembah dan menjadi hamba kepada Allah Taala. Dengan ayat Al-Quran tersebut yang merupakan wahyu yang diturunkan kepada Rasul untuk umat akhir zaman ini, disebutkan kita diciptakan oleh Allah adalah untuk beribadah, ataupun untuk mengabdikan kepada Allah, dengan kata lain untuk tunduk dan patuh pada perintah Allah.
Dengan ayat tersebut, maka dalilnya kuat, hujjahnya pun kuat. Tapi yang sebenarnya kalau kita bahas secara akal, secara mantiq atau secara psikologi, maka akal kita pun mengakui patut manusia menyembah Allah. Akal menyatakan setuju, bahkan hati kecil juga ikut setuju untuk menyembah Allah. Kerana Dialah yang menciptakan kita.. Kenapa tidak,yg dicipta menyembah dan mengabdikan diri pada Yang Menciptakan??

Apa jua keadaan kita,miskin kaya,tua muda,engineer,doctor,guru,petani,menteri dan sebagainya,kita hanyalah ditaraf hamba..HANYA HAMBA..jadi usahlah mendabik dada andai berpangkat besar, andai dijulang oleh penduduk bumi sedangkan asalnya kita hanyalah dr setitis mani yang jernih..


Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui." (Al-Baqarah:30)

Merujuk pada ungkapan ‘khalifah’, tugas khalifah adalah memikul amanah dan mengurus dunia. Makhluk lain spt gunung² tidak mampu untuk memikulnya. Sebagaimana yg telah termaktub dalam kalamNYA ;

“Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh” (Al-Ahzab:72)

Khalifah adalah peranan manusia untuk memakmurkan bumi Allah. Ayat tersebut turun ketika Allah hendak menciptakan manusia yang pertama iaitu Nabi Adam a.s. sebagai wakilnya untuk mengatur bumi ini.
Maksud khalifah di sini adalah kita dikehendaki untuk memakmurkan bumi Allah ini dalam segala kegiatan kita, termasuk menjalankan pekerjaan kita. Segala aktiviti kehidupan kita dapat menjadi ibadah, dengan memenuhi syarat²:

1. Niat sesuatu kerja kerana beribadah kepada Allah (Lillahi Taala)
2. Kegiatan yang kita lakukan tidak bertentangan dengan syariat Islam
3. Cara pelaksanaan kegiatan itu juga tidak bertentangan dengan syariat Islam.
4. Hasil dari kegiatan kita itu ditujukan sesuai dengan syariat Islam
5. Selama melaksanakan kegiatan itu, kita tidak meninggalkan yang wajib, iaitu
5 rukun Islam.

*Dari mana kita datang?
“Dan Allah menciptakan kamu dari tanah kemudian dari air mani, kemudian Dia menjadikan kamu berpasangan . Dan tidak ada seorang perempuanpun mengandung dan tidak melahirkan melainkan dengan sepengetahuan-Nya. Dan sekali-kali tidak dipanjangkan umur seorang yang berumur panjang dan tidak pula dikurangi umurnya, melainkan dalam Kitab . Sesungguhnya yang demikian itu bagi Allah adalah mudah..” (Al-Faathir:35)

“Manusia diciptakan oleh Allah SWT dari setitis air mani. Membentuk menjadi seketul daging, ditiupkan ruh, membesar di dalam rahim hingga dilahirkan ke dunia..” (Surah al-Alaq)
Tak wajarlah kita mendabik dada, kerana kita datang dr tempat yang sama,sumber yang sama…dan akan kembali pada tempat yang sama juga…

*Kemana Kita Akan Pergi?

Akhir tujuan ialah hari akhirat. Kembalinya kepada Sang Pencipta. Dari DIA kita datang dan kepadaNYA jua kita dikembalikan. Segala amalan hidup di dunia akan di hisab dan mendapat balasan di atas setiap amalan tersebut.

“Dan peliharalah dirimu dari hari yang pada waktu itu kamu semua dikembalikan kepada Allah. Kemudian masing-masing diri diberi balasan yang sempurna terhadap apa yang telah dikerjakannya, sedang mereka sedikitpun tidak dianiaya..” (Al-Baqarah:281)

“Orang-orang yang meyakini, bahwa mereka akan menemui Tuhannya, dan bahwa mereka akan kembali kepada-Nya..” (Al-Baqarah:46)

Begitula kisah sebuah kehidupan..bermulanya kita dr setitis air yang jernih, mengembara di dunia persinggahan, belayar di lautan mencabar..iman sebagai nahkoda…sampai suatu saat,suatu masa, janji Allah pasti tiba..berakhirlah sebuah penghidupan,penuh pancaroba…disana tempat rehat,tempat hisab,dan tempat penentuan,Syurga atau Neraka…moga kita semua mendapat kebaikan di dunia dan akhirat..dan dijauhi azab api neraka…

Wallahua’lam…


"Merentasi sebuah destinasi, perjalanan hati..."



Read Rest Of Enrty...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...